Pengikut Setia - Terima Kasih

Sabtu, 25 April 2009

Zahid sahut Rais


Menteri Penerangan yang paling popular ialah semasa era Presiden Saddam Husin di Iraq. Menteri Penerangan Iraq pada masa itu ialah Mohammad Saeed Sahaf. Beliau dengan berbaju penuh tentera Iraq melaporkan dari masa ke masa tentang kedudukan Iraq. Lebih-lebih lagi semasa perang. Kenyataan beliau walaupun ada yang tidak benar atau propaganda tapi adalah kenyataan rasmi. Beliau sebagai Menteri Penerangan bertanggung jawab untuk mempertahan kan kerajaan Iraq dari segi hujah.




Di Malaysia perkara yang sama mula dilakukan. Yang pertama oleh D. Shabery Chik. Beliau yang berang dengan teori harga minyak DS Anwar Ibrahim kemudiannya mencabar Mantan Timbalan Perdana Menteri tersebut berdebat. Cabaran tersebut disahut. Anwar yang telah lama digelapkan oleh media kini kembali ke pentas perdana. D. Shabery Chik dengan prinsipnya yang tertentu tidak mahu memberikan peluang kepada RTM. TV lain mendapat peluang keemasan tersebut. Aku yang tidak mempunyai TV dirumah bergegas selepas solat maghrib ke kedai makan. Siapa menang siapa kalah kalian lebih arif.

Kini Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, DS Dr Rais Yatim mencabar pula bekas Menteri di JPM untuk berdebat. Isunya tentang memburukan Malaysia umunya dan DS Najib khasnya diluar negara. Menurut Rais, rujukan media asing kebanyakanya datang dari penulis 'Saya juga Melayu' ini. Cabaran Rais turut disambut. Aku tak sabar nak tunggu perdebatan ini, Rais bukan sebarangan.. Ikan emas tentu arif..

3 ulasan:

  1. Wah ,nama ikan emas masuk dlm entri ni..
    Dua-dua orang 'undang-undang'.Zaid Ib dah awal-awal jwp..tapi dia macam takut aje atau nak minta tlg DSAI bagi respon ?

    BalasPadam
  2. Perdebatan memang baik untuk cari kebenaran walaupun tidak sepenuhnya.
    Tapi Rais memang seorang yang menjalankan tugas, cuma mesti ingat, cermin diri dulu, jangan hasil perdebatan mendedahkan kelemahan dan kepincangan kerajaan yang dipimpin

    BalasPadam
  3. Saya bersetuju dengan pandangan PenaKiri, yang penting isi hujah baik dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Elakkan 'serang peribadi'..
    Bagi saya Rais kini sedang membuktikan beliau menjalankan tugas sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan..
    Tak sabar sepat nak tgk debat ni..

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama