Seperti yang dijangkakan akhirnya MECD telah difaraidkan, agensi -agensi tersebut dibahagi - bahagikan kepada sembilan kementerian. Semuanya nampak cantik, UniKL dan MAJU ke Kementerian Pengajian TInggi, sebelum ini UiTM juga ke pengajian tinggi, tentulah tiada apa yang hendak dikomen, begitu juga Bank Rakyat, masuk bawah Kementerian Kewangan, memang sesuai. Tapi ada sesuatu yang pelik, LPKP pergi ke Kementerian JPM. Bukankah kita ada Kementerian Pengankutan? dan Menteri Pengakutan DS OKT juga telah melamar LPKP? Jadi mengapa pula perlu LPKP diletakan dibawah JPM?
Jika anda lihat senarai dibawah, analisis awal boleh dibuat ialah hanya kementerian yang menterinya Melayu mendapat agensi -agensi MECD, manakala kementerian Pengakutan yang menterinya Cina tidak. Ini bercanggah dengan konsep 1Malaysia. DS Najib perasan tak benda ini? Tolong DS, jika ingin melihat 1Malaysia benar - benar wujud, tiada perasaan syak wasangka antara kaum, perkara perkauman seperti ini harus diketepikan. Jika nak letak dibawah
JPM (EPU), letakan semua agensi MECD. Jelas, tanpa berselindung. Aku faham masalah kamu DS Najib, Kabinet DS adalah yang terbesar di Malaysia, kalah rekod semua PM yang lepas, dua puluh lapan menteri dan empat puluh timbalan menteri. Hanya kementerian kurang satu, tapi tambah seorang mneteri di JPM.
(1) Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
(2) Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
(3) Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
(4) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri;
(5) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya;
(6) Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat dipindahkan ke Kementerian Kewangan;
(7) Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;
(8) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (MAJU) dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi; dan
(9) Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama