Pengikut Setia - Terima Kasih

Rabu, 22 April 2009

Anwar Semakin Matang


Ramai orang yang mengenali DS Anwar, sebagai pemimpin, sahabat, musuh dan sebagainya. Terutama sekali ahli politik dan aktivis dalam ABIM. Apabila DS Anwar mula memimpin Pakatan Pembangkang akibat krisis politik 98, DS Anwar terpaksa berdepan dengan pimimpin pembangkang yang mencemuh beliau ketika beliau didalam kerajaan dahulu. Mohd Sabu, Lim Kit Siang dan Karpal Singh antara pimpinan tersebut. Entah apa perasaan beliau bagi menhadapinya tidak pula diketahui. Semua orang tahu bagaimana Mohd. Sabu antaranya menghentam Anwar.

Bagi pimpinan lain dan ahli PAS pula, tindakan beria-ia Anwar ingin merobohkan Kerajaan Kelantan dalam kempen PRU 95 menjadikan beliau turut dibenci. Untungnya sahabat dan guru beliau Allahyarham Dato' Fahil Nor merupakan pesiden PAS pada waktu itu. Fadhil Nor terkenal sebagai seorang yang bersikap terbuka dan mengamalkan politik baru.

DS Anwar dibawa menjadi pemimpin pembangkang, namun kepimpinan Anwar tidak teruji sepenuhnya kerana beliau bertapa di penjara Sg. Buloh. Sebelum sempat DS Anwar habis tempoh pertapaannya beliau telah kehilangan beberapa orang kesayangngannya seperti ibu, abang dan tentu juga Ust Fadhil Nor.

Apabila DS Anwar dibebaskan atas sifat perikemanusian seorang tokoh yang tidak mengenal musuh, Tun Abdullah. DS Anwar selepas dibebaskan berkata beliau sudi memaafkan ( Tun M ) tetapi tidak melupakanya. DS Anwar kemudiannya terus berkerja bagi memantapkan pakatan pembangkang yang lemah dan berpecah. Barisan Alternatif, yang dikenali pada masa itu tempang tanpa ketiadaan DAP. Cabaran lain untuk Anwar ialah apabila hampir semua strategi beliau berjaya, kemenangan dimiliki. Cuma beberapa langkah lagi sebelum ke Putrajaya.

Anwar yang dilihat tidak sabar atas beberapa faktor tertentu melancarkan projek 16 September. Kegagalan projek tersebut disusuli dengan peristiwa rampasan kuasa di Perak. Disinilah kepimpinan Anwar sebagai ketua pembangkang teruji. Beliau disuruh insaf oleh Karpal Singh. Malah tindakan Anwar membawa kepada peungkitan peristiwa kejatuhan kerajaan Sabah dahulu. Anwar dianggap tidak bermoral, biasa bagi orang UMNO untuk beranggapan sebegitu, tapi tidak jika datang dari pimpinan PR apatah lagi Karpal Singh.

Anwar bertindak tenang,tidak membalas dan memaafkan, ini akhirnya mematikan kes tersebut yang hangat dimainkan leh media masa. Malah Anwar membela Karpal apabila diancam Pemuda UMNO di Parlimen tempoh hari.

Kini sekali lagi Anwar menghadapi krisis dengan PR. Umum mengetahui tentang perletakan jawatan Fairus. Fairus terpaksa dan dipaksa meletakan jawatan atas beberapa faktor, antaranya ialah beliau telah disiasat oleh SPRM dengan lajunya, tapi dilambatkan proses pendakwaannya, tindakan ini memberikan tekanan maha dasyat kepada Fairus, siapa pun boleh mengagak yang Fairus akan dipaksa menjadi ADUN bebas jikapun tidak melompat untuk mengelakan proses pendakwaan. Oleh yang demikian PKR terpaksa memaksa beliau meletakan jawatan. Namun silapnya Lim Guan Eng sebagai KM tidak dimaklumkan, lantas rasa terhina dan merajuk. Kepada media di luahkan, krisis cuba dimainkan, Anwar sekali lagi dengan tenang atas sifat kematangannya meminta maaf kepada Lim. Dan krisis ini juga akan tamat, cuma isu baru ialah tentang tunduknya Lim kepada Anwar dalam soal perlantikan TKM I. Secara jujurnya D. Azhar bijak memainkan isu ini atas tujuan politik, tapi secara jujurnya juga menjadi kebiasaan kepada MB tunduk kepada ketuanya iaitu PM ( untuk BN ) dan Anwar sebagai ketua PR.

Apa yang aku maksudkan dengan kematangan Anwar ialah sikap beliau yang sanggup mengaku salah dan memohon maaf.

2 ulasan:

  1. Fairus selamat drpd SPRM..tgk apa pula pakar strategi ini nak rancang..DSAI memang cekap bab ini..siapa pula yg kena selepas ini

    BalasPadam
  2. saya sangat bersetuju jika tiada PRK dijalankan. Jelas satu pembaziran. Fairus sudah bebas.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama