Banyak tokoh agama bercanggah mengenai isu ini. Kebanyakannya menolak penggunaan nama Allah selain dari Islam. Allah telah digunakan panggilannya oleh orang arab sebelum kelahiran nabi Muhammad lagi.
Semasa aku di tingkatan satu, dalam kelas pendidikan Islam, ada perbincangan mengenai kejadian manusia. Ustazah secara ringkas menceritakan tentang manusia berasal dari nabi Adam. Ustazah menolak teori Darwin tentang evolusi manusia yang berasal dari beruk. Terfikir aku betapa bodohnya Darwin kerana berfikiran begitu, lantas aku mencelah dan berkata, biar orang putih dari keturunan beruk, tapi kita orang Islam dari nabi Adam.
Ustazah menegur dengan berkata, walaupun orang barat gigih mempertahankan idea mereka, tapi kita tetap juga tidak boleh mengatakan sedemikian, manusia tetap dari nabi Allah Adam. Samaada mereka Islam ataupun barat, manusia adalah anak cucu cicit nabi Adam, tegas ustazah.
Semasa aku di tingkatan tiga pula, guru b. Inggeris aku merangkap jurulatih hoki, seorang Singh, berkata didalam kelas Tuhan hanya ada satu, walau banyak agama yang wujud dan dakwaan tentang tuhan setiap agamanya, tapi hakikatnya tuhan adalah satu. Jika tuhan Islam lain, Hindu lain, Singh lain, maka tuhan - tuhan tersebut turut akan bergaduh dan mempamerkan kekuasaan kepada para penganut mereka.
Tak dapat aku bayangkan jika tuhan bergaduh, agaknya macam cerita ultraman. Fire sana- fire sini, mata keluar laser dan sebagainya..
Oleh yang demikian logik akal pertama yang harus diterima adalah tuhan itu satu.
Sebagai seorang Islam, aku meraskan yang apabila orang lain ingin merujuk Allah sebagai tuhan, ianya merupakan satu langkah dakwah. Langkah seterusnya ialah menerangkan siapa itu Allah seperti mana dalam surah al-Ikhlas:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
- Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
- Sesungguhnya Allah kekal.
- Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
- Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Bagi yang bersetuju pula berkata ini peluang untuk kita orang Melayu melihat sendiri penyelewangan Kristian terhadap kitab mereka. Ahmad Didad merupakan seorang ulama' yang tersohor kerana berjaya menarik puluh ribu orang memeluk Islam terutam penganut Kristian.
Ramai penganut Kristian yang berjaya didakwah kerana keberjayaan beliau mendedahkan kepincangan Injil yang diselewengkan.
Di Indonesia, penggunaan nama Allah untuk selain Islam lebih meluas, ini kerana Indonesia lebih liberal. Lagu Agnes Monica sebaga contoh. Sebenarnya pendakwah yang berani boleh berhujah cara baik mengenai konsep triniti yang dibawa oleh Kristian, yang tentu jika difahami dengan baik dapat menyedari tentang tuhan yang satu. Tuhan yang tidak beranak dan diperanakan.
Allah Tuhan Yang Satu
Sebenarnya ramai bukan Islam menyedari tentang kewujudan hanya satu tuhan di dunia ini. Ada orang terutama kaum Cina, sanggup menyembah selain patung Budha dan nenek moyang mereka untuk mendapat sesuatu. Contohnya menang nombor ekor. Walaupun matlamatnya jelas salah, tetapi orang ini sudah sampai mempercayai yang tuhan itu sebenarnya satu. Mereka cuba menyembah semua tuhan yang ada bukan kerana percaya adanya banyak tuhan, tetapi tahu salah satu darinya adalah tuhan yang Maha Esa.
Gambar diatas mungkin dianggap menghina Islam, tapi pandangan kiri aku melihat yang kepercayaan wujudnya ada satu tuhan yang Maha Esa telah tersemat pada Cina ni, sehingga dia cuba berdoa untuk kesejahteraan akhiratnya. Siapakah yang salah? Kita yang tidak berdakwah kepadanya, atau dia yang tidak mahu membuka hati? DR Farid Ravi seorang pensyarah dan penceramah pernah berkata, tak terbayang bagaimana azab neraka jika beliau tidak bertemu dengan nikmat Islam.
Sebab itu peranan dakwah itu penting. Dr Maza dan Tg. Nik Aziz yang menyetujui akan isu ini sebenarnya melihat dari sudut dakwah yang terbuka. Jika dulu kita tidak boleh bercakap berkenaan agama lain khuatir di tuduh memecah keharmonian negara berbilang kaum, tapi kini kita bercakap soal tuhan yang satu. Allah yang maha Esa. Tuhan yang menciptakan dunia dan segala carekawala. Apakah kita rugi?
Ditulis tanpa bermaksud merendah-rendahkan pandangan orang lain.
Gambar diambil dari http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/
Mohon maaf jika ada kesilapan. Tolong tegur.
benar tuhan itu satu
BalasPadamLagipun penganut kristian sendiri mengakui Tuhan itu Allah cuma yang membezakan kita dengan mereka adalah mereka(kristian) mempercayai bahawa Al-Masih itu adalah Allah yang menjelma dalam bentuk badan manusia.
Saya sudah membaca buku The choice tulisan allahyarham Sheikh Ahmad Deedat dan terbukti buku beliau telah banyak meneguhkan keyakinan saya terhadap Islam. Adalah lebih wajar menumpukan usaha dakwah dan penyampaian kefahaman daripada terus bertelingkah dengan isu2 yang kecil
Terima kasih akan komen saudara
BalasPadamsedang nak khatamkan buku 'Penenang Jiwa'
BalasPadam