Fairus telahpun dibersihkan oleh SPRM. Sesuatu yang diluar jangkaan, permainan politik siapakah ini? UMNO atau PKR? Moga Fairus benar-benar bersih. Pembersihan ini juga melambangkan yang pimpinan PKR tidak rasuah. Dan kenyataan awal perletakan jawatan untuk menyambung belajar pasca siswazah adalah benar dan boleh dipercayai. Sebenarnya Fairus dikaitkan dengan isu kuari di P.Pinang. Presiden Amerika ke 16 Abraham Lincoln berkata " Jangan mengkritik mereka, kalau kita berada dalam keadaan serupa kitapun akan lakukan seperti mereka" . Mungkin ini sesuai untuk pengkritik dari PR kerana selalu menghentam BN kononnya rasuah, tetapi bila sudah mendapat kuasa dan memerintah negeri pimpinan sendiri tercalit dengan isu.
Bercakap tentang pembersihan SPRM keatas Fairus, D. Azalina Othman adalah antara individu yang disiasat oleh SPRM. Azalina acap kali meminta agar SPRM memberitahu segera status siasatan terhadap beliau, namun beliau yang kini tidak lagi bergelar menteri masih tidak dapat jawapannya.
Hanya orang yang tidak dibersihkan oleh badan bertanggungjawab seperti SPRM dan Mahkamah sahajalah yang tahu betapa azabnya menanggung beban fitnah terhadap sesuatu tuduhan. Khairy dan DS Ali Rustam, walaupun tidak diambil tindakan oleh UMNO, tetapi tetap dianggap rasuah oleh kebanyakan ahli UMNO apatah lagi pembangkang. Mungkin pembersihan oleh SPRM adalah perlu.
Kadangkala orang yang dibersihkan oleh mahkamah dan SPRM juga turut tidak terlepas dari pandangan serong masyarakat.
Presiden Abraham Lincoln juga berkata " Janganlah mengadili apa yang belum diadili" Ini pula sesuai untuk DS Najib. Beliau telah dituduh dengan perbagai tuduhan, dari hal peribadi hingalah ke salah guna kuasa. Tetapi sehingga sekarang tiada satu pendakwaan pun yang dikenakan. Untuk bersangka baik, bolehlah dianggap yang DS Najib bersih. Tapi siapalah yang dapat menyangkal spekulasi. Nak tak nak, batang tubuh yang dituduh perlu berusaha menunjukan yang ia memang bersih. Seperti kata Hakim British, Penghakiman bukan sahaja perlu adil, tetapi dilihat adil.
Sekarang fAIRUS dah nak mintak balik semula jwt nya..
BalasPadammmg giler politik dia org ni..konspirasi siapa sebenarnya ?
Mengikut speaker, tidak boleh menarik semula surat perletakan jawatan.
BalasPadamTapi tunggu isnin, mungkin SPR akan beri peluang kepada Fairus. Politk macam -macam boleh berlaku
Fairus menurut malaysiakini memuktamadkan perletakan jawatannya.
BalasPadam