Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 9 April 2009

Kabinet Najib.. Bagai Almari Tak Cukup Papan

DS Najib dengan kuasa dan hak yang ada padanya telah mengumumkan barisan kabinet beliau yang akan bertugas menerajui Malaysia sehingga penggal parlimen ke 12 ini tamat. Ketika pengumuman dilakukan, aku sedang bermesyuarat disalah sebuah bukit. Khidmat berita sms dari Harakah yang aku langgan lambat tiba, hanya tiba kira - kira jam 6.50 petang. Ketika dalam bilik mesyuarat tersebut telefon bimbit aku ( telefon gengam kata A. Samad Said ) bergetar, koresponden aku memaklumkan yang Khairy tidak tersenarai dalam kabinet DS Najib. Berita tersebut sungguh mengejutkan. Jam 5, dalam perjalanan mengambil isteriku, aku lantas memasang radio Bernama 24, top five news mengumumkan antaranya jawatan beberapa menteri. Sesampainya aku dirumah, selepas solat asar, aku terus akses internet. Dan ini komen aku.

1. Khairy
Beliau merupakan pemenang bagi jawatan ketua pemuda UMNO. Lazimnya pemegang jawatan tersebut akan mendapat jawatan menteri penuh. Sebaliknya yang terjadi anak Tun M,
D. Mukhriz yang mendapat tempat terakhir dalam pertembungan tiga penjuru pemuda UMNO dilantik sebagai Tim. Menteri di MITI. Malah naib ketua pemuda UMNO yang juga merupakan regu D. Mukhriz turut dilantik sebagai Tim. Menteri Belia dan Sukan. Seterusnya D. Rosnah yang merupakan ketua puteri UMNO juga dilantik sebagai Tim Menteri Kesihatan. Sudah tentulah perlantikan ini mewakili golongan muda belia. Apakah sifir yang digunakan DS Najib? Adakah ingin membersihkan orang Tun A? Sesiapa sahaja akan berkecil hati jika berada di tempat Khairy. Sudah tentu penyokong Khairy juga akan terpinggir. Peminggiran Khairy dan penyokong Tun A hanya akan mempercepatkan hayat UMNO. Khairy dalam temualnya dengan Malaysiakini berkata, beliau tidak kecewa dan sedia maklum kerana telah bertemu dengan DS Najib lebih awal. DS Najib katanya telah meminta Khairy untuk memperkasakan dan menarik lebih ramai belia kepada pemuda. Tentulah ini alasan yang hipokrit. Belia tentu lebih tertarik sekiranya Khairy menjadi menteri penuh. Khairy akan selalu keluar tv dan surat khabar. Idea beliau munkin akan lebih terpancar. Perananya akan lebih terkesan. Ini tidak dapat dilakukan atau kurang tanpa jawatan. Bukan perkara ini tidak pernah berlaku pada ketua pemuda sebelum ini, kali terakhir kepada Zahid Hamidi dulu, tapi dua orang yang dikategorikan sebagai pemuda, dan seorang ketua puteri dilantik ketika Khairy dipinggirkan. Ini menjadikan ia lain. Ketika PAS menang pada Mac 08 di Kedah, orang bertanya kepada tokoh kanan PAS, Ust Yusuf Husin, beliau merupakan setiausaha PAS Kedah. Apakah tiada jawatan untuk orang sepenting beliau? Beliau menjawab dengan penuh karisma, ' kita tak boleh tinggalkan bukit Uhud' aku sungguh kagum dengan jawapan yang cukup mendalam tersebut. Tapi tak lama kemudian beliau menerima jawatan sebagai Senator. Laa.. Hipokrit jugak orang PAS. Yusuf Husin akhirnya tinggalkan bukit uhud, tentu kita tahu apa akibatnya. Sebelum ini Ust. Hassan Shukri turut terima jawatan Senator mewakili Negeri Terengganu, kemudianya PAS pun kalah di Terenganu sampai sekarang. Yang masih menuggu di bukit uhud ialah Syed Husin Ali. Tapi sampai bila wallahualam. Sebenarnya bukan senang nak tegaskan pendirian seperti DS Tengku Azlan, D.Ghafur Salleh Dan D.Anifah Aman. Mereka menolak perlantikan sebagai Tim. Menteri, kerana inginkan jawatan menteri. mereka berterus terang. Jika Tengku Azlan terima tawaran tersebut tempoh hari, maknanya tiga penggallah beliau sebagai timbalan. Perasaan menjadi timbalan selama- lama bolehlah ditanya kepada D.Abu Seman.. Kini Anifah Aman telahpun bergelar menteri penuh. Mungkin Khairy telah ditawarkan untuk jawatan tim. menteri, tapi beliau enggan. Kerana kelazimannya tidak begitu, jadilah beliau ketua pemuda yang tidak berjawatan. Seingat aku dulu, Zahid Hamidi kemudianya dilantik sebagai pengerusi Bank Simpanan Nasional. Mungkinkah Khairy akan dilantik ke satu jawatan bagi menonjolkan kepentingan jawatan ketua pemuda? Sebelum ini seingat aku Khairy pernah di war - warkan untuk jawatan Pengerusi Khazanah. Khairy bagi aku harus terus di beri peluang kedua, ya beliau adalah beban UMNO pada PRU lepas, tapi mertuanya telah mengambil satu tanggungjawab besar dan dengan tanggungjawab itulah DS Najib kini berkuasa.

2. TS Muhammad2 Taib
Merupakan antara menteri yang turut digugurkan. Beliau bertanding jawatan Tim. Presiden UMNO. Jika menang tempoh hari, Tim. Perdana Menteri lah kini, tapi apabila beliau kalah mengapa sampai begini nasibnya? Sebagai contoh, DS Rais Yatim, beliua telah lama dalam kabinet, kalah pula jawatan Naib presiden, jawatan tersebut hanya ada tiga kekosongan. Yang bertanding ramai, jika yang bertanding semuanya menteri, adakah semua menteri yang kalah akan digugurkan? Tentulah ini juga contoh tepat bagaimana orang Tun A disisihkan. Ini kerana TS Muhammad2 Taib tidak menawarkan diri seperti D. Shahrir, jadi tentulah beliau masih berminat dan bersedia untuk bekerja untuk rakyat. Adakah pengguran beliau kerana khuatir kemungkinan beliau akan mencabarkuasa TPM dan mungkin PM pada masa depan? Tentulah tanpa apa -apa jawatan seseorang itu lebih mudah hilang pengaruh dan akhirnya dilupakan.

3. DS Ir Mohd Zain.
Beliau baru sahaja dilantik sebagai menteri dibawah Tun A. Sebelumnya Tim. Menteri di kementerian yang sama. Antara jasa beliau ialah :
a) Tutup tol NPE arah KL
b)Tutup tol Besraya Sg Besi.
c)Buka laluan ke BMC
d) PLUS bagi diskaun 10% dan 5%*
e) Tangguh kenaikan kadar tol ke akhir tahun dengan cara umum kenaikan sebelum PRK baru2 ini. ( kerajaan gabra dan tangguhkan )
f) Buka perjanjian konsesi untuk dinilai oleh rakyat secara terbuka.
Pelik bila menteri yang nampak pro rakyat disisihkan. Mungkin selepas ini sebagai ahli parlimen sepang beliau bolehlah jenguk -jenguk kandang babi yang kerajaan PR luluskan di dalam kawasannya.

4. DS Shahrizat dan TS Koh Tsu Koon
Mereka berdua adalah yang kalah dalam pilihanraya, dilantik sebagai senator untuk kejawatan menteri. Tujuannya tidak lain adalah untuk memberi oksigen kepada pergerakan wanita dan Gerakan yang telah lama semput dan longlai. Apapun mereka tetap pemimpin yang ditoak rakyat, ditolak bukan kerana mereka tidak buat kerja dan rasuah, tapi kerana bersekongkol dengan perasuah dan kerajaan yang menindas.

5. DS Nazri dan Mej. Jen. Khir Baharom
Pelik juga aku dengan DS Nazri ni, yelah bukan kemain lantang beliau kutuk Tun M masa berkrisis dengan Tun A dulu. Lagi pulak beliau tidak bertanding apa -apa jawatan dalam pemilihan UMNO baru -baru ini. Munkin kerana dia ni panglima UMNO kot, jadi kenalah dikekalkan. Khir Baharom adalah menteri yang ketiga kalau tak silap yang dilantik dari KAGAT. Wah nampaknya KAGAT dah berjaya lahirkan beberapa menteri..

6. DS Hishamudin Tun Husin
Bergelar menteri dalam negeri.. hhahahaha. KDN ni banyak agensi dia, hebat dan penting, seperti PDRM, imegrisen, JPN, RELA dll. Mungkin DS Najib nak latih sepupu dia ni selok -belok pentadbiran yang lebih mencabar. Jadi senang nak serah kuasa esok lusa.


Setakat ni dulu aku nak komen. Ada artikel aku nak tulis tentang amanat Tun Razak. tengoklah kalau sempat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama