Pengikut Setia - Terima Kasih

Sabtu, 11 April 2009

Perang bermula kembali..

Perang kali ini akan lebih rancak, siapa paling berkuasa dan berstrategi akan menang. Tun M-DS Najib dan TS M bakal menentang Khairy dan DS Ali. Kabinent baru DS Najib dikritik sampai sekarang, pengguguran MECD sangat mengecewakan. MCA taka kata apa, tetiba nak tunjuk sangat 1Malaysia bubarkan kementerian khusus bantu dan lahirkan usahawan Melayu. Berbalik pada Khairy, aku masih ingat yang DS Radzi Sheikh Ahmad meletakan jawatan sebagai SU Agong UMNO kerana digugurkan sebagai seorang menteri. Walaupun Tun A kata ini bagi membolehkanya menumpukan perhatian kepada UMNO selepas kalah besar pada Mac 08, tapi bagi Radzi, beliau sudah tidak diperlukan dan peranan beliau akan kurang terkesan. Maka sekali lagi apa justifikasinya bila Khairy tidak dilantik sedangkan beliau ketua pemuda UMNO yang di pilih? Radzi dari Perlis, bercakap tentang Perlis, tiada seorang pun AP Perlis yang dibawa masuk menganggotai kabinet. Perlis mempunyai tiga ahli parlimen, dua daripadanya merupakan ahli parlimen kanan dan bekas menteri. Satu lagi dari Arau merupakan adik kepada DS SK. Baru menjadi ahli parlimen, tapi tidak diberi peluang dan ruang dalam kabinet DS Najib dan Tun A dulu.
Kelmarin Khairy bertemu DS Ali, kononnya soal perlantikan ketua pemuda UMNO negeri yang telah tamat tempoh. Tapi kenapa Ali didahului? Banyak lagi MB dan KM lain, kenapa Melaka? Melaka selain wakilnya dinafikan bertanding Jawatan Tim. Presiden melalui DS Ali sendiri, dalam kabinet baru pula susut jawatan Tim. Menteri. Tim. Menteri yang terpilih pula iaitu, yang tua,yang muda seperti ahli parlimen Tangga Batu digugurkan, walhal beliau memenangi jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Yelah ahli parlimen tua dari Masjid Tanah sudah lama bekerja bersama DS Najib di Kementerian Pertahanan. Kalau tak silap sejak dari Setiausaha Parlimen lagi, maka disini kronilah yang dipertimbangkan. Pertemuan DS Ali dan Khairy dilihat sebagai satu usaha perbincangan sulit lebih -lebih lagi soal peminggiran orang -orang Tun A.
Kumpulan Tun M-DS Najib dan TS M dilihat tidak mahu melepaskan Khairy. Ketua pemuda UMNO Sabah telah ditahan dan disiasat oleh SPRM. Yang menariknya siasatan dilakukan terus oleh SPRM Putrajaya tanpa pengetahuan SPRM Sabah. Sebelum ini ada laporan yang mengatakan ada pemenang dalam pemilihan UMNO akan disiasat kerana politik wang. Semua mata akan tertumpu pada Khairy, khabarnyaSPRM akan membuka kertas siasatan berhubung kes Ali dan Khairy. Desas desus yang mengatakan beberapa MB akan ditukar kini tersebar. Antaranya tentulah DS Ali sendiri dan D. Ahmad Said. Tapi Khairy sebagai pakar strategi di tingkat empat dulu dan ahli parlimen tentu sekali mempunyai perbagai cara untuk bertindak. Langkah akhir ialah meletakan jawatan sebagai ahli parlimen, sekali gus memberi ruang satu PRK, memberi peluang untuk PR merampas kerusi Rembau, memberi peluang Tun M-DS Najib dan TS M diaibkan sekali lagi. Apakah yang akan berlaku? Aku pun tak tahu..

Tapi sebenarnya UMNO sudah tidak mampu untuk berperang sesama sendiri. Luka lama masih bernanah, peperangan kali ini munkin akan menamatkan terus riwayat parti Melayu tertua ini. Kalau kita lihat tajuk - tajuk berita dibawah kita akan dapat menilai parti manakah yang menjadi aspirasi rakyat dan parti mana yang sedang ditolak rakyat.

1. D. Siti Nurhaliza Nafi sertai PAS - Penyani popular
2. Amy Search Nafi sertai PAS - Ikon Rock
3. D.Wira Donna Othman Nafi sertai PAS - Ikon Dondang sayang
4. Renggo ( Arrow ) Sertai PAS
5. Nik Aziz menangis dengar lagu ketuhanan dari Amy Search
6. Pemuda PAS foku pada Sabah dan Sarawak untuk cari pemimpin baru
7. Salahudin gesa Pimpinan PAS kekalkan cara hidup sederhana.

Berita diatas dipetik dari media utama negara, lihat betapa positifnya PAS kini dimata masyarakat. Dari penyanyi rock sampai ke dondang sayang semua jumpa Tok Guru Nik Aziz.
Lihat tajuk berita dibawah pula
1. Ketua pemuda UMNO SAbah diikat jamin RM 100,000.00
2. Najib jelaskan peranan Khairy
3. ADUN BN yang kemuka undi tidak percaya akan dipecat - MB Terengganu
4. MIC timbang keluar kabinet
5. Razaligh tidak keluar UMNO, sedia batu bentuk kerajaan perpaduan
6. UMNO sedia terima, tapi tidak pinang Ibrahim
7. Khairy akui program UMNO syok sendiri.

Berita mengenai kerajaan pula lebih banyak neatif dari positif..Jelas menunjukan yang DS Najib tidak mempunyai aura untuk meningkatkan pengaruh UMNO dan BN.

2 ulasan:

  1. DS Najib hendaklah mengotakkan janjinya dalam 6 bulan pertama ini. Sekiranya itu tidak jelas , rakyat perlu mengubah haluan kepada nakhoda yang benar-benar mampu mengemudi pelayaran Malaysia menuju hala tuju yang tepat.

    BalasPadam
  2. Salam blogawan Penakiri. Blog Tuan amat bernas. Teruskan.

    ps: pakai keyboard, dua-dua tangan kena pakai Tuan.Hehehe.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama