Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 30 April 2009

Orang Asli - Pakatan Rakyat terus mendahului..




1. Tanah adat: Majlis Peguam puji kerajaan Selangor tarik balik rayuan

30 April 2009

Majlis Peguam Malaysia mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri Selangor menarik balik rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap kes Sagong Tasi yang membabitkan pengambilan 38.477 ekar tanah adat kaum Temuan di Bukit Tampoi, Dengkil pada tahun 1995.


Baru-baru ini, Majlis Peguam telah mengemukakan satu usul berkaitan hak-hak masyarakat Orang Asli di Mesyuarat Agung-nya kali ke-63 yang telah diterima dan diluluskan sebulat suara oleh Badan Peguam Malaysia.

Selaras dengan usul tersebut, Majlis Peguam menyokong penubuhan sebuah jawatankuasa bersama oleh kumpulan masyarakat Orang Asli yang bertujuan untuk memantau isu-isu berkaitan masyarakat Orang Asli dan kami komited untuk menjadi sekutu kepada inisiatif ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah menubuhkan satu Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor dan usaha seperti ini wajar dipuji.

Majlis Peguam juga akan cuba mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan badan ini tidak berapa lama lagi dan berharap Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan usaha melindungi hak dan kepentingan masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri Selangor.

2. Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya selesaikan isu-isu tetunggak : Majlis Peguam
11 Februari 2009

Antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak sebelum dirampas ialah:

i. Sebagai MB, DS Nizar membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.

ii. YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.

iii. Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.

iv. Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.

v. Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.


P/s PR dah tentu tak rugi pun bagi balik tanah dekat orang asli, untung? orang asli bukan penentu kemenangan pilihanraya pun.. Habis tu kenapa? nak bodek majlis peguam? majlis peguam pun minoriti.. Sebab..itulah keadilan namanya..meletakan sesuatu pada haknya..

1 ulasan:

  1. siapa pun baik minoriti ataupun tidak berkepentingan haruslah dilindungi dan tindakan PR dalam isu tidak dapat dinafikan kebaikannya.Apabila satu yang baik maka tidak boleh dinafikan walaupun berlainan ideologi

    yang benar tetap benar.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama