Pengikut Setia - Terima Kasih

Isnin, 6 April 2009

Mahathir Si Kuda Tua

Semalam, hari ahad, sebelum hari isnin, itu janji D. Mukhriz, bapanya mantan PM 22 tahun merangkap pengasas UMNO Baru, akan menyertai semula UMNO. Sebenarnya bukan ini janji Mukhriz, tapi janji Tun M sendiri, tidak akan sertai semula UMNO selagi Tun A berkuasa. Kini Tun M yang tidak mudah lupa, mengotakan janjinya. Beliau menyertai semula UMNO, borang bersama yuran pendaftaran RM 2 diserahkannya sendiri kepada Presiden UMNO yang tidak dicabar DS Najib.Difahamkan, Tun M yang membawa borang ahli keluarganya sekali itu akan mendapat nombor keahliannya yang lama iaitu 000001. Turut kelihatan Tun SH dan DS Rosmah.. Tun M juga menyeru agar sekelian penyokongnya yang turut keluar parti dulu agar menyertai semula UMNO. TS Sanusi Junuid, selaku penyokong no 1 lantas menyertai, yang lain - lain tidak pula diketahui nasibnya. Tun M tidak berlengah, selaku ahli yang sentiasa setia dihati tapi tidak dimulut, pertempuran yang sedang rancak di Bukit Gantang akan ditempuhnya. Tipu muslihat selama lebih 40 tahun pengalaman berpolitik akan diacu. Ditemani panglima -panglima UMNO seperti TS Muhyidin Yasin, DS Zahid Hamidi dan lain -lain, Tun M mula berceramah dihadapan kurang 2000 orang tanpa melepaskan bekas timbalan beliau untuk dihentam. Lupa tentang beliaulah yang meminda perlembagaan agar raja -Raja boleh didakwa, Tun M menyelar DS Nizar calon lawan sebagai penderhaka.
Selepas itu Tun M dilaporkan bergegas ke Sg. Petani untuk menentang 14 calon lain, semangat beliau kini berbalas kerana menurut Utusan Malaysia kehadiran menjangkau sehingga 5000 orang ( bayangkan kalau utusan kata 5 ribu? ). Kali ini Tun M akan berusaha memenangkan calon dari MIC yang mewakili BN. Dalam perkembangan yang lain Tun M berkata beliau tidak akan menganggu pemilihan kabinet DS Najib, walaupun sebelum ini beliau mengatakan yang kabinet DS Najib perlu bersih dari rasuah. Beliau turut menolak untuk dilantik sebagai Menteri Kanan seperti di Singapura tetapi tidak menolok jawatan penasihat tidak rasmi seperti yang disandangnya di Petronas, Proton dan LADA. Tun M kembali, Mahathirism kembali... Oh tidak.. aku dah bosan sepanjang 19 tahun kehidupanku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama