Hari ini 19 April, seperti mana tahun- tahun yang lepas sejak 1984, DYMM Sultan Azlan
Shah akan menyambut ulang tahun keputeraan baginda. Tahun ini kali yang ke 81. Ulang tahun keputeraan kali ini tentu sekali penuh makna, kerana tahun ini, baginda turut menyambut ulang tahun pemerintahan baginda buat kali yang ke 25. Merupakan seorang sultan yang berpengaruh, Sultan Azlan seperti yang di banggakan oleh seluruh rakyat Perak juga merupakan bekas ketua hakim negara.
Baginda dan keluarganya bagaikan mempunyai dunianya yang tersendiri. Sebagai seorang sultan yang kanan dalam raja-raja Melayu, Anakanda baginda DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pula dikenali sebagai seorang anak raja yang mempunyai PhD dari Harvard dan mempunyai personaliti yang menarik.
Sejak dari dulu lagi, Baginda berdua tidak terlibat dengan sebarang kontroversi dan dilihat juga sebagai cuba mengelak dari kontroversi. Sebagai contoh, Raja Nazrin pernah menjadi Presiden Persatuan bola Sepak Perak dan Presiden Persatuan Hoki Malaysia. disebabkan tidak mahu mencapuri politik sukan atau mahu fokus kepada perkara lain, baginda Raja Nazrin meletakan jawatan tersebut tanpa diminta atau dicabar mana-mana pihak. Sedangkan umum sedia maklum yang Ayahanda baginda, Sultan Azlan merupakan bekas pemain dan presiden hoki Malaysia. Minggu lepas, di Ipoh, India baru sahaja memenangi acara tetap kalendar hoki antarabangsa Piala Sultan Azlzn Shah.
Penumpuan Raja Dr Nazrin sebagai raja yang dilihat sebagai bijaksana, kerap diundang kemajlis-majlis penting diseluruh negara untuk memberi ucap tama. Aku sendiri pernah menghadiri satu majlis di Dewan SUK, Ipoh anjuran Persatuan Penulis Perak. Kata-kata yang lahir dari mulut baginda cermat dan penuh maksud. Sebagai contoh ucapan sempena keputeraan ayahandanya.
"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.
"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita,"Kenyataan dipercayai merujuk kepada krisis politik Perak yang turut membabitkan baginda berdua.
Anakanda lain Sultan Azlan Shah antaranya ialah Raja Azureen dan Raja Eleena. Raja Azureen merupakan Chansellor universiti sains kesihatan terbesar Malaysia, Masterskill. Rakyat Perak tentu beruntung, kerana Masterskill difahamkan akan membuat pelaburan besar di Perak dengan membuka cawangan kampusnya.
Manakala Raja Eleena pula baru dinobatkan sebagai wanita kedua paling kaya di Malaysia melalui pegangan saham yang besar dalam Gaamuda.
Anakanda baginda yang lain ialah putera keduanya Raja Ashman Shah dan Puteri bongsu Raja Yong Sofia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama