Malam tadi aku bertemu dengan Zharif, seorang blogawan merangkap seorang pelajar undang-undang. Ini adalah siri kedua sesi bertemu dengan rakan blogawan yang seangkatan dalam meneruskan agenda kearah Malaysia Yang Lebih Adil. Dari umurnya yang tercatat dalam profile beliau, memang dia seorang budak muda. Tapi bila bertemu malam tadi ternyata lebih muda.
Zharif seorang remaja yang berbakat besar, berfikiran positif dan peka dengan isu-isu semasa. Kalian sendiri dapat menilai melalui penulisan blog beliau. Tak banyak perkara yang dibincangkan, selain dari kesuntukan masa, peminta belas ihsan bersilih ganti datang meminta derma. Ini turut dicatatkan oleh Zharif semalam. Benda ni memang aku nak tulis, tapi Ssaudara rahmat dah buat satu sajak untuk kita renungi bersama.
Zharif dalam pertemuan semalam ada menyatakan cita-cita asalnya untuk menjadi seorang doktor. Doktor satu pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi. Ramai orang bercita-cita untuk menjadi doktor. Hampir 90% murid tahun satu ingin menjadi doktor. Pakcik aku pernah berkata, dulu masa dia kecik, dia pun nak jadi doktor, tapi apakan daya, bila dah besar kerjanya adalah menoreh getah.
Dua tiga hari ini isu dua orang doktor ditangkap kerana culas ketika bertugas sering terbit didada-dada akbar dan di bicarakan oleh tv, radio dan orang ramai.
Doktor tersebut menurut laporan awal ditangkap kerana membaca surat khabar dan membuat kerja peribadi. Tangkapan dibuat oleh Tim. Menteri wilayah Perseketuan D. Saravanan.
Pada mulanya ramai yang menyokong tindakan D. Saravanan, tapi selepas Pengarah Hospital tersebut membuat kenyataan balas, ramai yang berbelah bahagi. Ceupacs, iaitu persatuan pekerja bagi kakitangan awam juga membantah D. Saravanan, dan hari ini laporan media melaporkan kenyataan rasmi Men. Kesihatan yang turut membantah.
Dalam sebuah negeri, D. Saravanan boleh dianggap sebagai tim. menteri besar. Oleh yang demikian apa sahaja dalam negerinya bolehlah diperiksa dan ditegur. Setelah kekalahan BN pada Mac 08, kelihatan beberapa ahli kabinet cuba menonjolkan diri untuk membantu rakyat. Kes lif rosak di Sentul sebagai contoh. Kes PADI ( Pendatang Asing Dengan Izin ) yang tiada pekerjaan dan tinggal bawah jambatan, yang dikurung beramai-ramai di rumah kedai dan berbagai lagi. Menariknya kebanyakan anggota kabinet yang prihatin ini ialah Tim. Menteri berbangsa India dan berstatus Senator.
Umum mengetahui yang kaum india kebanyakan menolak BN pada PRU lepas. Mereka menyakong PKR dan DAP. Ahli parlimen berbangsa India lebih ramai dipihak pembangkang.
Tapi tindakan D. Saravanan jelas serba tidak kena, beliau berlagak samseng dengan menyerbu masuk bilik rawatan, kemudian memaksa pegawai kanan hospital tersebut turun bertemu dengannya. Tidak cukup dengan itu, belum pun siasatan dibuat, beliau membuat kenyataan media. Mungkin beliau menjadi hero seketika, tapi beliau telah mencemarkan imej hospital kerajaan yang tidak pernah bersih.
Tapi yang lebih parah beliau melukakan hati para doktor kerajaan yang sentiasa berkerja dengan suasana yang tidak kondusif. Pesakit yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan tidak pernah berkurangan, kebanyakan berpendapatan sederhana dan datang dengan sakit yang kronik. doktor -doktor inilah terutamanya Pegawai Prerubatan Siswazah (HO) yang berkerja kadang -kadang sehingga 24 jam.
BN telah pun kehilangan kuasa di Wilayah Perseketuan. Hanya seorang ahli parlimenya menang di kuala lumpur. Kawasan hospital yang D. Saravanan buat hal tersebut turut kalah dan dimenangngi oleh wakil dari PAS. Jelas rakyat telah menolak BN, kini mungkin kaki tangan awam turut menolak mereka. Sikap yang ditunjukkan oleh Tim. Menteri yang hanya berstatus Senator jelas merugikan BN dalam tempoh jangka panjang dan dalam keadaan sekarang.
Malang kementerian Wilayah Perseketuan, sudahlah Tim. Menterinya Senator, Menteri baru pun Senator juga. Hanya wakil rakyat yang bertanding, yang dinilai oleh rakyat yang tahu bagaimana untuk mengambil hati rakyat dan bekerja dengan mereka. Walau bagaimanapun aku suka dengan slogan DS Najib " Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"
Seorang lagi wakil mereka yang jaga HR tu pun kadang-kadang terlajak juga..terlampau ghairah dapat jawatan kot !Perlu juga diingatkan mereka,jawatan itu diberi bukan untuk membantu satu kaum sahaja. Satu Malaysia !!
BalasPadamTerima kasih
BalasPadammemang betul sepatutnya yang menjadi menteri bukannya senator tetapi YB sebab mereka yang akan selalu turun padang.Lagipun perkara ini tidak boleh dipandang negatif kerana doktor pun manusia biasa juga.
Kalau yang laporkan itu menteri kesihatan atau mereka yang berprofesion doktor pasti laporannya berbeza
'hanya jauhari mengenal manikam'
Tun Abdullah pernah ingatkan dulu, jangan jadi "litle Nepolean'
BalasPadamLaporan akhbar sendiri sebut "terjah bilik rawatan'
Bila diri rasa berkuasa, itulah padahnya..