Sabtu, 2009 November 21

Bunuh manusia untuk kosmetik

Lemak manusia RM50,820 seliter - Makmal kosmetik di Eropah didakwa terlibat dalam sindiket bunuh penduduk Peru

SEPASUKAN polis mengumpul bahan bukti di satu lokasi pembunuhan di sebuah ladang koko berdekatan Huanuco, Peru baru-baru ini.

LIMA, Peru - Seramai empat suspek ditahan di Peru berhubung sindiket membunuh seramai 60 penduduk tempatan bagi mendapatkan lemak dan tisu manusia yang kemudian dijual sebagai bahan membuat kosmetik di Eropah.

Semua suspek ditahan di tengah Peru awal bulan ini manakala tujuh lagi anggota kumpulan itu termasuk dua warga Itali sedang diburu, kata Ketua Pendakwa Raya, Jorge Sans Quiroz kelmarin.

"Lemak (manusia) itu dibeli oleh konspirator Itali sebelum dihantar untuk pengkomersialan ke makmal di Eropah," kata Quiroz.

Beliau menjelaskan, geng itu menyasarkan peladang dan Orang Asli di kawasan terpencil yang terpedaya dengan tawaran kerja sebelum mangsa dibunuh.


Pendedahan rangkaian penyeludupan itu dipercayai dapat membantu menyelesaikan 60 kes kehilangan penduduk tempatan di Andes namun hubungan itu masih belum disahkan.

Polis mula membuat penahanan berikutan penemuan sebotol lemak manusia yang cuba diseludup keluar dari bandar Huanuco, Andes ke Lima baru-baru ini.

Petunjuk mengenai rangkaian penyeludupan lemak manusia pertama kali muncul dua bulan lalu, kata Ketua Jabatan Jenayah, Jeneral Felix Burga.

Ketua Jabatan Antipenculikan polis Peru, Kolonel Jorge Mejia menambah, seramai tiga suspek mengaku membunuh lima orang.

Kata Mejia, pihak polis menerima maklumat mengenai penjualan lemak manusia empat bulan lalu tetapi detektif penyiasat hanya berjaya menembusi kumpulan itu pada Ogos. - Agensi

-p/s - Apakah yang nak jadi ni? sampai sanggup bunuh untuk duit? Ni yang P.Ramlee cakap niaga manusia lebih untung..lemak sahaja bernilai 50k seliter, belum lagi jika si syaitan ni jual organ mangsa..

Lemak untuk kosmetik, kosmetik untuk wanita..ada permintaan ada perniagaan..tapi kaum hawa kena baca ni untuk tau kosmetik mereka gunakan itu bernilai atau tidak
s.i.n.i

Jumaat, 2009 November 06

Henti berbalah isu pendidikan - PM

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak mahu melihat wujudnya perbalahan dalam masyarakat terhadap isu sistem pendidikan negara yang dianggap sensitif kepada rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata, ini kerana hasrat murni kerajaan melaksanakan sesuatu dasar boleh menjadi tidak bermakna langsung jika semua rakyat tidak bersedia menerima dan mengamalkannya.

"Ketika masyarakat masih mempunyai perasaan bertentangan dan agak keberatan membuat keputusan bersama itu, saya tidak ingin ada perbalahan yang timbul dalam masyarakat kita kerana perkara yang sangat sensitif ini," katanya di dalam blog www.1Malaysia.com.my. s.i.n.i

p/s - Dimana kejujuran untuk bersatu? Apabila tidak berani menunjuk kepada titik pertemuan. Mengapa tidak 1 BN? Mengapa tolak cadangan GERAKAN?

Selasa, 2009 Oktober 13

Bayi bawah 2 tahun ditegah tonton televisyen

SYDNEY 12 Okt. - Bayi dibawah usia dua tahun tidak patut menonton televisyen kerana ia boleh menjejaskan perkembangan bahasa mereka dan kemampuan untuk memberi tumpuan, menurut satu garis panduan baru untuk rakyat Australia.

Menurut akhbar The Australian, saranan kerajaan yang dijangka diterbitkan pada minggu depan itu turut menyatakan bahawa kanak-kanak berumur antara dua hingga lima tahun, seharusnya menonton televisyen tidak lebih daripada satu jam sehari.

Draf garis panduan tersebut yang dibentuk untuk pusat jagaan kanak-kanak tetapi turut menyediakan nasihat untuk ibu bapa, bertujuan membantu mengekang epidemik obesiti yang semakin berleluasa yang menyaksikan kanak-kanak negara itu lebih berat daripada yang pernah direkodkan.

"Berdasarkan penyelidikan terbaru, disarankan bahawa bayi berusia kurang dari dua tahun tidak patut menonton televisyen atau menggunakan media elektronik lain seperti cakera video digital (DVD), komputer dan permainan elektronik.

"Masa menonton... boleh mengurangkan jumlah waktu mereka bermain dengan aktif, hubungan sosial dengan orang lain dan peluang untuk perkembangan bahasa.

"Ia mungkin menjejaskan perkembangan pergerakan mata pada julat penuh dan mengurangkan kepanjangan masa di mana mereka boleh memberi tumpuan,'' jelas salinan draf garis panduan tersebut yang diperolehi The Australian.

Kerajaan masih belum mengesahkan laporan itu dengan menyatakan bahawa garis panduan berkenaan masih belum dimuktamadkan. - AFP

Sabtu, 2009 Oktober 10

Menunggu pengajaran esok..

1. Perwakilan dah ajar Ong dan Chua.

2. Najib ajar MIC

3. Pengundi Bagan Pinang ajar siapa esok?

Beli Kapal, Projek lagi untuk Kroni.


KD Inderapura yang terbakar semalam terbakar lagi selepas beberapa jam dipadamkan. Ini dipercayai KD Inderapura berpura-pura telah padam, selepas ditinggalkan, kapal pengankut tersebut terbakar lagi. Ini berita buruk dan memalukan bagi TLDM yang merupakan satu cabang tentera Malaysia yang bersiap sedia menangani ancaman perang dari Indonesia dimana rakan mereka tentera darat sedang mengundi dan baru sahaja mendapat bandar yang terlebih dahulu dimiliki oleh tentera laut di lumut.

Tetapi ini berita baik bgi kroni, Menteri Pertahanan meninmbang untuk membeli kapal lain. TLDM yang baru sahaja menerima kapal selam pertama yang berharga lebih 4 bilion, bakal membeli pula kapal pengankut. Tindakan ini tentu menimbulkan reaksi yang tidak senang dikalangan rakan mereka terutama tentera darat. Sudahlah tentera laut terlebih dahulu mendapat bandar tentera laut iaitu lumut, memiliki perbagai peralatan canggih, kini berpeluang pula memiliki kapal baru hasil dari tindakan tidak menyelenggara dengan baik yang menyebabkan litas pintas dan memadamkannya pula tidak sempurna.

Cuma yang merisaukan Penakiri ialah pembelian KD Tunku Abdul Rahman memakan korban Altuntuya, maka apa nasib untuk penggantian Inderapura.

Rabu, 2009 Oktober 07

Isa Samad hina kecerdikan pengundi Bagan Pinang


Isa Samad berkata, kalau pengundi Bagan Pinang tidak mengundinya tetapi undi PAS, bermakna orang itu tak sihatlah. (gila/tidak waras/tidak siuman/sakit mental?)

Menurut Mohd Isa, hanya orang tak sihat yang tidak nampak apa yang kerajaan BN sudah buat sejak merdeka.

“Orang tu juga tak sihat kalau dengar cakap PAS yang kata saya tak buat apa-apa dan banyak projek tak siap masa saya jadi Menteri Besar,” ujarnya.

Ketika berucap di Sawah Sunggala malam Isnin, beliau berkata penduduk di situ beruntung kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dan menteri lain termasuk Exco kerajaan negeri datang merayu undi untuk beliau.

“Hebat tuan puan dekat sini. TPM, MB dan Exco datang merayu undi, kalau tak undi saya juga, bermakna tuan puan ada yang tak sihat. Kalau tak sihat, nanti saya doakan supaya sembuh” ujatnya.

Kaedah Isa berkempen bersahaja diselang seli lawak tetapi tutur katanya cukup pedih jika masuk telinga pembangkang.

Dua malam lalu, beliau menggambarkan pemimpin PAS sebagai jin yang datang mengacau di Bagan Pinang.

“Jin ini kita kena semah (buang atau cuci). Lepas pilihanraya jin-jin hilang entah ke mana, masa ada pilihanraya, mereka muncul cakap macam-macam,” kata mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Malam tadi katanya, orang PAS pun kokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi maka janganlah nak tuduh orang BN atau UMNO semuanya jahat dan buruk.

Malah, PAS juga ujarnya hendak buat kerja Tuhan apabila hendak menentukan syurga dan neraka.

“Kasihan orang Arab tak dapat masuk syurga kerana mereka tak masuk PAS,” sindirnya.

Mohd Isa berkata, rakyat negara ini akan duduk aman tenteram selagi tidak termakan hasutan pembangkang.

Sebelum itu ketika menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Kesatuan Pekerja-Pekerja awam Angkatan Tentera Malaysia (Kesatria) dan Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang, beliau menegur kakitangan awam yang menentang kerajaan.

Katanya, kerajaan bukan milik orang politik tetapi penjawat awam yang melaksanakan dasar ditentukan pemimpin politik.

Sebab itu katanya, jika kakitangan awam terlalu mengkritik kerajaan, bermakna mereka kritik diri sendiri.

“Kalau tak sokong kerajaan, macam main bola sepak masuk gol sendirilah,” katanya.

Kritikan ujarnya tidak salah asalkan bertujuan membaiki kelemahan tetapi bukan sehingga menyokong atau mengundi pembangkang dalam pilihanraya.

Menurutnya kerajaan tidak seperti pembangkang yang hanya tahu menyalahkan itu ini.

“Ceramah pembangkang semua senang...dari awal hingga akhir tak cakap benar. Mereka ini bukan gokongan yang bersyukur. Sebab itu, kita jangan salah pilih kerajaan hingga buang yang baik,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu menempelak pembangkang yang tiada idea dengan berterusan menyerang peribadinya sejak awal kempen pilihanraya Bagan Pinang.

Katanya, sudah jadi sikap pembangkang yang hanya memandang sesuatu perkara itu betul jika ianya memihak kepada mereka.

Berbaki kira-kira lima hari lagi, Mohd Isa yakin memenangi kerusi DUN Bagan Pinang kerana kempen ‘Jalan-Jalan Cari Undi’ olehnya sudah nampak signal atau cahaya untuk menang.

Walaupun penat kerana banyak program dari awal pagi hingga larut malam, beliau masih gagah dan bersemangat berkempen.

“Badan tak penat tapi mata mengantuklah,” katanya ketika disapa Agendadaily bertanya keadaannya sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.- 5/10/09

p/s - Apapun maksud sebenar TS Isa, perkataan tidak sihat adalah tidak wajar dugunakan kerana mengundang perbagai tafsiran. Apatah lagi apabila mengundi melibatkan akal fikiran, maka tidak sihat boleh juga dieertikan tidak waras. Pernah seorang kawan saya berasa sangat meluat dan tercabar dengan slogan BN iaitu, Hanya Satu Pilihan - Barisan Nasional. Slogan ini adalah slogan rasmi BN semasa PRU ke 12 lalu. Beliau yang merupakan seorang profesional kejuruteraan, berkata slogan BN tersebut seolah-olah kita bodoh benar sehingga tidak boleh berfikir dan hanya membuat satu pilihan tanpa memikirkan perbagai pertimbangan. Jika soal slogan boleh timbulkan kemarahan terutama yang bergelar profesional, apatah lagi jika dikata tidak sihat kerana tidak menyokong BN.

Al-Quran bongkar punca gempa bumi!


Gempa di Indonesia pengetahuan Allah signifikan dari ayat al-Quran


MENAKJUBKAN Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Quran!. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (Surah Al Isra' ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (Surah Al Isra' ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (Surah Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.