Pengikut Setia - Terima Kasih

Ahad, 31 Mei 2009

Fahaman aku isu Chin Peng

1

Seperti orang lain, sebagai anak Melayu yang dibesarkan dalam persekitaran Melayu, ajaran tidak langsung adalah Cina itu jahat dan tidak boleh dipercayai. Masa belajar silat dulu, diceritakan pula tentang tragedi 13 Mei dan cerita parang panjang Kiyai salleh. Belum lagi dengan cerita kekejaman komunis dan bintang tiga.


Kiyai Salleh(tengah) disamping anggota keselamatan

Tapi dalam kehidupan seharian, pergi beli barang kat kedai cina, baiki basikal kat kedai cina, kedai Melayu cuma pergi makan je, gunting rambut di kedai india. Itulah suasana di Sitiawan, tempat kelahiran Chin Peng lima belas tahun dulu, tapi kini perbagai perniagaan telah diceburi oleh orang Melayu walaupn tidak bsetanging orang cina. Orang Melayu semasa aku kecil dulu, kalau tak kerja kampong, kerja kerajaan atau meniaga kedai makan. Mungkin sebab bab halal haram ni sensitif, maka kedai makan orang Melayu boleh hidup.

Siapa yang salah bila kedai Melayu hanya kedai makan? Perlukah kita tanam permusuhan dengan orang lain kerana kejayaan mereka? Bila dah semakin besar, ustaz ajar yang kita ni dari keturunan yang sama, keturunan Nabi Adam. Semua manusia itu baik dan kita dituntut berprasangka baik. Eh ni dah lain dengan ajaran secara tak langsung iaitu cina itu jahat dan india itu pembelit.

Sejak aku dipenghujung sekolah menengah, rasa perkauman semakin berkurangan, rasa dengki tak tentu pasal dengan perniagaan yang maju dikalangan orang cina digantikan denga iri hati tapi niat untuk bersaing. Orang-orang india yang selama ini dianggap ular, dilihat sebagai kawan yang bermanfaat. Semua ini datang dari hasil pembacaan dan pergaulan lebih luas dan tidak tetikat dengan sukatan pelajaran semata-mata.

Ketika ditingkatan lima juga, semasa mempelajari sejarah timbul persoalan tentang pemimpin Melayu didalam komunis. Pelik, bukankah komunis itu tidak percaya kepada tuhan? Habis tu nape orang Melayu masuk komunis? Datuk aku adalah seorang polis yang menentang komunis. Seorang pakcik ku adalah salah seorang penerima Pingat Panglima Gagah Berani kerana kehebatannya menangkap komunis. Tidak hairanlah sejak dari kecil aku diajar yang komunis itu jahat,tapi persoalan timbul bila sejarah dipelajari, dan dalam sejarah walaupun telah digelapkan sebahagian fakta masih dilaporkan tentang penglibatan pemimpin Melayu dalam komunis. Nama-nama seperti Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Faqeh adalah antara pemimpin Melayu yang menyertai komunis.



Penglibatan pemimpin Melayu Islam bukan bermaksud komunis adalah betul, cuma pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka berjuang melalui komunis. Komunis adalah satu ideologi dari barat. Seperti mana ideologi lain, cumanya ianya mendapat sambutan meluas dibeberapa buah negara, antaranya China. Orang cina di Malaysia turut terpengaruh dengan ideologi komunis dan berjuang dalam komunis. Komunis asalnya turut disokong oleh British untuk menentang Jepun. Ini kerana hubungan Jepun dan cina tidak baik akibat perang Jepun - China.

Setelah Jepun kalah dan kembalinya British ke Tanah Melayu, komunis tidak terus meletakkan senjata, sebaliknya masuk episod baru dan bermulanya sokongan sesetengah orang Melayu kepada komunis. Sokongan itu bukan bermaksud orang Melayu ini bersetuju tiadanya tuhan, tetapi menyertai komunis bagi mengankat senjata memerangi British. Satu Rejimen Melayu Komunis iaitu Rejimen ke 10 ditubuhkan.




Episod ini seterusnya membawa kebencian bukan sahaja orang Melayu malah orang cina terutamanya kepada komunis, selain peperintahan komunis bintang tiga selama dua minggu, iaitu tempoh diantara kekalahan Jepun dan kembalinya British, tragedi Bukit Kepong ialah satu peristiwa yang membawa kebencian tersebut. Serangan ke atas balai polis Bukit Kepong oleh komunis sebenarnya diketuai oleh seorang komunis Melayu bernama Ahmad Iskandar. Beliau adalah seorang terpelajar, mendapat pendidikan agama dan bekas guru agama.

Biasalah dalam peperangan berlakunya bunuh-membunuh, perogolan dan rompakan.Ramai polis dan askar Melayu turut terkorban. Tetapi sejarah juga mencatatkan komunis banyak menyerang dan membunuh orang-orang British dan kepentinganya, darurat diistiharkan setelah pembunuhan tiga pengurus ladang berbangsa inggeris oleh komunis. Bukan kerana rakyat tempatan diancam. Tentang polis dan askar Melayu yang terkorban, keadaanya bolehlah disifatkan dalam perang di Afganistan sekarang, bagaimana polis dan askar Afganistan dibunuh oleh Taliban. Siapakah pejuang dan siapakah boneka?

Hakikat yang harus kita terima ialah kemaraan komunis telah mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Pembentukan Malaysia yang disertai oleh Singapura, Sabah dan Sarawak juga adalah faktor untuk mengekang faktor komunis. Oleh yang demikian sudah tentulah komunis dan pemimpin Melayu yang menyertai komunis terus mengangap mereka adalah pejuang kemerdekaan.

Komunis dan Cina


Komunis seperti mana yang diutarakan tadi mendapat tempat dikalangan orang cina. Oleh yang demikian, pihak british bertindak memisahkan orang cina dengan mewujudkan kampong baru. Seramai 400,000 orang cina terbabit dengan terbentuknya 400 buah kampung. Baru-baru ini perkara ini dibangkitkan oleh DYTM raja Dr Nazrin, baginda bertitah kewujudan kampog baru tersebut sebenarnya dibantah oleh Raja-Raja Melayu kerana membabitkan tanah Rezab dan tanah orang-orang Melayu. Baginda membangkitkan hal tersebut kerana isu pemberian tanah kepada penduduk kampong baru kepada penduduknya oleh kerajaan DS Nizar.

Sejak akhir-akhir ini, kerajaan BN yang telah ditolak oleh rakyat di banyak tempat seakan-akan mati akal untuk menentang arus sokongan rakyat kepada PR. Perbagai isu dimainkan namun tidak berjaya atau kejayanya sangat sedikit. Rais Yatim adalah orang yang membakar isu komunis ini. Ini berikutan bekas S/U Agong PKM Chin Peng yang telahpun berumur 85 tahun ingin kembali di Malaysia dari tempat berlindungnya di Thailand. Setelah banyak pihak membuat kenyataan termasuk menteri Pertahanan, akhirnya PM DS Najib membuat kenyataan yang mengatakan kerajaan tidak akan membenarkn lelaki komunis terakhir itu balik ke Malaysia. Kenyataan DS Najib dibuat tanpa kepastian adakah Chin Peng akan membuat rayuan keatas mahkamah Perseketuan. Jika beliau mahu berbuat sedemikian, bermakna DS Najib telah mendahului dan mempengaruhi keputusan mahkamah.

Mengapa pemulangan Chin Peng dijadikan isu? Beliau sudah tua, komunis diseluruh dunia juga sudah berubah. Selain dari itu sudah ada perjanjian damai antara kerajaan malaysia, tahailand dan komunis pada tahun 1989. Jadi Apakah ancamanya kepada kesejahteraan Malaysia? tidak lain dan tidak bukan adalah kerana beliau adalah cina. Pemimpin komunis Melayu seperti Shamsiah Faqeh sempat balik dan meninggal di Malaysia. Beliau balik pada tahun 1994 dari China.

Ternyata kelantangan pemimpin dan NGO pro kerajaan untuk menentang kepulangan Chin Peng adalah kerana untuk membangkitkan semangat anti cina dikalangan orang Melayu sesuai dengan krisis politik di Perak. Alasan-alasan tidak logik seperti menguris hati bekas parajurit adalah dangkal sama sekali, apa yang askar jepun tidak buat sepanjang penjajahan mereka, sejarah juga menunjukan kekeaman british terhadap ulama' Tok Janggut di Kelantan.




Pejuang kemerdekaan Tok Janggut dibunuh kejam. Beliau adalah seorang ulama' diperlakukan sedemikian rupa oleh Penjajah British

Perkara-perkara yang harus kita faham
1. Chin Peng sudah tua dan tidak mampu mengganas.
2. Alasan yang aktiviti komunis akan tersebar luas adalah tidak logik. Ini kerana Chin Peng tidak perlu ke sini untuk komunis berkembang kerana komunis punya blognya sendiri.sini Lagi pula komunis ada masalah dengan ideologinya, ini membuatkan komunis runtuh di Russia, dan china kini lebih liberal dalam ekonominya.
3. Chin Peng dulu jahat dan tidak perlu peri kemanusian kepadanya. Ini juga adalah satu ajaran sesat. Adakah kita perlu bertindak zalim terhadap orang yang melakukan kezaliman? Tidak zalimkah Jepun sepanjang pemerintahannya?
4. Mahkamah dah tolak permohonan Chin Peng, hormatilah mahkamah. – Mahkamah Malaysia jika dituruti perjalannaya memang bayak tidak adil berbanding adil. Ada ke patut Chin Peng perlu buktikan dia rakyat Malaysia, bukankah dalam sejarah Malaysia sendiri tulis dia lahir di Sitiawan Perak? Bukankah masa nak merdeka dulu sape yang lahir di Malaysia sebelum merdeka dia jadi rakyat Malaysia?
5. Chin Peng telah berdamai dengan kerajaan. Nabi sendiri menghormati perjanjian dan tidak pula berdendam dengan kafir Quraish ketika pembukaan Makkah.

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :


* PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
* Parti Komunis Malaya dibubarkan
* Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
* Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
* Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

* Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.

* Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

Khamis, 28 Mei 2009

Utusan sokong Komunis?

' Tetapi apa yang menarik mengenai CPC ialah bukan sahaja kerana ia adalah parti politik terbesar di dunia dengan sejumlah 74 juta ahli, tetapi ia masih mampu berubah mengikut kehendak semasa, terutama di bawah pimpinan Hu Jintao.

Walaupun CPC adalah parti politik yang di kelilingi oleh pemimpin yang dianggap tidak mempunyai sikap tolak ansur terhadap pihak penentang, tetapi mereka mahu berubah mengikut kehendak rakyat mereka.

CPC yang selama ini sebuah parti yang tidak sinonim dengan demokrasi dan kebanyakan ahlinya terdiri daripada golongan tua dan lelaki, sudah mula dapat menarik minat rakyat yang lebih muda, sofistikated, berfikiran terbuka dan golongan wanita.

Di bawah era pimpinan Hu Jintao, CPC telah cuba berubah daripada sebuah parti yang berteraskan strategi yang mementingkan jumlah keahlian yang besar kepada sebuah organisasi yang lebih bersifat teknokrat.' sini

p/s - Parti Komunis China (CPC)

Cara orang UMNO berfikir

Agenda terancang hapus Raja Berperlembagaan

IPOH 28 Mei - Tindakan pihak tertentu mendesak kerajaan membenarkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang semula ke Malaysia dikhuatiri mempunyai agenda terancang untuk menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan. sini

p/s- Eh peliknya cara diorang berfikir? Habis tu kenapa kita ada hubungan diplomatik dengan china, vietnam dan cuba? Putuskan sajalah macam kita buat kat korea utara dulu dan israil sampai sekarang.

Dengar cite DS Najib nak pergi china sambut ulang tahun ke 35 hubungan China-Malaysia yang dipelopori oleh Tun Razak dulu..

Pelik kan, kita berdamai dengan komunis tahun 1989, tapi sebelum tahun tu kita ada hubungan diplomatik dengan china. Sedangkan komunis dapat sumbangan wang dan senjata dari china.. lu fikirlah sendiri

Rabu, 27 Mei 2009

Along Mengganas



POLIS mengawal bangunan yang dipercayai tempat pengurungan mangsa along (gambar bawah) di Seri Kembangan. Mangsa dirantai dan dikurung secara kejam dalam dua 'lokap' yang dibina sendiri di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat.


Polis selamatkan 3 tahanan along


SUBANG: Polis menyelamatkan tiga lelaki mangsa sindiket along yang dirantai dan dikurung secara kejam dalam dua "lokap" yang dibina sendiri di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Serdang Raya, di sini, petang tadi.

Seorang daripada "banduan" along itu ditahan sejak dua bulan lalu, seorang lebih sebulan manakala seorang lagi kira-kira 10 hari.

Ketiga-tiga mangsa diikat dengan rantai balak pada leher, tangan dan kaki.

Semua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Kajang, Gombak dan Segamat, Johor.

Setiap mangsa hanya diberi sebuku roti untuk sajian selama seminggu, manakala air minuman dari paip tandas yang dibina khusus untuk lokap berkenaan.

Mereka ditemui dalam keadaan lemah, ada kesan lebam dan luka akibat dirotan di beberapa bahagian badan.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata serbuan dilakukan dua jam susulan penahanan dua ahli sindiket along di hadapan sebuah bank di Desa Jaya, Kepong, kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, suspek berusia 30 dan 33 tahun itu dipercayai baru selesai menjalankan urus niaga berkaitan pinjaman.

"Polis yang dibawa ke premis terbabit, menemui sebuah bilik kecil di bahagian belakang dan menemui ketiga-tiga mangsa dalam dua buah lokap berasingan.

"Kita percaya suspek mengambil kesempatan menggunakan kekerasan luar biasa berikutan hutang mangsa di antara RM1,500 dan RM4,000," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini petang tadi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana membuat kurungan secara salah dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

p/s Dasyat betul, apa nak jadi ni, along boleh berkuasa sedemikian rupa..

Selasa, 26 Mei 2009

Muktamar PAS - Pemilihan dihiasi roh Islam


Muktamar PAS yang ke 55 akan berlangsung pada 5-7 Jun ini. Hari ini Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS kali ke-55,D. Mustafa Ali mengumumkan senarai mereka yang bertanding.

Senarai ini tentu sekali menyebabkan ramai pihak terkejut dan ada yang kecewa, pastinya pihak musuh. Ini kerana harapan mereka untuk melihat pertandingan hangat didalam PAS tidak kesampaian.

Demokrasi dan pilihanraya tidak diajar oleh Islam secara jelas. Tetapi PAS dan banyak parti Islam lain telah mengislamkan demokrasi dan pilihanraya.

Pemilihan PAS kita dapat lihat roh Islam didalamnya tanpa meminggirkan demokrasi. Setiap PAS Kawasan secara demokrasinya diberi peluang untuk mencalonkan pemimpin kesukaan mereka untuk sebarang jawatan. Tiada sekatan. Kuatonya hanya dua pencalaonan untuk setiap jawatan. Boleh dianggap sebagai satu cadangan dan cadangan disokong. Tidak seperti umno yang kuatonya dikira dari segi peratus, kalau tak silap untuk jawatan presiden sehingga 54 pencalonan diperlukan. Langkah hanya dua pencalonan untuk setiap jawatan didalam PAS adalah munasabah dan menggalakan penyertaan. Berbanding umno, untuk lepasi kuato seolah-olah satu kemuskilan, terutama jawatan tertinggi seperti presiden dan timbalannya.

Setelah hak ahli melalui kawasan (sama dengan bahagian umno ) diselesaikan, borang tawaran untuk bertanding akan diserahkan kepada calon yang menerima pencalonan. Disini peranan roh islam mula memainkan peranan. Pertama calon yang merasakan tidak mampu memegang amanah akan menarik diri. Jika masih wujud pertandingan, maka colon tersebut akan berbincang sesama mereka untuk satu kata putus.

Ini dapat dilihat dalam kes dewan Pemuda dan dewan Ulama' . Tiada pertandingan untuk jawatan Ketua sehingga ke naib. Kompromi seperti ini tentunya berbeza dengan pemuda umno contohnya, pertandingan tiga penjuru telah menyebabkan perpecahan dan permainan politik wang. Sehingga kini, tiada tanda yang pemuda umno akan bersatu seperti dulu.

Bagi jawatan tim. presiden pula, walaupun wujud pertandingan tiga penjuru, tetapi sebenarnya telah dapat meminimakan pertandingan yang lebih besar melalui musyawarah tadi. Berbeza umno pertandingan tiga penjuru dielakkan dengan mengkantoikan lawan mereka melalui kes rasuah politik. Tetapi tiada pula tindakan dari SPRM terhadap lawan yang telah didapati bersalah tadi oleh lembaga disiplin parti.

Presiden - TG DS HJ Abd Hadi Awang

Isnin, 25 Mei 2009

Kerajaan Pilih Syarikat Rasuah?

Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau telah memilih sebuah syarikat yang kini sedang disiasat atas dakwaan rasuah di Jepun dan kecuaian di Singapura.

Apakah salah jika rakyat memikirkan yang syarikat tersebut mungkin merasuah kerajaan perseketuan apabila projek pembinaan terowong air dari Pahang ke Selangor yang bernilai RM 1.3 Bilioan tersebut diberikan kepada syarikat tersebut iaitu Shimizu Corp sebagai syarikat utama, Nishimatsu Construction Co dan dua syarikat tempatan UEM Builder dan IJM Corp. Malaysiakini

p/s - Wah rasuah peringkat antarabangsa nampak?
PM kita masih belum menjawab dakwaan rasuah kapal selam dan helikopter, kini kerajaanya dikaitkan pula dengan sebuah kes antarabangsa.

Ahad, 24 Mei 2009

Pengampu Marah..

Tindakan jika burukkan parti tidak bertanding








SPR akan awasi kempen calon, sepanduk langgar etika

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap parti dan calon yang memburukkan parti yang tidak bertanding dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata perbuatan menjatuhkan maruah parti yang tidak bertanding dalam pilihan raya adalah tindakan yang tidak beretika dan boleh dikenakan hukuman kerana melanggar Akta Keselamatan Pilihan Raya.

"SPR menganggap apa-apa perbuatan yang memburuk-burukkan parti atau individu yang tidak bertanding ketika tempoh kempen sama ada melalui ceramah, slogan, sepanduk atau poster sebagai tidak beretika kerana menyalah gunakan ruang dan peluang berkempen.

p/s selamatlah umno dan Najib..

Manek Urai Nafsu Mula Bergelora..

1. PRK Manek Urai nampaknya memperlihatkan nafsu UMNO untuk bertanding. UMNO Kelantan yang teruk dibelasah pada PRU 08 dulu juga adalah pihak yang paling berkeinginan.

UMNO berjaya menang di Manek Urai pada PRU 04 dengan majaroti 53 undi melalui Mohamed Zulkifli Omar. Kini bekas ADUN tersebut dikatakan sibuk mengatur langkah untuk PRK akan datang. Manek Urai yang terletak di bawah Parlimen Kuala Krai yang mana parlimen tersebut dimenangi oleh wakil PAS Dr. Hatta Ramli.

Sebelum ini dalam kes Penanti, kes Perak adalah antara kes yang dipertimbangkan untuk BN meletak calon atau tidak. Difahamkan antara sebab tiadanya wakil BN di PRK Penanti adalah kerana krisis di Perak. Tapi kini Ketua Penerangan UMNO berkata krisis di Perak tidak memberi kesan di Manek Urai sini. Walhal sejarah menunjukan berbagai krisis telah berlaku di Kelantan dan ada kes hampir serupa di Kelantan malah lebih dasyat dari itu seperti Mageran di Kelantan. Sudah tentu rakyat Kelantan lebih terkesan hal ini berbanding di Penanti.

Kempen telah dimulakan, walaupun cabar mencabar betanding atau tidak sini, tapi BN telah memulakan kempen. Kempen ini telah mengesahkan yang BN akan bertanding, bertanding sajalah, selsema babi dah diistiharkan bebas dari malaysia, krisis ekonomi kita lupakan sekejap. Ye lah pilihanraya kan asas demokrasi.

Hari ini kempen pertama BN ialah tentang khidmat keretapi yang lebih cepat dan berhawa dingin dari Dabong ke Tumpat sini. Ianya melalui dan berhenti di Manek Urai! Sebenarnya telahpun dilancarkan pada 3 Mei lalu, tapi dah nak dekat PRK, maka diumukan sekali lagi. BN dan UMNO Kelantan bolehlah gunakan formula UMNO Kedah untuk menang sini

2. Penanti Sepi Tanpa BN

PRK Penanti sepi tanpa BN, sesuatu yang merugikan rakyat setempat kerana tiadanya peluang projek segera.Mungkin sebab itu Nik Aziz mempelawa Bn bertanding di Manek Urai sini. Penamaan calon semalam juga tidak meriah. Tetapi aman dan berjalan dengan baik sini. Adakah dengan adanya BN maka kacau bilau berlaku atau tanpa BN penyokon PR tidak diprovokasi.

Akibat terlalu sepi pihak pembangkang di pusat tetapi kerajaan di negeri dikatakan terus menerus mengkritik BN walaupun tiada calon mereka yang bertanding sini. Walau bagaimanapu Menteri Penerangan yang masih belum lagi berdebat dengan D. Zaid sini kini membuat kenyataan baru iaitu akan menjawab semua tuduhan pembangkang dengan berhemah sini.

Belajar dari Perak-Rampasan kuasa lagi..

Murugiah dipilih Presiden PPP yang baru

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah dipilih sebulat suara Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu, di sini.

Keputusan memilih Murugiah diumumkan tepat jam 1.10 tengah hari ini yang sebelum itu menyaksikan semua Exco lama PP dipecat.

EGM itu juga tanpa kehadiran Presiden sebelum ini, Datuk M Kayveas.

lagi

p/s- sibuklah mahkamah selepas ni..kes nizar-zamry tak selesai lagi, kes sivakumar-ganeson baru nak mula, ni kayveas-murugiah pulak

Sabtu, 23 Mei 2009

Lagi tokoh sastera tolak PPSMI


Walaupun tersohor dan disebut-sebut sebagai calon Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan mungkin mengalami laluan sukar mencapainya.

Beliau semakin lantang mempertikaikan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) - hari ini di depan 200 penulis muda dunia sastera Melayu.

"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara," katanya dalam ucap utama di perhimpunan terbesar sasterawan muda Malaysia.

"Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal.

"Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka.

"Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini.

"Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik."

Bekas pengarah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu yang terkenal dengan novel Naratif Ogonshoto – satira politik yang mengecam kerakusan orang berkuasa – menyampaikan ucapannya berjudul 'Arah dan Cabaran Penulis Muda' di Melaka pagi ini.

Dalam ucapannya kira-kira sejam, beliau menegur ahli politik Melayu dalam kerajaan yang menjadi pencetus utama timbulnya rasa tidak yakin terhadap bahasa mereka sendiri.

"Sejak sedekad yang lalu, masyarakat Melayu pada umumnya meragui adanya rasa bangga (terhadap) bahasa Melayu di kalangan ahli politik Melayu yang berkuasa," katanya.

Anwar berkata, sikap pemimpin tersebut digambarkan melalui penggunanan bahasa Inggeris dalam majlis rasmi dan tidak bersungguh-sungguh membina jati diri kolektif pelajar menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang tunggal.

"Mereka mempunyai pertimbangan lain, termasuk politik, yang dilihat lebih besar dan wahid (pertama) berbanding bahasa bangsanya," katanya.

Teks ucapannya juga boleh diperolehi di blognya.

Kritikan Anwar hari ini yang pertama dilontar di depan khalayak sebesar itu, selain wawancara di sebuah tabloid politik dan dialog-dialog kumpulan kecil masyarakat sastera.

Walaupun pelbagai pihak dan tokoh budaya sebelum ini lantang menuntut pemansuhan dasar kontroversi itu – sehingga membawa kepada demonstrasi besar 7 Mac lalu – Anwar dilihat tidak lantang sebelum ini.

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2000 melalui novelnya itu turut terkenal dengan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Arus.

Selain Anwar, tokoh-tokoh lain yang disebut layak untuk Sasterawan Negara penyair Datuk Baharuddin Zainal dan novelis Zaharah Nawawi.

Malaysiakini difahamkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 selama tiga hari sejak pagi tadi akan merumuskan satu resolusi membantah dasar PPSMI.

Awal bulan ini, kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup termasuk Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain menolak dasar kontroversi itu - pertama kali gabungan tokoh besar budayawan Melayu secara terbuka dan berani menentang dasar kerajaan.

diambil dari malaysiakini

Jumaat, 22 Mei 2009

Tahniah BN, tapi DUN pasti Dibubarkan


Keputusan Mahkamah rayuan hari ini haruslah diterima dengan baik, walaupun mahkamah telah menghilangkan kuasa dewan dalam menentukan kepercaan terhadap Menteri Besar, biarlah kita lihat pula keputusan mahkamah Perseketuan nanti.

Cumanya bahaya keputusan ini ialah apabila perlembagaan negeri dan negara yang kebanyakannya sama akan dimanupulasi oleh pihak-pihak tertentu. Jangan terkejut jika ada PM, MB atau KM selepas ini dilucutkan jawatan kononnya telah hilang kepercayaan majaroti ahli dewan.

DS Nizar jika menang akan memohon untuk membubarkan DUN. Sekarang yang menang ialah DS Zamry. Apakah DUN bakal dibubarkan? Jawapan akau ia pasti dibubarkan, insyaAllah..

Ceritanya macam ni..

Namry dan keluarga balik kampung. Dirumah atuk ada ramai orang.Sebenarnya atuk membuat perjumpaan hari keluarga. Jadi ramailah sanak saudara sepupu sepapat.
Dalam ramai-ramai tu, Namry memang terkenal dengan nakal dan panjang tangan.

Satu hari, kamera Pak Ngah hilang. Ramai orang merasakan yang Namry lah yang mengabil kamera tersebut. Namry sampai sudah tidak mengaku yang beliau mengambil kamera tersebut.

Tapi dalam hati Namry, rasa serba tak kena. Memang Namry sebenarnya yang mengambil kamera tersebut. Namry memang ingin pulangkan balik. Tetapi dia menunggu masa yang sesuai sahaja. Selagi tidak memulangkan semula kamera tersebut, selagi itu Namry tidak selesa dan dalam keadaan panas. Namry tidak akan bersifat jujur mengaku yang dia mengambil kamera tersebut dan memulangkannya walaupun disudut hatinya beliau ingin memulangkannya.

Apabila keadaan reda, dan Pak Ngah sendiri mengaku yang beliau mungkin telah tersalah letak, maka Namry mengambil peluang dengan meletakkannya di sebalik sofa. Kemudian Namry buat-buat terjumpa. Namry kemudiannya menjadi hero kerana telah mendapatkan kembali kamera Pak Ngah. Tetapi sebenarnya ramai orang tahu yang Namry adalah orang di sebalik tabir kes kehilangan kamera Pak Ngah.

Begitulah keadaanya sekarang. Apa yang penting mahkamah telahpun mengatakan yang langkah memecat MB diluar dewan oleh Sultan adalah sah. PM DS Najib berkata Bn Perak telah mengikut undang-undang dalam mengambil kerajaan Perak (klik sini)

Oleh itu sekarang, BN akan berlagak seperti hero dengan memberikan mandat kepada rakyat Perak. Tetapi keputusan ini akan dilakukan selepas PRK Penanti dan mungkin seiring PRK Manek Urai (kliksini) Sudah tentulah dengan pilihanraya yang serentak, maka fokus pembangkang akan berpecah dan tidak kuat. Walaupun BN kalah di Perak nanti, tapi imej DS Najib sebagai PM rakyat akan meningkat seiring dengan slogannya rakyat diutamakan. Dan tentulah krisis Perak tidak boleh lagi dimainkan dalam PRU 13 nanti.

p/s Ini berlaku jika Nizar kalah di Mahkamah Perseketuan jika tidak (klik sini)

Khamis, 21 Mei 2009

PRK di Kelantan


ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.





N41 MANEK URAI
Jumlah Pengundi: 12,292
Peratusan Kaum: M:99.25% C:0.44% I:0.26% L:0.02%
1. Ismail Yaacob (Pas) (5,746)
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) (4,394)
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192
Penyandang: Mohamed Zulkifli Omar (BN)
(Majoriti: 53 undi)





p/s - Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
BN tolak di Penanti, tapi Allah bagi pula di Kelantan? Macam mana sekarang?

Kalau betul taknak membazir, jangan bertanding dan biarkan PAS menang

Gerakan pecahkan kerjasama PAS-DAP

Apabila menyebut tentang PR, tentunya fokus utama adalah kerjasama PAS dan DAP.
PAS bercita-cita untuk melaksanakan negara Islam dan menjalankan hukum hudud.
Manakala DAP pula bercita-cita untuk menjalankan sebuah negara yang memberi hak yang sama keatas warganegara.

Walau bagaimanapun, DAP juga menentang sebarang usaha untuk perlaksanaan hukum hudud.
Sebenarnya bukan DAP sahaja yang membantah, tapi parti cina lain seperti Gerakan dan MCA.


s.in.i


Mengapa mereka menentang?


Ini kerana selama ini mereka telah dimomokan oleh umno yang hudud itu zalim dan kejam. Sebab itulah umno hanya memilih hukum Allah yang terpilih sahaja. Baru-baru ini mereka ingin untuk mewajibkan pembayaran zakat. Zakat memang wajib, tapi mereka mahu kuat kuasakan dari segi undang-undang. Langkah ini memang baik, tapi hukum islam yang lain tidak pula mahu dikuat kuasakan, tapi yang jelas beri keuntungan ada pula usahanya.

Tun M adalah antara pemimpin umno yang paling lantang menentang hudud. Tun menghina dan memperli hukum Allah tersebut, dan langkah yang paling kasar ialah apabila beliau memberi surat amaran kepada Nik Aziz supaya hudud tidak dijalankan. Untuk pengetahuan pembaca hukum hudud telahpun diluluskan oleh DUN Kelantan.

Mengapa Nik Aziz takut? Nik Aziz bimbang sebenarnya jika melaksanakan hudud timbul fitnah yang lebih besar. Kerajaan menguasai media,dan media kerap kali mngatakan yang hudud itu bahaya, zalim dan kejam.

Kelantan pernah di Magerankan dan kerajaan nya dirampas Pusat. Ini berlaku apabila berlaku satu rusuhan dikelantan yang dimulakan oleh Ibrahim Ali. Atas pengalaman itulah maka Nik Aziz mengambil sikap berhati-hati. Ini kerana kemungkinan untuk pihak-pihak tertentu mngadakan rusuhan yang terancang adalah tinggi, dan kerajaan pusat akan mengambil kesempatan.

Semasa PAS memerintah Terengganu, hukum hudud juga telah diluluskan oleh DUN Terengganu. seperti biasa perlaksanaanya terganggu. Walaupun Hj Hadi lebih tegas, tetapi Tum M selaku PM pada waktu itu menghalang kerjasama dai penjawat awam. Maka tiadalah polis untuk menagkap pesalah, tiada pula penjara untuk penepatan pesalah sementara menunggu untuk didakwa.

Setiap kali hudud dibangkitkan, seolah-olah ianya adalah agenda PAS semata-mata. Media pula memomokan yang hudud itu zalim dan kejam. Kenyataan seperti jika ingin rasa sup tangan boleh pergi ke kelantan, rejam itu primitif, ramai orang akan hilang pekerjaan kerana tiada tangan adalah antara kenyataan berterusan Tun M. Malah Tun M juga berkata tidak akan membenarkan negeri-negeri diperitah BN melaksanakan hudud.





Selama berpuluh tahun kita ditakutkan oleh media, kesanya bukan sahaja orang cina, malah ramai orang melayu sendiri tidak faham tentang hudud. Maka mengapa kita janggal dengan penolakan DAP terhadap hudud? bukankah ini kerja umno sebenarnya?
Pelik bila umno cabar PAS untuk laksanakan hudud tapi mereka sendiri lima puluh tahun memerintah langsung tiada usaha kearah itu.

PAS sudah tentu masih kuat iltizamnya untuk melaksanakan seluruh tuntutan al_Quran, tetapi tentulah dengan cara yang paling berhemah dan setakat yang termampu. Lihat saja di kelantan, tentu sekali islam lebih maju disana berbanding negeri BN lain.

PAS dan DAP - Bagaimana bermula

1. PAS merasakan adalah satu peluang untuk berkerjasama dengan DAP bagi menentang BN yang bukan sahaja tidak islamik, tetapi juga tidak demokrasi dan melakukan perbagai kezaliman.

2. Tentang penolakan DAP terhadap Hudud, apalah sangat, jika umno sendiri tolak hudud. PAS juga merasakan yang DAP telah terpesong oleh media kerajaan.

3. PAS dan DAP berkerjasama atas persamaan perjuangan;
-Menentang ISA
-Keadilan untuk semua
-Tidak perkauman
-Kebebasan media
-demokrasi bebas
-menentang rasuah

Beriukutan kerjasama PAS dan DAP, kedua-dua parti ini hampir kalahkan BN pada tahun 99. Mereka berpecah soal hudud dan BN menag besar kemudiannya pada tahun 04. Mereka bergabung lahi dan BN kalah teruk pada tahun 08.

Inilah puncanya isu ini dimainkan. Supaya perpecahan dikalangan pembangkang dan mudahkan BN untuk menang kembali.
umno kini sedang mengunakan talian hayat yang ada, iaitu perkauman, agama dan raja.
race,religion and royalty. Pembaca sekalian boleh menilai sendiri dimana kedudukan PR dan BN terutama umno. Dan apakah mereka sebelum ini melakukan seperti yang dilaungkan sekarang?

Rabu, 20 Mei 2009

SPRM baru bangun tido


SPRM akan panggil Mohamad Daud beri keterangan

BEAUFORT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah dalam pemilihan Pas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Program Jati Diri Rakan Muda di Membakut, hari ini.


p/s Eh SPRM kat mana korang masa T. Rithaudin gantung dan ambil tindakan kepada Ali Rustam dan KJ?

PAS, DAP dan Perak - Krisis yang Sengaja Berlarutan


Krisis di perak telah masuk hari ke 105. Macam-macam yang berlaku, macam-macam yang terjadi. Dari dua MB dan dua barisan Exco, kini Perak juga mempunyai dua orang Speaker.
Nampaknya tidak ada pihak yang ingin mengalah. Kerugian jika ditafsirkan mampu mencecah jutaan ringgit.

Krisis ini berlaku apabila DS Najib dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak bagi mengantikan DS Tajol Rosli yang meletakan jawatan. Tajol meletak jawatan ekoran ADUN Bota, D. Nasharudin melompat ke kandang PR. Lompatan Nasharudin tidak diketahui sama ada ikhlas atau tidak. Adakah Nasharudin melompat untuk mengorek rahsia atau membenarkan amalan tersebut supaya bila ADUN PR melompat maka mereka tidak boleh mengatakan yang ianya salah.

Tetapi dari riak muka dan ceramah yang disampaikan oleh Nasharudin mengambarkan yang beliau memang benar-benar ikhlas.

Lompat Parti - Boleh ke tak boleh?
Pada dasarnya melompat parti adalah tidak salah. Tidak dilarang oleh undang-undang. Sesuai juga dengan semangat kebebasan untuk berpersatuan. Contohnya A berada dalam parti B. Parti B ni teruk, rasuah, korup dan kroni. Maka A berhak keluar dari partinya jika merasakan tiada lagi harapan bersama parti B. Tapi perlulah menukar parti dengan tanpa paksaan dan dorongan harta.





Tapi apa yang berlaku di Perak ada sedikit kemuskilan.
1. Dua ADUN yang melompat sedang didakwa dimahkamah kerana pertuduhan rasuah.
2. Mereka melompat kerana kerajaan sekarang ( PR ) pro cina. Sedangkan ADUN jelapang adalah DAP berbangsa cina.
3. Ketiga-tiga mereka yang melompat menghilangkan diri terlebih dulu ( diculik?)
4. Ketua PKR Ipoh Barat dakwa DS Najib cuba rasuah ADUN PKR. Pertemuan Najib dan
Fauzi Muda kemudianya diakui oleh Tim. Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Zainal Abidin.
5. Tiada langsung siasatan oleh SPRM terhadap dakwaan tersebut keatas Najib. Tiada juga pengdakwaan terhadap Fauzi atas tuduhan memfitnah.

Berdasarkan turutan diatas, fenomena lompat parti di Perak sehingga membawa kepada krisis perlembagaan adalah tidak boleh diterima. Unsur-unsur ugutan dan rasuah terpancar. Melompat biarlah atas kesedaran dan keikhlasan.

Isu ini pada mulanya nampak seperti main catur. Penuh strategi dan berhati-hati. Setiap pemain saling buat check mat, tapi tanpa diduga si lawan masih ada jalan keluar.

Pilihanraya semula

PRU di Perak adalah jalan terbaik bagi mengatasi polimek ini. Sultan telah dilibatkan, institusi Speaker dan DUN telah dilibatkan, mahkamah juga dilibatkan. Tapi nampaknya semakin membelit dan sukar untuk dirungkaikan.
Satu-satunya institusi yang terbaik dan belum dilibatkan ialah rakyat. Banyak pihak telahpun mengatakan hal yang demikian. Tokoh-tokoh penting negara,parti-parti politik, suhakam, majlis peguam dan juga rakyat terbanyak.



Satu-satunya pihak yang meragui atau lebih tepat takut ialah BN. Macam-macam alasan yang diberikan, putar sana, putar sini, akhirnya Tun M jugak yang kena berterus terang.. Nanti PR menang..

Pada PRU 08 keputusan pilihan rakyat adalah seperti berikut;
BN - 28
DAP - 18
PKR - 7
PAS - 6

PAS, PKR dan DAP kemudianya bergabung dan menjadikan PR 31 dan BN 28.
Bezanya sikit saja, tapi kenapakah BN terutamanya umno berat sangat untuk bubarkan DUN? Bukankah umno kata yang orang Melayu kini meluat dengan PR? orang Melayu rasa terseksa dengan PR? dan buktinya dalam PRK Bukit Gantang, umno kata undi melayu banyak pergi pada mereka dan Nizar menang dengan undi Cina? Bukankah Nizar derhaka? Boneka DAP?

Jika benar undi Melayu kini sudah pergi pada umno, apa yang perlu ditakutkan. Cuba kita tengok disini;

Kerusi Melayu - 36
Kerusi bukan Melayu - 23

Nah jika kita lihat disini jelas yang umno tidak perlu takutkan apa-apa. Kalau umno menang di semua kerusi Melayu, umno boleh memerintah sendirian.

Dalam laman sesawang pro umno, dibangkitkan kemungkinan selepas dun dibubarkan dan pilihanraya semula maka DAP yang akan memerintah. Mereka mengandaikan yang DAP akan meletakan calon Melayu bagi memenuhi tuntutan perlembagaan negeri Perak. Mereka seolah-olah merasakan selepas PRU di Perak, maka keputusan pilihanraya adalah sama seperti mac 08. Bezanya cuma satu dari 18 kerusi DAP akan ditandingi oleh Melayu DAP. Dan Melayu DAP ini akan menang dan Perak seterusnya di perintah oleh DAP. Dan walaupun MB itu adalah Melayu, tetapi disebabkan dia DAP, maka corak pemerintahan ialah dengan cara DAP dan melupakan perjuangan dan nasib Melayu Islam.

Satu analisis yang baik. Terpulang. Tapi tahu tak yang terdapat 10 kerusi yang dimenangi umno majarotinya bawah seribu?
1.KUBU GAJAH - 66
2.SELAMA - 355
3.ALOR PONGSU - 95
4.TRONG - 916
5.KAMUNTING - 555
6.MANJOI - 348
7.MANONG - 160
8.PENGKALAN BAHARU -14
9.SUNGAI RAPAT - 406
10.RUNGKUP-314

Inilah yang ditakutkan oleh umno sebenarnya. Mereka takut yang mereka akan kehilangan 10 kerusi Melayu tersebut dan jatuh kepada PAS dan PKR.

Maka pada waktu itu tentu kerajaan PR akan lebih stabil dan pembahagian kerusi exco juaga akan lebih adil. Inilah yang umno tidak mahu lihat. Yang tidak sanggup mereka hadapi, iaitu penolakan rakyat terhadap mereka.

Dan satu lagi pada pendapat aku walaupun DAP adalah parti semua kaum dan pernah letakan calon Melayu sebelum ini, tetapi demi politik jangka panjang DAP tidak akan meletakan calon Melayu di Perak. Meraka tahu yang isu tersebut akan dimainkan oleh umno sekuat-kuatnya. Apapun sama-samalah kita menanti keputusan mahkamah rayuan esok dan adakah terbuka hati DYMM Paduka seri Sultan Perak untuk bubarkan DUN.

Selasa, 19 Mei 2009

Penantian Penanti

Akhirnya seperti yang semua orang tahu, BN tidak bertanding di Penanti. Penantian menunggu keputusan BN tersebut berjawab semalam. Aku seperti mana dalam posting aku dulu bersetuju sangat dengan langkah BN ini. Yalah rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan.

DS Najib mestilah mengutamakan rakyat. Tolong lawan babi yang selsema dan masalah ekonomi yang melanda. Itu lebih penting dari berpilihanraya yang diketahui keputusanya tidak memihak kepada mereka.

Walaubagaimanapun, seperti posting aku sini aku bersetuju dengan perletakan jawatan Fairus.

Tapi dengan BN memboikot PRK Penanti, maka keseronokan PRK tersebut pasti hambar. PRK kali ini bakal menemukan calon kerajaan negeri P.Pinang dan calon bebas. Tanpa kehadiran calon kerajaan pusat pastinya projek segera tidak kelihatan, makcik yang jual denderam,passembor,cendol dan lain-lain tidak dapat untung besar.

Pelancong politik juga akan berkurangan. PKR sendiri akan berlawan dengan bebas yang berproksi, dan ini muungkin lebih sukar. Namun ini adalah sejarah. Sejarah moden zaman milenium Y2K

Apaun selamat mengundi kepada Penanti.

p/s - Kata orang Najib takut tanding di Penanti sebab Rosmah tak bagi? Yalah lawan mangsorlah katakan..hahaha

Bijaksana Ulama' melangkah ke Putrajaya

Dah lama sangat rasanya aku tak menulis, minggu lepas balik kampung, sempat buka dan baca orang punya posting saja,nak tulis tak sempat, banyak layan orang tua dan rakan-rakan. Tapi sempatlah komen kat blog orang.





Hari ini dalam siasah, aku dapat lihat yang PAS nak bina sebuah pusat konvesyen yang bernilai 27 juta dekat Putrajaya. Kenyataan Hj Hadi turut menyebut yang ianya sebagai satu langkah persediaan untuk PAS ke Putrajaya. Ayat yang dah lama tak dengar sejak kegagalan Anwar pada 16 September. Sebelum itu Hj Hadi dengan tegasnya menyebut yang tiada politik wang di dalam PAS. Sejak akhir-akhir ini media cuba kaitkan PAS dengan politik wang, tapi nampaknya tidak berjaya. Bagi aku apa susah, kalau rasuah, laporlah pada SPRM.

Hj Hadi juga kini sah menang jawatan presiden PAS tanpa bertanding. Salah-satu yang orang UMNO sering cakap tapi tak buat ialah mentaati pemimpin. Kerajaan dalam menghadapai kebangkitan rakyat sejak 99 sering menggunakan ayat al-Quran betapa perlunya ketaatan kepada pemimpin, tapi hakikatnya kita dapat melihat bagaimana nasib Tun Abdullah.

Tun Abdullah pernah membuat satu kejutan besar yang dikenali sebagai gelombang biru apabila berjaya menang dengan begitu besar sekali pada PRU 04. Kemenangan paling besar BN sejak ditubuhkan. Kemenangan tersebut juga merupakan satu tamparan kepada PAS apabila kalah dibanyak tempat dan paling terasa ialah dengan jatuhnya Terengganu.

Kekalahan PAS ketika dipimpin oleh Hj Hadi buat kali pertamanya. Bagaimana perasaan Hj Hadi tidak pula diketahui. Tetapi ahli PAS begitu setiakan pemimpin mereka itu. Tidak pula mereka menyuruh Hj Hadi yang telah hilang gelaran YAB itu berundur.
Apa yang terjadi sebaliknya, ketika BN merasa begitu hebat, PAS menyusun langkah, beberapa tahun kemudian, PAS memindahkan ibu pejabatnya dari Taman Melewar ke Jalan Raja Laut. Sejak dari tahun 99 PAS mula menerima kebanjiran ahli profesional. Nama-nama seperti D. Dr Hasan Ali, Dr Hatta Ramli, D. Kamarudin Jaafar, Ir Khalid Samad dan ramai lagi. Tentulah pemindahan PAS ke Jalan Raja Laut menampakan satu proses keprofesinolan PAS itu sendiri. Dibandingkan dengan kedudukan Taman Melewar yang jauh ke dalam taman perumahan.



Kini PAS berbangga dengan bangunannya di tengah-tengah nadi ibu kota, walaupun pada hakikatnya PAS kalah besar dalam pilihanraya sebelumnya. Kehadiran PAS di bandaraya KL tentu sekali membawa banyak makna. Salah satunya ialah kesediaan PAS untuk mendapingi penghuni kota. PAS sering dikaitkan dengan kekampongan dan tidak maju.
Kehadiran PAS di Jalan Raja Laut yang bersempadan dengan Lorong Hj Taib juga membawa seribu makna dan peluang untuk PAS berdakwah kepada golongan di belakang bangunan tersebut. Pemuda dan muslimat PAS pada awalnya kelihatan bersungguh-sungguh untuk menjalankan misi dakwah tersebut, tapi mungkin kerja dakwah tidak popular atau lebih tumpuan pada politik, nampaknya bagai tiada lagi usaha kearah itu. Bukan menuduh, tapi memang tiada laporan menganainya berbanding dahulu.

Walau bagaimanapun tumpuan PAS pada politik tidak pula merugikan parti Islam tersebut apabila berjaya menghantar wakilnya dari kerusi Kuala Lumpur. Titiwangsa dimenangi oleh AJK PAS Pusat Dr Lo'Lo' TS Ghazali. Sedang PAS berjaya bertapak di KL, pesaingnya UMNO pula hilang dua kerusinya di wilayah perseketuan.

Selain kemenangan PAS di KL, PAS juga berjaya mempertahankan Kerajaan Kelantan yang nyawa-nyawa ikan dipukul gelombang biru Tun Abdullah. Malah PAS juga bersama PR berjaya membentuk kerajaan di Kedah, Selangor dan Perak. Manakala rakan PR DAP berjaya di P.Pinang.

Kejayaan ini kemudianya membentuk Pakatan Rakyat. Pada awalnya mereka terpaksa berkahwin setelah melihat kehendak rakyat menolak BN. Walhal PAS dan DAP telahpun bercerai talak tiga sebelum PRU o4. Sebelum ini, bagi menghadapi PRU 99, PAS DAP dan PKR ( Keadilan pada masa itu ) berkahwin bagi membentuk satu barisan yang kemudianya dikenali sebagai barisan alternatif, BA. BA berjaya mengalahkan BN di banyak tempat. PAS menang bergaya di Terengganu, dan berjaya hilangkan 2/3 majaroti BN di Kedah. Tetapi atas banyak sebab terutamanya soal hudud, PAS dan DAP tidak dapat bersama lagi. Faktor Tun Abdullah yang pada masa itu turut dikenali sebagai Mr Clean dan tiadanya perpaduan dalam BA, maka BN menang besar dalam sejarahnya pada PRU 04.

Kini PAS, DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat. Dengan terbentuknya Pakatan Rakyat, seolah-olah terbentuknya sistem dua parti yang aku idam-idamkan selama ini. Sistem dua parti yang membolehkan rakyat mendapat keuntungan maksima. Persaingan antara dua parti yang besar dan kuat memang menguntungkan rakyat seperti mana posting aku berkenaan bil air dan api serta cuti bersalin.

Bayak orang bertanya, mengapa PAS menolak untuk berkerjasama dengan UMNO khususnya di Perak? Sedangkan usaha UMNO untuk berkerjasama dengan UMNO di Perak smpai melibatkan usaha DS Mufti. SS Harussani dikatakan dua kali bertemu Nik Aziz dan satu pertemuan tersebut memaksa Harussani terbang ke Kota bharu. PAS sanggup untuk berkerjasama dengan DAP yang mana pengerusinya berkata langkah mayat saya dulu jika ingin laksana hudud.

Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS adalah tokoh yang paling lantang menolak kerjasama dengan UMNO. Pengalaman mengajar Nik Aziz. PAS Ditendang dari BN,Kerajaan Kelantan dirampas dan di Magerankan, Terengganu di tarik royalti minyaknya, peruntukan tahunan negeri dilambat-lambatkan dan peruntukan khas wakil rakyatnya tidak di beri. Itu adalah antara kezaliman dan penindasan BN pada PAS. Tetapi bukan itu faktor utama PAS menolak kerjasama dengan UMNO.

Sebab lainnya ialah perjanjian kerjasama dengan tulang belakang PR iaitu PKR. PAS dan PKR mempunyai perjanjian dalam menghadapai BN sebelum PRU 08. Islam amat menitik beratkan soal perjanjian. Nabi Muhammad s.a.w sampai sanggup menghantar puluhan ribu bala tentera untuk menyerang Makkah kerana kafir Quraish melanggari perjanjian hudaibiah. Walhall perlanggaran perjanjian tersebut kalau diikutkan sikit saja. Tidak secara langsung melibatkan kaum Quraish. Tetapi nabi begitu tegas, tegasnya nabi soal perjanjian hikmahnya ialah kemenangan kerajaan Islam Madinah keatas Makkah.

Dan soal utama penolakan PAS keatas pelawaan UMNO ialah soal menghargai perkenan rakyat keatas PR. Rakyat jelas menolak BN pada PRU 08. Rakyat sebolehnya mahukan sebuah kerajaan yag baru. Tapi kerajaan itu mesti pula bersatu dan kuat. Jika PAS bersatu dengan PR di empat negeri dan bersatu dengan UMNO di Perak, maka PAS akan dilihat sebagai perkauman. Walhal sebagai parti islam, PAS memperjuangkan nasib semua selaras tuntutan Islam. Lebih dari itu, kepercayaan yang diberi rakyat akan ditarik semula pada PRU akan datang. PAS tentunya akan kalah pada PRU akan datang.

Tangan yang dihulur ketika UMNO nazak tidak menjamin yang UMNO akan setia. Pengalaman di tendang BN dulu masih segar dalam ingatan. PAS tidak mahu dilihat tidak setia pada PR, melanggar perjanjian dan tidak menghargai kepercayaan rakyat. PAS begitu lama berusaha untuk buktikan bahawa mereka boleh memerintah. Membuktikan yang mereka tidak kolot, tidak perkauman dan membuktikan yang perjuangan mereka relevan untuk semua. Inilah sejak ada media baru PAS boleh bernafas. Maklumatnya sampai terus ke sasaran, dengan senang juga menangkis serangan musuh. Mengapa PAS harus berundur ke belakang?

Jika ditanya tentang soal perpaduan Melayu dan Islam, jawapanya ialah berpadu tidak semestinya dalam UMNO dan belum sampai darurat untuk PAS dan UMNO bersatu. Nampak sangat PAS ingin berkuasa. Ya memang PAs inginkan kuasa, dari tiada lebih baik ada. Walaupun berkerjasama dengan DAP, PAS terpaksa simpan sekejap soal negara Islam dan hudud, tetapi dengan kuasa yang sedikit itulah PAS mampu berbuat sesuatu. Pembinaan tempat sembahyang di pasar malam yang jauh dari surau serta kawalan terhadap hiburan melampau adalah antara usaha kecil PAS dalam kerajaan Selangor.

Kempen bulan sembahyang dan pemberian air percuma kepada rakyat miskin serta tanah kepada rakyat terbanyak pula adalah jasa PAS antaranya dalam kerajaan Perak. Semua ini tidak dapat dilakukan oleh BN sebelumnya.Usah dilihat di Kelantan yang PAS boleh perintah sendirian, sudah tentu lebih hebat tindakan PAS. Walaupun PAS terpaksa menyimpan hudud dan negara Islam buat sementara waktu untuk berkerjasama dengan DAP, tapi itu sahajalah jalanya untuk PAS berkuasa. Bersendirian tentu sekali amat sukar. PAS punya banyak pengalaman bersendirian. Dalam keadaan populasi yang majmuk, bersenderian adalah langkah tidak cerdik. Apatah lagi PAS memandang kehadapan dengan mengintai kerajaan pusat. Tentunya kerjasama erat diperlukan.
Dan kerjasama dengan mereka yang diketahui sifatnya adalah lebih baik dari yang berpura-pura.

Isnin, 18 Mei 2009

Sultan tidak boleh pecat MB

Mahkamah Tinggi: Sultan tidak boleh pecat MB May 18, 09 10:00pm Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu, bila beliau mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, lapor Bernama.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap menteri besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap menteri besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan menteri besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya.

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali menteri besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat menteri besar.

Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota dewan undangan negeri, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.

Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".

Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Nizar, dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihanraya umum ke-12.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

Sultan kemudian meminta Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa BN mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.

Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Nizar mengetepikan perintah penangguhan.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budibicara mutlak berhubung pelantikan menteri besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran dewan undangan negeri.

"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang menteri besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.

"Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti dewan undangan negeri hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan.

Khamis, 14 Mei 2009

Bukan Islam sokong PAS

Penyertaan 20,000 masyarakat bukan Islam ke dalam Kelab Penyokong PAS sejak ditubuhkan pasti mengancam kestabilan politik BN pada masa depan, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Ahli Kelab Penyokong PAS kini mencecah 20 ribu orang di seluruh negara dan perkembangan itu menggugat pengaruh Umno dan BN. BN tahu sekiranya masyarakat bukan Islam berpaling tadah dari menyokong BN hayat parti itu semakin pendek," tegasnya dalam sidang media bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Mohamad merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth, baru-baru ini.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam tertarik dengan model yang ditunjukan Kerajaan Kelantan yang bersih dari gejala rasuah dan tidak mengamalkan dikriminasi dalam pemerintahan.

Tambahan lagi, keaktifan lajnah yang diterajui Dr Mujahid menjadi daya tarikan tersendiri kerana selama ini golongan terbabit beranggapatan PAS sebuah parti ekstrem yang tidak mahu mendengar pandangan atau menghormati budaya kaum lain.

"Dulu mereka nampak PAS jahat Umno dan BN baik, tetapi hasil pendekatan yang dilaksanakan rupa-rupanya PAS adalah parti yang terdiri daripada pejuang yang ikhlas dan jujur," tambahnya. - mks._ Harakah

p/s Sokong PAS, baca baik-baik, bukan sokong PR. Lima puluh tahun, bukan islam tak sokong UMNO, tapi BN

Dah Tukar

Dulu masa DS Najib dekat Pekan dia cakap tak nak bertanding dekat Penanti, sebab membazir, Tun M kata, bertanding! Jangan takut.

Sekarang Tun M kata jangan bertanding di Perak ( Bubar DUN ) nanti BN kalah, DS Najib pulak kata terpulang pada Zamry dan bersedia pilihanraya negeri..

Kesimpulan..

Politik Tun M dah lama..

Politik DS Najib ikut semasa.. dan komponen BN dan Rakyat semua nak bubar DUN, takkan nak cakap sebaliknya? Betul tak?

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/14/mstar_berita/20090514140211&sec=mstar_berita

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/14/mstar_berita/20090514121528&sec=mstar_berita

Selasa, 12 Mei 2009

Rupanya pertemuan Nazrin-Nizar Tegang Pagi Tadi




http://chefengineer.blogspot.com/2009/05/keadaan-tegang-ir-nizar-dengan-raja-dr.html

Puisi untuk Zamry


Tahniah DS Zamry, kerana semalam kau patuh keputusan mahkamah.
Tahniah DS Nizar kerana kini kau pula patuh keputusan mahkamah.
Kerana sesunguhnya legislative, eksekutif dan kehakiman itu terpisah.
Tapi Zamry, cita-cita kau tinggi melangit..sampai aku jadi malu.
Kau cuba samakan diri kau dengan Mandela dan Gandhi..
Kau betul-betul kenal ker diorang tu?
Gandhi mesti malu jika dia tak mati lagi..
Bukan sebab dia cerah sikit dari kau,
Tapi kau berdiri dengan kerajaan yang rasuah..
Sape tak kenal Osman Jailu dan Jamaludin..
Didakwa rasuah di mahkamah,
Ponteng kerja..
Hilangkan diri..
Kononnya ada MC, tapi dari Bomoh kat Pahang,
Ong..Ong..Ong.. Dah lompat..
Dan kau berdiri atas kerajaan itu..
Atas orang yang macam itu..
Zamry.. Jangan sampai Mandela saman kau pulak..

PenaKiri: Tolong aku pening

PenaKiri: Tolong aku pening

Serikandi Dalam putaran Zaman 2

Pengenalan

Serikandi Dalam putaran Zaman
• Surianai menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1940
• Pada tahun1941, beliau meminpin buruh wanita Kampar, Perak melancarkan perjuangan mogok.
• Setelah Jepun menceroboh Malaysia, Suriani menyertai Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya Negeri Perak. Setelah itu, Suriani menjadiwakil parti dalam Pasukan Teladan Tentera Anti Jepun, dan seterusnya diangkat menjadi Setiausaha Jawatankuasa PKM Kawasan Tanjung Tualang, Batu Gajah, dan Kampung-kampung Melayu sekitar Lambor.
• Dari seorang wanita muda remaja, Suriani menjadi seorang pemimpin gerakan buruh, kemudian masuk hutan bergerila memanggul senapang. Suriani dilahirkan dalam putaran zaman itu. Suriani menyahutpanggilan aruszaman yang raksaksa dan menepuh jalanhidup yang militan. Suriani mengharungi kehidupan perang gerila berpuluh-puluh tahun di hutan rimba tropika.

Seorang pemimpin wanita Parti Komunis Malaya kerap kali kelihatan tampil ke muka dalam masa penandatanganan Perseketuan Damai Hadyai. Suriani ialah isteri Bapak Abdullah C.D, Pengerusi Parti Komunis Malaya, seorang anggota Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Malaya. Nama Islamnya Suriani Abdullah, dulu Eng Ming Ching.
Sekarang, Suriani dan suaminya Abdullah C.D. menetap di Kampong Perdamaian Sukhirin atau disebut Kampong Chulabhorn ke -12, di Daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat, Selatan Negeri Thai, berhadapan dengan Jajahan Tanah Merah Kelantan.

Sungguhpun pihak kerajaan Thai telah membina jalan tar sampai ke Kampong Perdaimaian Sukhirin, tetapi bagi orang luar yang tidak mahir jalan,tidak mudah juga untuk menemui kampong ini, kerana kampong ini jauh terpencil dan melalui banyak persimpangan jalan.

Disini, pernah terjadi pertempuran sengit antara pasukan gerila dengan pihak tentera kerajaan. Diatas sebuah anak bukit yang diselubungi oleh rumpunan buluh yang tinggi lagi besar di luar kawasan kampong itu, masih dapat kita saksikan kesan pertahanan seperti kubu,parit dan terowong yang sudah runtuh dan rosak. Sebuah Tugu Peringatan dibina di atas sebuah anak bukit itu, manakala di kaki bukit pula, ada sebatang anak sungai dengan airnya yang jernih dan sebuah tanah perkuburan kecil tempat bersemadi beberapa orang pejuang Melayu Parti Komunis Malaya.

Perkampungan ini dikelilingi leh bukit bukau, berlukar buluh, hutan merbau yang menghijau, dan air sungai yang jernih dan bersih. Juga ada masjid,sekolah,muzium Rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya serta penginapan orang kampong.
Di dalam bendungan hutan tropika inilah, sekumpulan bekas pasukan gerila Melayu Parti Komunis Malaya tinggal bermastautin.

Tolong aku pening

01.01.2010 4.00pm

Mahkamah tinggi putuskan yang En. Namry perlu mebayar hutang kepada En. Zizar sebanyak satu bilion. Ianya termasuk faedah dan kos guaman selama 96 hari.

En. Namry yang pening dan tidak mampu membayar kemudianya memohon untuk menangguhkan keputusan mahkamah tinggi.

0900am - En. Namry hantar permohonan kepada pendaftar

1100am - Mahkamah rayuan bersidang

02.01.2010 12.00pm

Mahkamah rayuan membenarkan En. Namry untuk menagguhkan keputusan mahkamah tinggi sehingga rayuan dibuat. Perbicaraan akan dibuat secepat mungkin.

p/s - Tolong fahamkan aku adakah ini bermakna yang En. Namry tidak berhutang lagi dengan En. Zizar?

Jika En. Namry masih dikira berhutang seperti keputusan mahkamah tinggi sebelum ini, adakah En. Zizar boleh beri tahu orang kampong yang En. Namry berhutang denganya?

Tolong jawab cepat sebab, peguam En. Namry dah arah agar jangan sebut lagi En. Namry sebagai penghutang.

Dan En. Zizar pula seolah-olah tak mengaku dah dia yang bgi hutang.

Isnin, 11 Mei 2009

BN Sokong Bubar DUN




"Walaupun menjadi hak kepada mana-mana individu untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tetapi membiarkan kes ini berlarutan akan melahirkan persepsi BN gila kuasa. Oleh itu, saya menyeru Nizar dan Dr Zambry menasihatkan Sultan agar memanggil satu pilihan raya baru."

- Oh Tong Keong, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum."

- Tengku Razaleigh Hamzah, anggota Parlimen Gua Musang.

sumber dari Siasah

Mahkamah terima rayuan Zambry

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Sehubungan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itu didengar.

Hakim Datuk Ramly Ali berkata, mahkamah akan menetapkan satu tarikh kelak untuk mendengar rayuan Zambry.

p/s alasan BN untuk tidak mebolehkan DUN dibubarkan? Kenapa takut sangat dengan pilihanraya?

Letak Jawatan - Tindakan bertanggung jawab?

Ketua Pembangkang Jepun En. Ichiro Ozawa meletakan jawatan hari ini setelah beberapa orang kananya ditangkap berikutan satu skandal pengumpulan dana.
Perkara meletakan jawatan ini adalah satu tradisi bagi melahirkan rasa tanggung jawab mereka terhadap sesuatu isu.
Kebanyakan pemimpin negara maju berbuat demikian, ini kerana, bagi mereka tugas adalah satu tanggung jawab, berbanding di negara membangun, jawatan adalah sumber kekuasaan, kekayaan dan pengaruh.

Pengajaran Buat PKR
Apabila dua orang exco kerajaan negeri Perak, Osman Jailu dan Jamaludin dituduh mengambil rasuah wang , maka pemimpin PKR dan kerajaan negeri Perak bersunguh-sunguh melawan dan mempertahankan pemimpin mereka itu. Bagi mereka itu adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak. Malah kerajaan negeri Perak kemudiannya menyaman SPRM ( BPR pada ketika itu).
Walau bagaimanapun Fairul Azrim seorang juruteknik di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang juga merupakan ahli PKR terpaksa mengaku menerima rasuah seks. Ini berikutan video rakaman yang dipunyai oleh SPRM. Fairul kemudiannya membuat aduan di Jabatan Agama Islam Perak kerana mendakwa yang SPRM adalah penganjur kepada ‘sedekah seks’ tersebut.

Bagi Fairul, beliau ditawarkan melakukan hubungan seks tersebut tanpa berniat untuk menerima rasuah. Saya berdoa agar tidak menerima ujian seberat itu, saya memahami situasi Fairul pada masa itu, beliau ditawarkan bilik di P.Pinang, kemudianya seorang perempuan China. Tanpa disedari aksinya dirakam oleh SPRM. Berdosa memang berdosa, tapi siapa tahu dugaan mendatang. Fairul juga bersama dua orang ADUN PKR itu turut disiasat atas kes rasuah yang sama iaitu projek perumahan di seri Iskandar.
Apabiala pengakuan ini dibuat barulah kedengaran yang PKR akan mengambil tindakan terhadap ahlinya yang melakukan kesalahan. Walau bagaimanapun PKR masih mengekalkan Jamaludin dan Osman. Kedua-duanya kemudianya di dakwa di Mahkamah.

Orang Bersalah Tiada Kemerdekaan Diri.
Apabila kedua-dua pemimpin ini tidak diarah untuk melepaskan jawatan mereka berikutan pendakwaan kes tersebut di mahkamah, maka senanglah kerja BN untuk menekan mereka. Seperti kisah seorang Abib, beliau asalnya meminum arak, kemudianya berzina, takut rahsianya diketahui orang beliaupun membunuh gadis berkenaan, cerita akhirnya ialah beliau sempat menyembah syaitan dalam percubaan menyelamatkan diri. Wallahualam. Tapi pokoknya disini ialah orang yang dibebani dengan masalah dan kesalahan tidak merdeka dirinya.


Tradisi Meletak Jawatan

PermatangPauh–AnwarIbrahim
PRK pertama ialah PRK Permatang Pauh, walaupun nampak seolah-olah PKR mengkianati amanah rakyat, tapi sebenarnya Wan Azizah penyandang kerusi tersebut telah bertindak betul dengan menunaikan janji kepada rakyat. Ini kerana DS Wan Azizah telah meberitahu awal-awal lagi hasratnya untuk meletakan jawatan bagi meberi laluan kepada suaminya. DSAI telah dinafikan haknya untuk bertanding apabila PRU diumumkan lebih awal kira-kira dua minggu sebelum DSAI melepasi tempoh eddahnya. Sedangkan ketika ditanya oleh wartawan, PM Tun Abdullah berkata PRU lambat lagi, tapi esoknya parlimen dibubarkan. DSAI yang bertanding PRK Permatang Pauh kemudiannya menang keatas calon BN dan Bebas.

BukitSelambau-Arumugam
Arumugam merupakan exco kerajaan negeri Kedah dan ADUn bagi Bukit Selambau. Asalny beliau adalah calon bebas, PKR menyokong pencalonan beliau setelah wakil PKR ditolak kertas pencalonannya. Kes beliau ialah berkahwin lagi tanpa pendaftaran undang-undang. Perkahwinan tersebut sebenarnya dilakukan sebelum beliau menyertai PRU lagi. Apabila kes perkahwinan tanpa daftar beliau diketahui umum, dan beliau kemudianya turut menerima ugutan. Maka PKR menarahkan beliau meletakan jawatan. Ini menunjukan PKR cakna kepada masalah moral yang dibangkitkan oleh BN. Sebelum ini pimpinan BN negeri Kedah telah memainkan isu exco yang membawa isteri tidak sah termasuk ke Istana Anak Bukit. Oleh yang demikian adakah salah untuk Arumugam meletakan jawatan sedangkan beliau telah membebani parti beliau? PRK Bukit Selambau kemudianya dimenangi oleh calon PKR iaitu S. Manikumar.

Penanti
PRK Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei nanti terhasil dari perletakan jawatan Mohd Fairus. Mohd Fairus terlebih dahulu meletakan jawatan sebagai TKM I. Kemuncak permasalahan ini ialah apabila ada laporan mengatakan beliau terlibat dalam rasuah kuari di Pulau pinang. Beliau telah ditahan oleh SPRM ketika dalam perjalanan ke Singapura bersama isterinya. Siasatan begitu laju dan mengambarkan yang beliau bakal didakwa. PKR kemudianya meminta Mohd Fairus meletakan jawatan, perletakan jawatan tersebut adalah wajar supaya peluang untuk berlaku seperti dua ADUN PKR di Perak tertutup, selain itu ianya juga bagi mengelakan tuduhan yang PKR mempunyai wakil yang rasuah. Walau bagaimanpun SPRM kemudianya mengumumkan yang Mohd Fairus bersih dari semua tuduhan, ini dilihat supaya Mohd Fairus menarik balik surat perletakan jawatan beliau. Apa tidaknya, BN hanya menang satu kerusi itu pun di Sarawak berbanding empat kekalahan di Semenanjung. PM DS Najib awal-awal lagi membayangkan tidak meletakan calon dari BN, malah menuduh PKR sengaja mencetuskan PRK bagi mengekalkan ombak kemenangan terhadap parti itu. Adakah tuduhan itu wajar? Sedangkan sebelumnya Mohd Fairus telah disiasat denga lajunya oleh agensi kerajaan pusat SPRM.



Nilai Moral
Ini menggambarkan nilai moral yang dibina oleh PKR terhadap pimpinanya. PKR juga mencetuskan rasa tanggung jawab terhadap sesuatu perkara. Sebenarnya dalam satu-satu kementerian contohnya, tidak apa tanpa seorang menteri. Penjawat Awam telahpun disussun dan dilatih dengan baik, kita ada pengarah, ketua pengarah dan Ketua Setiausaha Kementerian. Mereka inilah yang membuat kerja. Oleh yang demikianlah maka bila keretapi berlanggar di Jepun, maka menteri pengankutannya akan meletakan jawatan, walhal yang salah adalah pemandu sebagai contoh. Ini kerana mereka melahirkan rasa tanggung jawab mereka. Ini kerana pelanggaran tersebut menunjukan yang si menteri yang tugasnya bercakap dan menggesa orang tidak melaksanakan tugas. Banyak kes lagi yang boleh pembaca cari untut rujukan dan kajian.

Dimana nilai pemimpin BN?

AliRustam
KM Melaka DS Ali Rustam telah didapati bersalah dan dilarang bertanding oleh partinya, tapi bayangkan sebuah badan siasatan yang kini bergelar suruhanjaya tidak tahu, dan langsung tiada penyiasatan yang dilakukan. Malah tiga orang kanan KM tersebut digantung keahlian mereka dalam parti tersebut. Ali Rustam juga tanpa rasa segan silu terus duduk dikerusi KM sehingga kini.

JaplinAkim
Beliau merupakan ketua Pemuda UMNO Sabah dan menteri kabinet Sabah, ditahan oleh SPRM dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 100,000.00. Bayangkan seratus ribu, nilai jaminan yang besar. Tetapi juga tanpa rasa segan silu terus kekal sebagai menteri kabinet dan ADUN Usukan. Malah KM Sabah DS Musa Aman mengatakan tidak perlu meletakan jawatan.

KhairyJamaludin
Merupakan AP Rembau, baru dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau juga didapati bersalah oleh partinya kerana mengamalkan politik wang. Apa yang berlaku sepatutnya ialah partinya menyuruh beliau meletakan jawatan sebagai AP Rembau, tapi sebaliknya beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO pula.
Oleh yang demikian perbezaan disini ialah dimana nilai moral diletakan oleh parti tersebut? Jika parti tersebut merasakan bertanggung jawab kepada rakyat itu penting, maka perletakan jawatan itu harus dilakukan, tetapi jika merasakan yang jawatan itu sebagai sumber kuasa, maka biar terpalit dengan najis, berbau hapak, tapi boleh saja buat-buat tak tahu seolah-olah rakyat buta.

PRK Satu Pembaziran?

Menurut Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan, asas demokrasi ialh pilihanraya. Oleh itu sebagai sebuah Negara demokrasi, jangan lah cuba untuk menafikan hak rakyat untuk memilih wakil mereka. Soal pembaziran tidak perlu dibangkitkan, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan skandal PKFZ yang melibatkan RM 4.6 bilion yang melibatkan kementerian pengankutan. Komisen lebih 500 juta kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang diakui sendiri oleh Kementerian Pertahanan. Lagi pula pembaziran itu subjektif, bukankah PRK menyebabkan ekonomi kawasan tersebut berkembang dengan mendadak? Makcik jual kueh,nasi,air tak menang tangan? Rumah sewa dan hotel penuh?

Kesimpulan
Saya sebenarnya menyokong budaya bertanggungjwab turut di suburkan di Malaysia. Jawatan adalah satu amanah, yang banyak kesanya jika kita bukan ahli atau orang yang tidak layak. Lebih dasyat lagi apabila kita hilang kemerdekaan diri dan akhirnya mengikut penunjuk orang ketiga.

Mesyuarat tengah Malam

Keputusan Mesyuarat Exco tergempar DS Nizar;
1.Gantung tugas SUK Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim
2.Gantung tugas Pegawai Kewangan Negeri Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad

Petang tadi Nizar telahpun menggantung Penasihat Undang-undang Negeri,Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Dalam sesebuah negeri, inilah tiga jawatan awam yang tertinggi.
Krisis ini telah membawa kepada Nizar mengenal pasti gunting dalam lipatan kerajaanya sebelum ini.

Nizar juga berkata akan meneruskan dasar Zamry yang berfaedah kepada rakyat.
Beliau juga menekankan yang Sivakumar adalah Speaker yang sah.
Manakala Ganeson tidak sah kerana belum mengakat sumpah.

Malam tadi juga Zamry mengarahkan Speaker lantikan BN, Ganeson untuk memanggil sidang DUN, jika dihalang untuk bersidang kerana kini tiada lagi SUK yang berat sebelah, apakah BN juga akan bersidang di bawah pokok?

Makin celaru, pagi ini kemungkinan Nizar akan mengadap DYTM Raja Nazrin pada 8.30 am. Nizar akan mula berkerja pada pukul 7.15am.
Jika ada perkembangan baik dari istana, maka baiklah untuk rakyat keseluruhanya, tapi jika tidak, mungkin kita akan menyaksikan persidangan bawah pokok oleh BN pula, kes mahkamah yang bersambung-sambung dan sebagainya.

Raja Muda Perak perkenan Nizar mengadap

10.00 malam: Menurut sumber yang berada di Perak, Raja Muda Perak telah memberi perkenan kepada YAB Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap pada jam 8.30 pagi esok.

Sebagai menteri besar Perak yang sah, beliau mempunyai legitimasi dan berhak untuk memohon pembubaran dewan undangan negeri bagi memberi laluan kepada satu pilihanraya di seluruh negeri.


p/s sumber dari Malaysia Insider

Episod seterusnya..

Apa episod seterusnya? Pada pendapat penakiri Sultan akan pekenan untuk membubarkan DUN

Tindakan Nizar sekarang
1.Gantung Penasihat undang-undang negeri
2.Mengadap Tuanku mohon DUN dibubarkan.
3.Kaji semula segala keputusan Zamry sebagai MB kecuali sidang dun 7 mei.
4.Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.
5. Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

6. Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009

Nizar bersetuju sidang DUN 7 Mei, Adakah bermaksud Nizar bersetuju dengan perlantikan Ganeson?

Bagaimana jika Sultan tak berkenan bubar DUN?

Maka mungkin Nizar akan bertindak begini;
1.Gantung SUK.
2.Arah Sivakumar pangil sidang DUN.

Jika BN pulau sidang DUN?,
maka senanglah kerja Nizar.


Jika BN datang, maka bentara yang tidak lagi terikat dengan arahan SUK akan mengheret keluar sepuluh ADUN (3+7) dan juga Ganeson.

Bolehkah sidang DUN dipanggil?

Boleh, kerana Nizar telah mengiktiraf sidang 7 Mei, sidang tersebut telah ditangguhkan, bila penangguhan, maka tidak perlu dapat perkenan sultan untuk bersidang semula.

Sampai bila DUN boleh bertahan, kerana selepas setahun Zamry akan masuk semula DUN.

Tiga ADUN lompat tidak lagi diiktiraf sebagai ADUN oleh Speaker Sivakumar dan mereka tidak boleh masuk sidang sampai bila-bila. Keadaan akan menjadi sama 28-28

Apa kesudahanya?
Maka sultan akan perkenan untuk bubar DUN dan beri rakyat buat pilihan.

p/s jangkaan ini adalah jika BN kalah di mahkamah perseketuan nanti atau memang BN malu untuk buat rayuan.

Kesimpulan

1.Bukan senang nak rampas kuasa.
2.Walaupun Nizar harus terima hakikat yang kerajaanya memang hilang majaroti, tetapi boleh bertahan dengan kaedah teknikal seperti diatas (gantung ADUN ) tetapi BN juga harus terima hakikat yang mereka telah ditolak rakyat pada Mac 08.
3.Zamry dan Najib kelam kabut, kalau tanya otai Tun M mesti benda ni tak jadi macam ni, sekarang perak terlepas balik, BN pula disahkan perampas, siapa nak jawab?
4. BN tak malukah menerima ADUN yang didakwa atas kes rasuah? tambah rasuah seks lagi?