Pengikut Setia - Terima Kasih

Jumaat, 26 Jun 2009

Menteri Agama Cadang Hudud?

Hudud: Gerakan pandang berat kenyataan menteri
Gerakan memandang berat kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat semalam bahawa hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras jenayah ragut di negara ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin berkata, kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat, khususnya bukan Islam.

Menurutnya, satu aspek hukum hudud ialah hukuman memotong tangan penjenayah yang mencuri atau meragut beg.

Lim berkata, pindaan boleh dibuat terhadap undang-undang jenayah negara jika ia terlalu lembut untuk menangani peningkat kes jenayah.

Katanya, ia termasukkan jenayah ragut di mana mangsa diseret dari motosikal mereka, mengakibatkan tercedera dan ada yang terbunuh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun hanya umat Islam tertakluk kepada hukum hudud, tetapi anggota masyarakat lain merasakan ia tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Bagaimanapun, beliau gembira kerana kerajaan memandang berat terhadap usaha untuk membanteras jenayah kecil dan besar di negara ini.

p/s UMNO jangan berlengah lagi, sila sokong.. Faham pula si lim yang ianya hamy untuk orang islam? kenapa nak berasa tidak selesa? kami pun tak selesa dengan babai, arak dan judi..

Khamis, 25 Jun 2009

Konsep Kerajaan Perpaduan

Oleh Ustaz Ahmad Awang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Konsep Kerajaan Perpaduan
Kerajaan perpaduan atau National Unity Government atau National UnionGovernment adalah kerajaan gabungan yang luas meliputi semua parti-parti politik utama dalam parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan. Kerajaan Perpaduan biasanya dibentuk bagi mengatasi keadaan semasa dan selepas berlaku peperangan atau selepas keadaan darurat sesebuah negara.


Kerajaan perpaduan pernah dibentuk di beberapa buah negara barat pada masa yang lalu, sebagai contohnya di Amerika, Presiden Abraham Lincoln membentuk Unity Government selepas Perang Saudara pada tahun 1865. Di Canada pula Kerajaan Perpaduan atau Unity Government pernah dibentuk dalam masa Perang Dunia Pertama (1917) dan semasa Perang Dunia Kedua. Demikian juga Luxembourg pernah membentuk Kerajaan Perpaduan semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Di England pula pernah ditubuhkan Kerajaan Perpaduan pada tahun 1931dan juga pada tahun 1935.

Indonesia adalah contoh terdekat dan terbaru Kerajaan Perpaduan. Kerajaan tersebut terbentuk selepas berlaku reformasi apabila tumbangnya pemerintahan Suharto yang kemudiannya digantikan oleh Presiden Habibie dalam masa peralihan kepimpinan apabila terbentuknya Kerajaan Perpaduan pada tahun 2004 sehingga hari ini. Semua parti-parti yang memenangi pilihanraya tahun 2004 bergabung mendukung pemerintah. Ini bermakna tidak ada golongan atau parti pembangkang dalam kerajaan. Bagaimanapun Presiden adalah dipilih terus melalui pilihanraya yang mana parti-parti utama bertanding merebut jawatan Presiden dan Timbalannya. Satu perkara yang perlu disebutkan sistem pilihanraya di Indonesia bagi memilih wakil-wakil rakyat di semua peringkat adalah mengikut kaedah proportional representative system yang berdasarkan pada peratusan undi yang didapati oleh kumpulan calon-calon dan peratusan kerusi yang mereka perolehi, bukannya berdasarkan kepada majoriti undi yang diperolehi oleh calon-calon yang bertanding di satu-satu kawasan parlimen atau negeri, seperti majority system yang diamalkan di negara kita.

Bila Idea Kerajaan Perpaduan Dibangkitkan?
Secara rasminya idea Kerajaan Perpaduan ini tidak pernah dibangkitkan dalam parti PAS apatah lagi untuk membincangkannya. Ianya tidak lebih dari lontaran idea Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) seperti yang beliau sendiri pernah membuat kenyataan mengenainya. Lontaran idea itu dibuat beliau semasa pimpinan Kerajaan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) yang menjanjikan untuk membasmi amalan rasuah. Beliau menyuarakan idea dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu dapat dilakukan reformasi terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Kehakiman yang selama ini dilihat semakin terhakis kepercayaan rakyat kepada kedua-dua suruhanjaya itu. Di samping itu juga kebebasan media akan dapat dijamin bersikap adil kepada semua pihak. Saya difahamkan dalam sembang-sembang sambilan beliau pernah bercakap mengenai idea Kerajaan Perpaduan ini dengan Dato’ Seri Anwar dan Lim Kit Siang.

Bagaimanapun tidak ada perbincangan rasmi dengan pimpinan UMNO mengenai perkara ini dan tidak ada sebarang keputusan dibuat. Apa yang saya difahamkan lontaran idea ini pernah disampaikan kepada Pak Lah (sahaja) ketika hampir-hampir berlaku peralihan kuasa kepimpinan negara kepada Dato’ Seri Najib. Khabarnya Pak Lah berminat dengan idea tersebut (bukan cadangan), mungkin kerana takut orang-orang beliau akan tersingkir apabila Najib menjadi Perdana Menteri, bukannya kerana idea Unity Government itu. Namun tidak ada apa-apa perkembangan lanjut sehingga peralihan kepimpinan negara berlaku dengan perletakan jawatan Pak Lah pada 29 Mac lalu. Ini bererti Unity Government itu kini hanya menjadi idea akademik sahaja. Ia sepatutnya tidak bangkit lagi sebagai perancangan parti atau perbincangan strategi politik PAS PADA MASA INI dan tidak sepatutnya pun menjadi isu yang menggawatkan baik di peringkat parti atau di peringkat Pakatan Rakyat.

Bagaimana Isu Kerajaan Perpaduan Ditimbulkan
Dalam kegawatan perbincangan mengenai isu ini, pimpinan parti rakan Pakatan Rakyat membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Malah dengan permainan dan pengolahan media arus perdana yang merupakan alat UMNO/BN, ulasan-ulasan kenyataan sedemikian boleh merenggangkan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat. Malah paling ditakuti ianya boleh membawa perpecahan. Saya sendiri banyak menerima panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakan Pakatan Rakyat menyatakan kebimbangan mereka sekiranya benar-benar Kerajaan Perpaduan ini menjadi pemangkin ke arah kerjasama PAS dan UMNO untuk membentuk Kerajaan. Mengapa setengah pimpinan Pakatan Rakyat begitu mudah boleh terperangkap dengan permainan musuh?

Saya percaya ramai boleh memahami mengapa idea Kerajaan Perpaduan ini boleh menjadi isu yang sedemikian panas. Ia berpunca dari sidang media Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas. Dalam sidang media itu Presiden menyebut semula idea KP itu. Saya pun tidak pasti samada ianya timbul kerana soalan provokasi media kerana dalam ucapan dasar beliau lebih satu jam langsung tidak menyebut Kerajaan Perpaduan. Apa yang ditegaskan beliau ialah PAS akan terus memperkukuh Pakatan Rakyat dan bersedia menyumbang khidmat kepimpinan berlandaskan Islam Memimpin Perubahan yang menjadi tema Muktamar kali ini.

Saya sendiri terperanjat apabila mandapati semua media arus perdana hari ke dua Muktamar menyiarkan berita berkenaan Kerajaan Perpaduan. Hampir seluruh ucapan dasar Presiden tenggelam dengan isu KP ini. Pada awal pagi hari ke dua Muktamar itu, saya bertanya kepada Presiden mengenai perkara ini. Kebetulan ketika itu beliau sedang berjalan seiring dengan Timbalan Presiden yang sedang menuju kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat Muktamar. Saya mencadangkan beliau menjelaskan perkara ini kepada media supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Akan tetapi saya mendapati berita yang keluar esok harinya seolah-olah menegaskan lagi keterbukaan pimpinan beliau untuk meneruskan idea Kerajaan Perpaduan. Barangkali yang terus menimbulkan pertanyaan-pertanyaan apabila dalam Ucapan Penggulungan Muktamar mengulangi penekanan kepimpinan atas keterbukaan PAS untuk bertemu dan berbincang dengan siapa-siapa sahaja. Ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am, Dr. Haron Din dan ucapan-ucapan penggulungan Presiden dan Timbalan Presiden dilihat seperti tidak begitu selari dengan pandangan majoriti besar perwakilan dan wakil Kelab Penyokong PAS yang dengan keras menolak sebarang pertemuan dan perbincangan dengan UMNO.

Mengapa Tok Guru Nik Aziz Sensitif
Apabila ucapan-ucapan kepimpinan PAS itu di spin oleh media, maka akhirnya yang timbul bukan idea konsep Kerajaan Perpaduan yang mencakupi semua parti-parti diwakili di parlimen pada masa ini. Ianya diputar-belitkan seolah-olah Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO atau Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO/BN. Di sinilah timbulnya berbagai-bagai pandangan negatif atau tuduhan-tuduhan berat terhadap pimpinan tertinggi PAS pada masa ini. Saya percaya Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz (TGNA) tersentuh perasaan beliau apabila teringat apa yang berlaku dalam pertemuan sulit antara Pimpinan Tertinggi PAS dengan Pak Lah yang didedahkan sendiri oleh Presiden UMNO itu beberapa bulan sebelum Muktamar ke-54 di Perak tahun lalu. Pertemuan itu kemudian diistilahkan sebagai muqabalah bukan muzakarah. Saya boleh mengerti TGNA begitu sensitif kerana jika dahulu boleh berlaku muqabalah secara sulit, apakah nanti tidak akan ada muqabalah seperti itu di antara pimpinan parti yang diberi mandat oleh perwakilan dalam Muktamar kali ini. Apatah lagi apabila TGNA melihat “orang” tertentu yang terlibat dengan rundingan sulit dengan Pak Lah, dilantik memegang jawatan penting dalam pentadbiran PAS sekarang. Saya sendiri pun tertanya-tanya samada Dato’ Seri Presiden berasa dalam keadaan serba salah bersabit perlantikan jawatan berkenaan terutama saya memahami watak TGHHA sebagai seorang yang sangat menghormati orang lain sehingga boleh menyebabkan beliau berada dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang tegas.

Mungkin saya salah seorang anggota pimpinan PAS (mantan) yang cukup memahami sensitifnya TGNA bila mengenangkan pertemuan sulit pimpinan PAS dengan Pak Lah pada 10 Mac 2008 di sebuah rumah di Kuala Lumpur yang bertujuan membincangkan penubuhan Kerajaan PAS/UMNO/BN. Namun ianya gagal atas sebab-sebab tertentu. Bayangkanlah apabila kerajaan PAS di Kelantan diserang begitu hebat terutama dalam kempen PRU ke-12 itu oleh pimpinan BN yang diketuai oleh Pak Lah sendiri, timbalannya Najib dan menantunya Khairy, tiba-tiba 2 hari selepas itu PAS diajak bersama untuk membentuk kerajaan walaupun bukan di Kelantan. Takkanlah pimpinan PAS tidak terfikir macam mana UMNO boleh serta merta hendak berbaik dengan PAS setelah mereka berusaha hendak menghancur lumatkan PAS sebagai musuh utama politik mereka. Tidak perlulah berfikir panjang, semua orang boleh tahu Pak Lah berbuat demikian kerana menyaksikan UMNO/BN menerima pukulan hebat dengan kehilangan majoriti 2/3 dan kehilangan kira-kira 50% kerusi parlimennya di Semenanjung. Itulah tabiat UMNO apabila hampir kehilangan kuasa, dibuatlah alasan PAS mesti bersama dengan UMNO demi kepentingan bangsa dan agama.

Pengalaman Saya Di Perak
Di Perak, UMNO mengajak PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN. Alasannya ialah alasan yang sama dijadikan hujah apatah lagi UMNO/BN yang memenangi 28 kerusi hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu. Ini bermakna jika PAS menyertai UMNO/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam. Dengan ini berlakulah satu sejarah dalam masa 50 tahun merdeka tertubuh Kerajaan Melayu Islam di negeri Perak. Kononnya kukuhlah kedaulatan Melayu Islam di Perak. Namun kepada saya dan rakan pimpinan PAS Perak, alasan tersebut dapat kami ketepikan dengan hanya satu hujahan iaitu UMNO/BN selama ini tidak pernah mengangkat Islam bahkan sebaliknya menghakis Islam di Negara ini. Kami ambil kenyataan Mufti Perak sendiri, Dato’ Seri Haji Harussani yang menyatakan bahawa orang Melayu ratusan ribu menjadi murtad dan kerajaan UMNO/BN tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya.

UMNO Perak yang didukung oleh pimpinan UMNO Pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 EXCO kepada 5 orang lagi ADUN PAS. Jawatan speaker juga ditawarkan kepada pimpinan PAS. Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato’ Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato’ Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja. Namun begitu ia tidak boleh padam dari ingatan dan tetap tersimpan dalam hati kecil saya. Saya percaya perasaan seperti inilah yang tersimpan mendalam dalam hati TGNA dan boleh timbul pada bila-bila masa apabila wujud situasi seperti isu Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi UMNO itulah yang telah melakukan rampasan kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib dengan mendapat restu dari Pak Lah sendiri.

Kini kelihatan perbezaan pendapat di antara TGNA dengan pimpinan tertinggi PAS. Akibat perkara-perkara yang berlaku selepas isu Kerajaan Perpaduan ini menjadi topik politik nasional. Kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa PAS tidak akan berpakat membentuk kerajaan dengan UMNO/BN seperti tidak diendahkan oleh sebahagian penyokong dan pendukung parti. Keadaan seperti ini boleh meletakkan parti di peringkat amaran bahaya maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.

Rabu, 24 Jun 2009

Untung penaja muktamar PAS meningkat!


Perolehan Puncak Niaga meningkat



SHAH ALAM - Kumpulan Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga) mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 1.9 peratus kepada RM1.42 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu.

Puncak Niaga dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, peningkatan pendapatan berbanding RM1.39 bilion pada tahun 2007 itu disebabkan oleh hasil air yang lebih tinggi iaitu RM1.39 bilion tahun lalu berbanding RM1.33 bilion pada tahun sebelumnya. s.i.n.i

p/s Mungkin berkat dari PAS kot.. hahahah..

Buat dua kerja tampung keluarga

Ramai bekerja lebih masa ekoran kelembapan ekonomi

KUALA LUMPUR: Lebih ramai rakyat Malaysia bekerja lebih masa ekoran kelembapan ekonomi, menurut tinjuan perunding pekerjaan sebuah web global, Robert Walters.

Lebih separuh daripada responden, 58 peratus mendakwa bekerja antara satu dan lebih 10 jam seminggu, kata perunding itu dalam kenyataan hari ini.

Sekurang-kurangnya 25 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa mereka bekerja lebih masa antara lapan dan 10 jam seminggu, lima peratus antara enam dan lapan jam seminggu, 15 peratus antara tiga dan lima jam seminggu dan 13 peratus sehingga dua jam seminggu, menurut kenyataan itu. s.i.n.i

p/s Kawan aku seorang pekerja berpendapatan rendah, seorang perempuan yang mempunyai anak berusia setahun terpaksa berkerja sehingga tiga syif pada hujung minggu untuk membantu suami menyerap tekanan ekonomi sekarang. Ini adalah salah satu bukti dari kajian diatas.

Rakyat terbanyak adalah orang yang paling terasa sekali dan paling layak menceritakan tentang ekonomi sekarang. Cuba lihat sekarang bagaimana tumbuhnya peniaga kecil-kecilan seperti car boot di tempat-tempat tumpuan ramai seperti di medan selera, bank dan sebagainya. Mereka ini adalah antara yang terkesan dengan ekonomi sekarang. Mereka adalah pekerja yang telah berkerja selama lapan jam, balik rumah dan pada malamnya menjual peragai barangan untuk mencari sedikit rezeki bagi sesuap nasi kerana gaji habis membayar hutang. Kalau begini maka tidak hairanlah institusi keluarga semakin runtuh.

Integriti - Pemenang Pertama

Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang bongkar penyelewengan dapat anugerah

GEORGETOWN: Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa, dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang, kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu membabitkan RM500,000.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata penyelewengan itu yang membabitkan bayaran balik bon jaminan, dikesan selepas Yusof meneliti fail sebaik dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie awal Februari lalu.

"Selepas meneliti beberapa fail, beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dan terus melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu kepada Yusof sempena majlis perhimpunan ahli perkhidmatan awam Pulau Pinang di sini, hari ini. s.i.n.i

p/s Perubahan demi perubahan di P.Pinang membawa kepada good governance. Syabas Khalifah Lim Guang Eng..

Pembantu rumah - Islam untuk Islam

Pembantu rumah Islam hanya untuk keluarga muslim

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) meminta kerajaan menetapkan peraturan supaya pembantu rumah beragama Islam dari Indonesia atau negara lain hanya dibenarkan bekerja bagi keluarga Islam dan keluarga bukan Islam hanya dibenarkan mengambil pembantu rumah bukan Islam sahaja.

Ketua DPPP, Nasrudin Hassan, berkata perkara itu telah beberapa kali disarankan oleh DPPP serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain sebelum ini bagi memastikan isu penafian hak seperti dilarang bersolat dan berpuasa, tidak mendapat makanan halal, tempat tinggal yang selesa dan bersih dan gaji berpatutuan dapat diselesaikan. s.i.n.i.

p/s Ha apa lagi.. nak perpaduankan? UMNO sila lah sokong cadangan ni, ni bukan politik, ni untuk menjaga agama. Mufti pun sokonglah sekali.. baru jadi..

Polis terpedaya atau tak sekolah?

Jangan perdaya polis: KP Selangor

SHAH ALAM: Parti politik yang diberikan permit bagi mengadakan jamuan malam sepatutnya tidak memperdayakan polis dengan menjadi majlis itu sebagai satu acara politik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar jelas meradang dengan tindakan parti politik berkaitan kebelakangan ini, menyebabkan polis berada dalam keadaan tersepit.

"Pasukan polis kini diprovokasi degan taktik sedemikian," katanya.

Beliau berkata polis mengeluarkan permit berdasarkan permohonan asal dikemukakan oleh parti politik, yang mahu mengadakan perhimpunan bagi mengadakan jamuan malam.

"Bagaimanapun, penganjur mendirikan khemah di kaki-kaki lima bersama dengan sistem PA (pembesar suara) bagi mengadakan ceramah politik. s.i.n.i

p/s Nak makan kenalah pasang khemah, mana tahu nanti hujan? takkan makan saja. senyap je? mesti nak bagi ucapan sikit, sebab apa makan dan baca doa.. pakai pembesar suara baru dengar? Pasang khemah dan pakai pembesar suara makan kat kenduri kawin pun ada? Siapa yang terpedaya atau tak sekolah?

Selasa, 23 Jun 2009

HJ Hadi - Cetuskan Polimik, Uji Kesabaran.

Setelah sekian lama perbalahan dalaman PAS berlaku akibat lontaran idea Kerajaan Perpaduan, maka semalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menolak sama sekali gagasan tersebut.
Keputusan tersebut nyata memberi kelegaan kepada sebahagian besar penyokong PAS khususnya dan PR amnya. Masakan tidak perbagai kenytaan yang keluar dari setiap pemimpin PR yang kemudianya dimanupulasi pula oleh media bisa membuatkan bulu roma meremang. Kenyataan paling pedas tentunya dari TG Nik Aziz yang meminta Tim. Presiden PAS meletakan jawatan dan masuk UMNO.

Keputusan semalam adalah yang tebaik dan terpaksa diterima oleh Hj Hadi selaku orang yang meniup wisel perbincangan ini. Hj Hadi terpaksa menanggung malu kerana ideanya ditolak majaroti ahli dan pemimpin PAS. Tetapi Hj Hadi tentu sekali lebih rela menanggung malu dan merendahkan diri menerima keputusan tersebut dari melihat perpecahan didalam PAS. Kes Hj Hadi sebenarnya sama dengan kes Anwar dalam isu 16 September. Kedua-dua pemimpin ini cuba mencari jalan untuk kebaikan rakyat, untungnya Anwar idea beliau disokong parti dan ramai pemimpin PR. Hanya selepas gagal dan Perak pula dirampas, maka Anwar disuruh bertaubat oleh Pengerusi DAP. Anwar ternyata tidak melenting dan tidak pula membalas kenyataan pemimpin DAP tersebut.

Idea kerajaan Perpaduan bukan kali pertama dilontarkan, idea tersebut merupakan satu idea besar. Hj Hadi hanya menarik balik idea tersebut untuk menghadapi muktamar PAS. Gagasan yang jika terjadi bakal lebih hebat dari penubuhan BN oleh Tun Razak dahulu. Menjadi hak Hj Hadi selaku Presiden PAS untuk melontarkan apa-apa saja idea, cadangan dan menganjurkan apa-apa jua perjumpaan dengan mana-mana pihak. Hak Hj Hadi dan 'daulatnya' Hj Hadi Dan PAS sama seperti keadilan pimpinan Anwar dan DAP dibawah pengaruh Lim Kit Siang. Oleh yang demikian semua pihak harus menghormati hak Hj Hadi yang dipilih oleh orang-orang PAS.

Banyak orang PAS yang tidak mahu menentang presiden mereka itu, berfikir mungkinkah Hj Hadi tahu sesuatu sehingga sanggup berkerjasama dengan Najib. Mungkinkah anwar benar-benar seorang p*****t? Kenyataan nakal tersebut lahir dari kepercayaan yang tinggi kepada Hj Hadi. tetapi mereka berfikir semula, apa kurangnya Najib, kes rasuah, bunuh dan terbaru tuduhan main belakang oleh penyiasat bebas yang kini hilang melauli akuan bersumpahnya. Lebih baik Anwar yang didakwa di mahkamah dan dibebaskan. Berbanding Najib yang tidak disiasat pun. Atau Hj Hadi memang ikhlas untuk melihat satu penyatuan umat di Malaysia dengan sanggup melupakan kekejamaan umno terhadap PAS selama ini dan danggup juga menyanggah hasrat rakyat untuk melihat BNtumbag. Jika benar apa masalahnya idea Hj Hadi ini?

Masalahnya ialah politik Melayu itu sempit dan dan politik Malaysia adalah tidak matang. PAS selaku pembangkang terbesar Melayu sepatutnya diberi peluang untuk membela dan memperjuangkan apa sahaja hak-hak Melayu yang PAS fikirkan perlu. Tetapi inilah politik Melayu yang diamalkan oleh umno. PAS selama ini tidak dianggap Melayu dan tidak penting. Bagi umno cukuplah umno untuk Melayu dan Melayu cukup hanya berpartikan umno. Ini dapat dilihat tujuh tahun yang lalu bila mana kerajaan membuat dasar PPSMI. PAS walaupun pada ketika itu agak kuat dengan terengganu dibawah pemerintahannya dipandang sepi oleh umno. Sebarang usaha untuk PAS berjumpa dengan pihak kerajaan bagi menzahirkan pendapat ditolak mentah-mentah.

Walhal parti-pati cina membuat satu perjumpaan dan perbincangan. Semua parti yang mewakili orang cina dijemput hadir memberikan pandangan. Mca, gerakan, DAP dan lain-lain parti cina di Sabah dan Sarawak turut hadir. Kesannya sekolah cina mendapat pengecualian. Murid-murid mereka diajar dalam dua bahasa iaitu inggeris dan cina. Bahasa cina akan digunaka untuk mengajar sains dan matematik pada sebelah petang. Selain itu buku teks mereka juga dicetak dengan dua bahasa. Orang PAS dan umno tidak pula melenting apabiala melihat mca-gerakan dan dap bersama berjang untuk kepentingan pendidikan cina. Memang begitulah sejarah Melayu. Johor dan Belanda di Melaka pernah bersatu memerangi Acheh. Acheh juga pernah bersatu bersama Belanda Melaka memerangan Johor. Tetapi tidak untuk Johor dan Aceh bersatu memerangi Belanda.

Seperti yang dikatakan, Kerajaan perpaduan yang hebat ini ditolak oleh dua sebab. Pertama politik Melayu yang sempit. PAS dan Umno sebenarnya perlu sentiasa berkerjasam untuk kepentingan Melayu-Islam dan tentunya negara. PAS harus diberi peluang untuk membawa cadangan dan idea-idea untuk memantapkan apa-apa jua bidang yang masih ketinggalan. Umno tidak harus berdengki sehingga sanggup menarik bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat, menrik royalti minyak terengganu. Semua ini dan banyak lagi adalah unsur dengki dan khianat umno terhadap PAS khususnya, Melayu, Islam dan rakyat.
Sekiranya hubungan PAS dan umno bagai mca dan DAp, maka tentu sekali orang Melayu juga paling tidak akan maju seperti orang cina di malaysia. amalan politik samy vellu ini memang jelas merugikan sesiapa sahaja.

Sebab yang kedua ialah kerana politik Malaysia yang tidak matang. Sebarang usaha kerjasam akan dipandang serong. Malaysai yang baru sahaja membentuk sitem dua parti secara tidak sengaja pasca mac 08 kini seolah-olah seperti kenyatan presiden Bush satu ketika dula, bersama kami atau mereka. Kata dua yang menyebabkan pilihan terpaksa dibuat. Pilihan itu lebih menjurus kepada Pakistan. Pakistan akhirnya membuat satu keputusan yang melucukan apabila kekakan hbungan diplomatik dengan Afganistan disamping benarkan negaranya menjadi tapak untuk serangan keatas Afganistan. Sekarang sebarang kritikan keatas kerajaan walaupun untuk kepentingan agama,bangsa dan negara akan dituduh sebagai pro PR. Yang dilihat pertahan kerajaan pula akan dicap barua kerajaan. Prof Agus tentu mangli dengan situasi ini. Tindakan2 seperti ini hanya akan menyebabkan perkembangan minda rakyat terbantut. Sepatutnya dengan bantuan media baru seperti sekarang, kerajaan akan lebih cakna kepada kehendak rakyat. Rakyat tanpa takut boleh saja menegur dan memberi cadangan bernas untuk kepentingan negara. Tapi malang, apabila kenyatan PM dalam parlimen memaklumkan kakitangan awam dilarang memiliki modem sendiri di pejabat!

Sabtu, 13 Jun 2009

Rasuah-Punca MRR2 Retak?

SPRM putuskan dakwaan terhadap dua 'Datuk' - Nazri
KUANTAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memutuskan dalam tempoh terdekat sama ada untuk mendakwa dua "Datuk" yang dibabitkan dengan kes rasuah berhubung pembinaan projek Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Beliau berkata ketika ini pihak SPRM telah pun selesai melakukan siasatan berhubung kes itu.

"Siasatan telah habis dan SPRM sudah mengumpul bukti dan kemungkinan untuk mendakwa terhadap tertuduh ini, keputusan itu akan dibuat secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang mahu SPRM mengambil tindakan segera ke atas dua anggota Umno yang bergelar Datuk yang disyaki terbabit dalam kes rasuah berhubung pembinaan MRR2.

Nazri berkata SPRM akan melakukan siasatan secara bebas dan adil tanpa mengira kedudukan pihak yang disabitkan rasuah itu.

"SPRM akan bertindak adil dan bebas tanpa mengira orang yang disiasat atau didakwa itu datang dari parti tertentu, kita tak kira, kalau cukup bukti daripada siasatan dan ada keperluan untuk mendakwa, maka SPRM akan memutuskannya (untuk didakwa)," katanya.

Beliau berkata pihak kerajaan atau Umno juga tidak akan campur tangan dalam siasatan terhadap pemimpin Umno atau ahlinya yang terbabit rasuah.

Ditanya mengenai persepsi pihak tertentu bahawa SPRM kini dilihat lebih "menyerang" pemimpin-pemimpin Umno berhubung kes rasuah, Mohamed Nazri berkata perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

"Persepsi itu tidak betul.., mana lebih penting, lawan rasuah atau hendak parti (Umno) membela seorang yang dituduh melakukan rasuah, saya kira ini adalah satu usaha membersihkan parti daripada gejala rasuah, itu lebih penting daripada hendak menjaga nama parti atau cuba melindungi perbuatan itu," katanya.

Mohamed Nazri berkata persepsi berkenaan juga mungkin disebabkan Umno merupakan sebuah parti besar dan berkuasa dan segala tindak tanduk pemimpin dan anggotanya tentulah sentiasa menjadi perhatian rakyat.

"Bagi parti yang berkuasa ini, tentulah macam-macam berlaku, orang tak bercakap pasal parti lain yang tidak berkuasa dan tidak memerintah.

"Kita perlu menyambut baik usaha SPRM ini, ianya tidak mendatangkan malu kepada kita, jika SPRM mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit rasuah, maka kita akan dapat membanteras rasuah dalam Umno, dan rakyat akan kembali yakin kepada Umno," katanya. BERNAMA

p/s- Dulu masa aku andaikan mrr2 dikaitkan dengan rasuah, pakcik dan nenek aku tak percaya, masa tu aku sebagai penghuni sungai buloh terasa seksa sangat dengan penutupan lebuhraya setahun jagung tersebut. Bos aku dulu di syarikat pembinaan pernah cakap yang harga rumah tidak akan semahal sekarang jika proses pembinaan ( dari mendapatkan tanah sehingga kelulusan lain dan sijil menduduki) tidak dihiasi dengan rasuah. Rasuah akan melibatkan sekurang-kurangnya dua bencana, pertama kenaikan kos asal, kedua pengurangan kualiti. Kedua-duanya adalah kerana untuk kekalkan margin untung. Yang paling teruk adalh kedua, lihat sahaja mrr2, berapa kos membaikinya? stadium batu burok?

Isnin, 8 Jun 2009

Muktamar PAS 09 - Komen 2

Pemilihan
Muktamar PAS pada kali ini menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti Islam tersebut. Jawatan Presiden dimenangi secara percuma oleh Tg Hj Hadi. Bagi jawatan Tim. Presiden pula, dimenangi oleh penyandangnya ust Nasarudin Mat Isa. Ust Nasa mengalahkan D.Husam Musa dan Muhammad Sabu. Walau bagaimanapun kemenangan ust. Nasa membawa seribu erti. Pertama kehendak ahli terhadap kepimpinan ulama'. kedua penolakan kerjasama PAS-UMNO. Ini kerana D.Husam dan Muhammad Sabu adalah tokoh yang menolak kerjasama tersebut. Undi mereka berdua jika digabungkan adalah lebih besar dari undi yang diperolehi Ust Nasa.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS pula, turut melambangkan komposisi ahli PAS sekarang. Iaitu Ulama' , profesional dan aktivis. D. Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan anak saudara Nik Aziz mendapat undi terbanyak dalam pemilihan Naib Presiden. Ini turut menggambarkan yang ahli memilih ulama' untuk jawatan ketiga parti seperti mana yag disyorkan oleh Dewan Ulama'. Walaupun usul dewan ulama' itu ditolak, tetapi ahli melaksanakanya.

Musuh Dalam Selimut.

D.Dr Haron Din merupakan Tim. Mursyidul Am PAs dan seorang ulama terkemuka. Beliau secara terus terang membuat kenyataan tentang musuh dalam selimut didalam PAS. Kerisauan beliau adalah kerana keahlian PAS yang terbuka dan mudah disertai oleh sesiapa sahaja. Beliau takut wujud anasir zionis-amerika didalam PAS seperti mana yang berlaku dalam gerakan Islam lain diseluruh dunia. Beliau mahu PAS menjadi seperti Hizbul Muslimin, Ikhwan dan Hamas yang mentarbiah ahlinya dan mempunyai kaedah dalam perlantikan pemimpin agar tidak dicerobohi anasir zionis-amerika. Haron Din juga mengingatkan agar ahli tidak melawan tauke (ketua).

PAS sebenarnya berbeza dengan parti2 di timur tengah. Hizbul Muslimin dan juga HAMAS berdepan secara langsung dengan Izrail. Manakala Ikhwan berdepan dengan kerajaan zalim Mesir dan berdepan secara tidak langsung dengan Izrail. Maka tidak hairanlah keahlian parti mereka adalah ketat dan rahsia. Kaedah rekrut dan tarbiah adalah seiring. Kezaliman Mesir tidak sama dengan umno. Sebab itu PAS masih selesa dengan sistem keahlian sekarang. Sesiapa saja asalkan islam boleh menyertai PAS. Dan selaku ahli PAS boleh pula merebut sebarang jawatan hatta presiden sekalipun. Tetapi didalam PAS menjadi Presiden tidak menjanjikan segalanya. Ini kerana PAS dipandu oleh Majlis Syura dan sentuhan Mursyidul Am. Maka kerisauaan Haron Din tentang musuh dalam selimut tidak harus diperbesarkan. Ini bagi mengelakan fitnah dan menunding jari mencari musuh tersebut. Tetapi tentulah tidak pula harus leka sehingga ular didepan mata tidak nampak. Apa yang harus dilakukan oleh PAS ialah memperhebatkan program tarbiah kepada ahli2nya. Bersangka baik dengan semua yang ingin menjadi ahli PAS. Kenyataan seperti kebanjiran ahli umno dalam PAS akan merosakan PAS tidak harus keluar sama sekali. sudah menjadi tanggungjawab PAS selaku parti Islam untuk berdakwah kepada setiap manusia dan tentu sekali ahli sendiri. tentu tidak salah bagi orang yang berkelakuan buruk untuk mencari hidayah didalam PAS, dan bukanya PAS menolak mereka kerana kelakuan buruk mereka.

Usul

PAS membawa beberapa usul, antaranya:
1.Desak kerajaan kaji semulamereka yang diberhentikan kerja dan dakwa majikan yang berhentikan pekerja tempatan sesuka hati
2.Kepimpinan semua peringkat tumpu bina kekuatan parti dan bukan merosak dan pecah belahkan parti dengan label-label tertentu.
3.berusaha wujudkan identiti berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada BN.
4.Jawatankuasa disipli parti perlu ambil tindakan terhadap ahli yang terlibat sebar fitnah.
5.Pakatan perlu tentukan formula baru menetapkan kuata calon pilihanraya yang sesuai dengan keperluan semasa.
6.Pakatan perlu tubuh sistem saringan bersama untuk pilih calon pilihanraya.
7.Mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS)

Yang paling kotroversi ialah untuk haramkan SIS. Sebagai seorang islam yang percaya islam itu benar dan tiada yang lain lebih benar, maka mengharamkan SIS menggambarkan sikap tertutup PAS dalam isu ini. Soal agama boleh saja dibincangkan secara matang. Perbincangan atau perdebatan tentu sekali akan membuka mata masyarakat kepada kebenaran. Pengharaman menimbulkan keraguan,persoalan dan simpati. PAS sepatutnya lebih terbuka dan bersedia untuk menjawab sebarang kekeliruan yang ditimbulkan oleh SIS. Penonjolan SIS juga menggambarkan kelemahan PAS sebagai sebuah badan dakwah. Kelemahan berpunca dari sikap tidak seimbang antara politik dan dakwah. Politik diutamakan mugkin kerana ganjaran yang cepat dan glamour.
SIS boleh saja menukar kepada apa-apa jua nama. Tapi yang pasti aliran pemikiranya? Sepatutnya IKIM diminta perkukuhkan peranan. PAS tentu masih ingat kepedihan apabila Hizbul Muslimin dan PKMM diharamkan?

PAS jangan pula berkata yang itu hak parti dan ahli parti, kerana PAS sebagai sebuah parti yang terlibat dalam pilihanraya umum, yang menawarkan perkhidmatan kepada rakyat umumnya dan pengundi khsusnya adalah merupakan milik masyarakat. Masyarakat yang majmuk, mengandungi perbagai agama, kaum dan aliran ideologi. PAS perlu bertanggungjawab terhadap semua ini, perlu bertanggungjawab terhadap penubuhan cawangan kelab penyokong bukan Islam yang lebih ramai dari cawangan PAS sendiri di Selangor. PAS perlu bertangungjawab terhadap rakan-rakan lain dalam pakatan. Kenyataan PAS bukan sahaja melibatkan PAS, tetapi juga menjejaskan rakan-rakan yang lain. Sebab itu Pengarah Pilihanraya PAS Pusat D.Mustapha Ali merayu supaya pemimpin pakatan tidak membuat kenyataan yang mengeruhkan lagi keaadaan. Rasa perit mendepani BN dalam pilihanraya dialami secara langsung oleh Mustapha Ali. Lebih-lebih lagi PRK Manek Urai yang bakal berlangsung. Kerja Mustapa sepatutnya mudah dengan berlangsungnya Muktamar, tetapi sebaliknya beban lain yang menimpa beliau.

Selain Isu PPSMI, PAS sebagai sebuah parti Islam peringkat nasional perlu juga mendepani isu-isu seperti FTA masalah kemiskinan serta ketiadaan pengenalan diri masyarakat India di Malaysia. PAS bukan untuk Melayu dan Islam sahaja. Selain dari itu muktamar kali ini seperti yang dinyatakan oleh D.ZI PAS kelihatan terlalu yakin. PAS perlu insaf muktamar yang ke 54 berlangsung dengan megah di Stadium Indera Mulia, beberapa bulan kemudiannya kerajaan pimpinan AJK PAS DS Nizar kecundang. Itu yang terbaru, PRU ke 11 kita melihat betapa yakinnya PAS menyenaraikan negeri-negeri yang bakal ditawan. Kedah umpanya digambarkan sebaga Kelantan pada tahun 1990. Lim Kit Siang dan Karpal Singh digelar sebagai Dinasor yang bakal pupus. Tapi akhirnya Hj Hadi kehilangan negeri yang diperintahnya, jawatan ketua pembangkang pula diambila alih semula oleh Lim Kit Siang, dan lebih menyanyat hati Hj Hadi tidak dipilh ke parlimen manakala dinasor Karpal Singh menang semula. Oleh yang demikian PAS perlu mencerminkan diri mereka terlebih dahulu, PAS tidak pernah berupaya apabila bersendirian, dan PAS wajib mengakui yang kemenangan terbesar ini adalah atas gabungan Pakatan Rakyat dan berpunca dari kisah perjuangan marhain Reformasi 98.

Ahad, 7 Jun 2009

Muktamar PAS 09 - Komen 1


Politik Hj Hadi

Sebelum pemilihan PAS 09, Harakah organ penerangan PAS memberikan peluang kepada Presiden PAS itu untuk menjawab tentang kerajaan Perpaduan anjuranya. Dalam temu bual tersebut Hj Hadi menerangkan tentang kerajaan perpaduan tersebut. Reaksi segera dari temubual tersebut HJ Hadi kemudianya menarik balik cadangan tersebut dengan alasan ahli PAS rata-ratanya tidak faham.

Kerajaan Perpaduan pada pendapat Penakiri adalah sesuatu yang baik, tetapi bukanlah dalam keadaan terdesak sekarang ini untuk menerima gagasan tersebut. Cadangan kerajaan perpaduan ditolak kebanyakan ahli PAS terutamanya mereka yang percaya yang PR berpeluang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti. Penolakan itu terserlah apabila Ada pencalaonan lain selain HJ Hadi untuk Presiden PAS. Selain itu ada juga PAS kawasan yang tidak mahu meletakan calon untuk jawatan presiden (enggan calonkan Hj Hadi). Pencalonan PAS Bukit Bintang terhadap Nik Aziz boleh lah dilihat sebagai satu lawak, ini kerana Nik Aziz sudah terlalu tua untuk jawatan Presiden PAS, dan tentu sambutan terhadap pencalonan itu hambar.Tetapi sebenarnya tiada calon yang lebih berpengaruh.

Calon lain yang layak untuk dicalon bagi menentang Hj Hadi ialah Ust Azizan. Ust Azizan kemudiannya memberikan tanda seperti ingin bertanding apbila berkata sedia menerima apa jua pencalonan untuk sebarang jawatan. Namun memikirkan urusan mempertahankan negeri yang diperintahnya dari jatuh adalah satu kewajipan yang lebih besar, maka beliau kemudiannya menolak untuk semua jawatan kecuali AJK Pusat. Ust Azizan tentu tidak mahu menjadi seperti terengganu, Hj Hadi sebagai MB, Ketua Pembangkang di Parlimen dan juga sebagai Presiden PAS. Tetapi akhirnya PAS Terengganu ditenggelami oleh gelombang biru. Krisis rampasan kuasa di Perak juga mebuatkan semua Pesuruhjaya PAS negeri yang PR memerintah mengambil sikap tidak mahu bertanding dan menumpukan kepada negeri masing-masing. Selain Ust Azizan mereka ialah DS Nizar dan D.Dr Hasan Ali.

Tindakan-tindakan ini (protes) menyebabkan Hj Hadi terus senyap tentang isu kerajaan perpaduan, sebaliknya memasang strategi lain. Hj Hadi yang mendapat simpati ahli kemudiannya terus menerima pencalonanan dan kemudianya menang tanpa bertanding. Kemenangan yang telah dijangkakan itu kemudianya membolehkan Hj Hadi mengatur barisan kepimpinannya.

Bermula dengan kembalinya Ust Taib menerajui Dewan ulama'. Beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut. Ust Taib adalah bekas ketua dewan ulama yang tidak mempertahankan jawatan setelah memilih untuk merebut jawatan Tim. Presiden PAS, namun kalah ditangan Ust Nasa.

Kemudianya kemenangan tanpa bertanding bagi semua saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS. Walhal pada mulanya pertandingan dijangka sengit dengan penglibatan Tim. speaker DUN Kelantan iaitu YB Zaki yang juga bekas ketua Pemuda PAS Kelantan. Begitu juga jawatan tim. K.Pemuda PAS, dimenangi oleh orang kanan Hj Hadi.

Umum mengetahui, Ust Taib dan Ust. Azman Shapawi merupakan tokoh ulama' dari Terengganu yang condong kepada Hj Hadi. Ust Taib sebagai Ketua Dewan ulama' dulu pernah menegur TG Nik Aziz secara terbuka berkenaan isu Mawi.

Dan akhir sekali ialah membantu kemenangan Ust Nasa sebagai Tim. Presiden. Bantuan tersebut boleh dilihat secara jelas apabila hj Hadi merasmikan mesyuarat agung PAS Kawasan Bachok yang mana Ust Nasa merupakan AJK PAS kawasan tersebut merangkap ahli Parlimen Bachok. Ust Nasa yang selama ini diam melihat pencalonan bertali arus terhadap beberapa pemimpin lain kemudiannya bersuara mempertahankan diri dalam ucapan perasmian dewan pemuda PAS.



setelah semua perancangan ini selesai dan berjaya pula, maka Hj Hadi dalam ucapan perasmian kembali melaungkan kerajaan perpaduan. Kerajaan perpaduan sebenarnya perlu melibatkan semua parti, bukan PAS dan UMNO sahaja. Namun Lim Kit Siang selaku Penasihat DAP berkata tiada isu kerajaan perpaduan yang dibincangkan dalam pakatan. Jika benar kenyataan Lim, maka Hj hadi sepatutnya lebih berhati-hati demi menghormati komponen PR yang lain. Ini kerana gabungan PAS bersama PR adalah kemenangan paling besar pembangkang di Malaysia,

Persoalanya sekarang kenapa Hj Hadi bermain politik dalamm isu ini? Walaupun sedar akan ditolak oleh perwakilan terutamanya TG Nik Aziz, tetapi Hj Hadi seolah-olah lebih selesa berkerjasama dengan Najib berbanding anwar? Dan lagi satu adakah kini ahli PAS suadah faham yang menyebabkan Hj Hadi tidak sabar-sabar melaungkan gagasan beliau seawal ucapan perasmian? Dan lagi Hj Hadi juga pernah berkata tiada kerajaan perpaduan apabila Najib memerintah, maka adakah Hj Hadi melihat kini orang lain yang memerintah,bukan Najib lagi? Menarik juga melihat bagaimana media mengagungkan Hj Hadi setelah puas menghentam beliau suatu ketika dulu. Apa yang tidak dikata pada hj Hadi dulu? ortodok, kasar, berfikiran tertutup dan sebagainya. Kini Utusan menyeru untuk menyahut gagasan Hj Hadi pula.

Khamis, 4 Jun 2009

Menteri Pertahanan letak jawatan?

SYDNEY 4 Jun - Menteri Pertahanan Australia, Joel Fitzgibbon meletakkan jawatan hari ini kerana 'beberapa kesilapan berkaitan dengan akauntabiliti'.

Fitzgibbon mengambil tindakan itu berikutan pendedahan beliau memanggil seorang jeneral tentera yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan kesihatan pertahanan untuk menghadiri satu mesyuarat dengan saudara lelaki beliau yang mengetuai sebuah syarikat insurans.

"Menteri berkenaan telah menawarkan peletakan jawatannya, saya menerimanya dan menganggapnya sebagai langkah yang sewajarnya diambil," kata Perdana Menteri, Kevin Rudd.

Menurut Rudd, Fizgibbon telah menanggung akibat yang besar kerana kesilapannya itu, yang menyusuli beberapa kesilapan lain yang telah menyebabkan kedudukannya dipersoalkan.

Fitzgibbon menghadapi tekanan untuk berundur berhubung dua lawatannya ke China yang dibiayai oleh seorang ahli perniagaan Australia berketurunan Cina.

Minggu ini, beliau juga mengaku gagal mendedahkan bahawa syarikat saudara lelakinya telah membiayai penginapan beliau selama semalam di sebuah hotel.

"Sudah tentulah kita berasa sedih tetapi adalah penting kita menjaga tahap akauntabiliti yang tinggi di kalangan menteri.

"Kerana itulah saya percaya menteri berkenaan telah bertindak secara bertanggungjawab," kata Rudd yang memberitahu wartawan, beliau akan mengumumkan pengganti tidak lama lagi.

Peletakan jawatan itu merupakan krisis politik pertama yang dihadapi oleh Rudd sejak menubuhkan kerajaan pada akhir 2007.

Ia juga memberi tamparan kepada beliau kerana Fitzgibbon merupakan sekutu utama dan menteri kanan dari negeri New South Wales, negeri paling banyak penduduk yang memainkan peranan penting bagi memenangi pilihan raya kebangsaan. - AFP

p/s - Di Malaysia tak ada siapa yang nak lahirkan tanggungjawab apabila Stadium runtuh, MB ke, Men Beliadan Sukan ke atau Men. Kerjaraya.

Kes pelabuhan yang membabitkan sejumlah wang sehingga 12 bilion pun tak nampak lagi siapa yang nak bertangungjawab. Jumlah tersebut boleh buat 300 ribu lebih rumah kos rendah untuk rakyat.


Munkin boleh baca artikel saya yang lepas berkenaan perletakan jawatan s.i.n.i

Tragedi An-Naksah lengkapi penaklukan Israel di bumi Arab

Oleh DR. HAFIDZI MOHD. NOOR

EMPAT puluh dua tahun lalu, pada tarikh ini, satu peristiwa bersejarah berlaku kepada dunia Islam. Tanggal 5 Jun 1967 menyaksikan Israel melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran ke atas Republik Arab Bersatu (Mesir), Jordan dan Syria secara serentak.

Peperangan yang dikenali dalam sejarah konflik Asia Barat sebagai "Perang Enam Hari" itu berakhir pada 10 Jun 1967.

Dalam tempoh itu, Israel berjaya menewaskan tiga negara Arab walaupun negaranegara itu turut dibantu oleh Arab Saudi, Iraq, Algeria, Tunisia, Sudan, Somalia, Maghribi, Mauritania, Yemen, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Qatar dengan membekalkan askar dan kelengkapan tentera.

Mesir menerima pukulan paling dahsyat apabila lebih 10,000 askarnya terkorban. Angkatan udaranya musnah sama sekali apabila kira-kira 300 jet pejuangnya diranapkan oleh tentera Israel dalam serangan mengejut.

Apabila serangan berakhir, Israel menguasai Tebing Barat, Genting Gaza, Baitulmaqdis Timur, Tanah Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai. Dalam serangan itulah Masjid Al-Aqsa ditawan, sehinggalah ke hari ini.

Kekalahan besar yang amat memalukan seluruh dunia Arab dan Islam itu diperingati sebagai "Hari An-Naksah" (Hari Kekalahan). Ia adalah tragedi besar kedua menimpa umat Islam dan dunia Arab khususnya.

Pertama ialah "Hari An-Nakbah" (Malapetaka) yang berlaku pada 15 Mei 1948. Peristiwa itu membawa kepada penubuhan negara Israel di atas 77 peratus tanah Palestin yang dirampas. Peristiwa An-Nakbah dikaitkan dengan pengusiran 800,000 rakyat Palestin yang kini menjadi pelarian di Syria, Jordan, Lubnan dan Mesir (Gaza).

An-Naksah pula melengkapkan penaklukan Israel ke atas keseluruhan tanah Palestin dan status qou itu berterusan sehingga kini.

Mesir semasa era Presiden Anwar Sadat berjaya membuat kejutan dengan menyerang kedudukan tentera Israel di Semenanjung Sinai dalam "Perang Oktober 1973" atau "Perang Ramadhan". Kemenangan Mesir bagaimanapun tidak dapat disempurnakan apabila AS campur tangan dan satu gencatan senjata dilaksanakan.

Pertimbangan politik oleh Mesir itu akhirnya membuka laluan kepada termeterainya perjanjian damai Mesir-Israel 1978. Perjanjian damai Camp David itu mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir.

Namun harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Palestin khususnya di Gaza berterusan. Perjanjian itu menyaksikan Mesir mengiktiraf Israel dan bertanggungjawab menjamin keselamatan entiti Israel terutama di Genting Gaza.

Jika laluan di Rafah ditutup sehingga rakyat Gaza yang cedera dalam serangan akhir tahun lalu dan awal tahun ini tidak dibenarkan menyeberang untuk mendapat rawatan di Mesir, ia adalah kesan daripada 'perjanjian damai Mesir-Israel pada 1978 itu.

Apakah reaksi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Seperti yang dijangka, PBB bersidang dan meluluskan Resolusi 242 yang mengkehendaki Israel berundur ke garisan hijau yang diputuskan oleh Perjanjian Rhodes pada 1949.

Ini bermakna Israel perlu keluar dari semua wilayah yang didudukinya pada Jun 1967. Pendudukan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis Timur adalah pendudukan haram. Bagaimanapun Israel tidak mempedulikan resolusi tersebut dan juga resolusi-resolusi lain.

Bagi Israel, PBB adalah sebuah pertubuhan yang "tidak berkuku dan bertaring". Ia berasa kuat selagi AS berada di sampingnya.

Hari An-Naksah juga menandakan tarikh Masjid Al-Aqsa ditawan oleh tentera Zionis. Sejak itu, ia terdedah kepada ancaman dan perbuatan keji Zionis. Ia termasuk peristiwa masjid itu dibakar pada 21 September 1969 yang diingati sebagai "Hari Al-Quds" setiap tahun.

Zionis juga menggali terowong-terowong rahsia di bawah masjid itu bertujuan melemahkan tapaknya. Kumpulan ekstremis Zionis turut merancang merobohkan masjid itu dan mendirikan synagogue (kuil) yang mereka namakan Haikal Sulaiman.

Pada September 2000, lebih 1,000 askar Israel memasuki kawasan masjid untuk membangkitkan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam. Peristiwa biadap itu mencetuskan "Intifada".

Selain itu, rejim Zionis juga melaksanakan agenda me-Yahudikan kawasan masjid itu dan Baitulmaqdis Timur. Rumah-rumah penduduk Palestin dirobohkan, tanah mereka dirampas, mereka diusir dan status pemastautin mereka dibatalkan.

Israel kemudian membina unit-unit apartmen dan perumahan eksklusif untuk pendatang haram Yahudi di situ.

Pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat yang kini menjangkau 800 kilometer panjang membuktikan usaha Israel mengepung rakyat Palestin dan menyukarkan mereka menziarahi Masjid Al-Aqsa. Inilah jenayah yang terus menjadi agenda Israel di Palestin.

Hari ini Israel terus berdolak-dalik dengan penyelesaian dua negara (two-state solution). Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu tanpa rasa bersalah menolak penyelesaian dua negara itu dan juga usaha mewujudkan negara Palestin.

Sikap itu diambil meskipun semua perjanjian damai yang ditandatangani bersama Fatah sejak Perjanjian Oslo 1990 berdasarkan kepada Resolusi 242 yang diluluskan pada 1967.

Jika inilah pendirian yang dipertahankan oleh Israel, apakah dunia masih meletakkan harapan kepada "penyelesaian dua negara" itu?

Mungkin sudah tiba masanya dunia menimbang formula yang ditawarkan oleh Hamas iaitu Israel berundur dari wilayah yang didudukinya sejak 1967, menghentikan kepungan ke atas Gaza dan membentuk gencatan senjata jangka panjang tanpa perlu Palestin mengiktiraf kewujudan Israel.

Namun bersediakah Israel mengiktiraf negara Palestin? Hakikatnya mereka adalah perampas tanah Palestin dan kewujudan Israel di atas tanah yang dirampas sejak 1948 itu adalah kewujudan haram.

Maka pilihan yang terbaik ialah akur kepada Resolusi 242 dan mana-mana resolusi yang berkaitan seperti Resolusi 338. Kemudian bersetuju dengan gencatan senjata panjang.

Sekurang-kurangnya keamanan ke atas wilayah bergolak itu dapat diwujudkan buat sementara waktu sehingga masyarakat antarabangsa mencari ruang kepada pelaksanaan pelan penyelesaian yang berkekalan.

PENULIS ialah Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Selasa, 2 Jun 2009

Samy Vellu hargai musuh

Petang tadi, semasa menghantar kereta untuk dibasuh, dan sambil makan disebuah restoran, aku tertonton rancangan tv satu,masa tu ada berita disiarkan, keluar wajah TS Muhyidin yang agak sembab. Berkata beliau keputusan kerajaan adalah tetap untuk tidak mebenarkan Cin Peng pulang ke Malaysia. TS Muhyidin turut meminta perdebatan dan perbincangan berkenaan isu ini dihentikan.

Balik dari kudapan dan mengambil semula kereta yang dicuci tidak bersih oleh remaja Melayu (dulu kedai ni Mat Bangla dan Indon yang kerja) aku terus melayari internet. Di papan pemuka dibahagian senarai pembacaan disudut blog yang saya ikuti, aku terlihat satu artikel baru diterbitkan oleh komunis Melayu. Kisah bersejarah mengenai perjanjian damai PKM dan kerajaan Malaysia.s.i.n.i

Perjanjian yang lebih dikenali sebagai perjanjian Hadyai itu menamatkan perang dingin antara kerajaan Malaysia dan PKM. Perjanjian itu menjanjikan keamanan, perjanjian itu menyelamatkan nyawa terbang dengan percuma. Perjanjian itu membolehkan Malaysia fokus kepada rakyat. Perjanjian itu membolehkan Tun M majukan negara.

Atas dasar itu, bagi mereka yang berfikiran lebih liberal, tentunya tidak keberatan untuk menyanjung tinggi mereka yang terlibat dalam perjanjian itu. Untuk mengatakan yang mereka adalah tokoh keamanan. Benar! Ini bukan satu kebodohan untuk melupakan kezaliman sebelumnya, tetapi inilah yang berlaku pada tahun 1978 apabila Mohamed Anwar Al-Sadat dan Menachem Begin dianugerahkan anugerah Noble keamanan kerana perjanjian damai Mesir dan Israel. Dan perkara ini berulang lagi pada tahun 1994 apabila Yasser Arafat, Shimon Peres dan Yitzhak Rabin menerima anugerah Noble keamanan kerana usaha mereka untuk membawa keamanan ke Timur Tengah. s.i.n.i

Pada tahun 2007, Pandithan dari parti IPF (bukan BN), musuh ketat Samy Vellu bersatu dengan samy Vellu sebelum PRK Ijok, yang kemudiannya memenangkan BN pada PRK tersebut(PRK Ijok TS Khalid Ibrhim kalah dengan Cikgu Parthiban).Pandithan kemudiannya dianugerahi dengan gelaran Tan Sri oleh YDP Agong. Tetapi kemudiannya, TS Pandithan dan Samy Vellu menyambung semula permusuhan lama mereka. Sampai akhir hayatnya (2008), TS Pandithan bermusuh dengan Samy Vellu, tetapi perdamaian antara mereka (pada saat genting PRK Ijok) yang tentunya baik untuk orang india pada ketika itu di sanjung tinggi oleh BN dengan menganugerahkan gelaran Tan Sri tersebut. Tentunya anugerah tersebut turut direstui oleh wakil orang India dalam kerajaan tidak lain dan tidak bukan ialah Samy Vellu iaitu musuh ketatnya. Ini adalah kerana dasar untuk menghargai jasa sebelumnya, perkara ini bolehlah ditanya pada Samy Vellu.

Maka jika Samy Vellu boleh hargai kesanggupan Pandithan untuk berdamai walaupun seketika, mengapa kita besungguh pula menghalang kepulangan Chin Peng? Kita mungkin tidak sanggup untuk memberi gelaran tokoh kemerdekaan kepada Chin Peng dan komunis, tetapi tidak terfikirkah kita adakah Malaysia semaju ini jika tidak ada perjanjian damai tersebut? Adakah boleh kerajaan menumpukan kepada usaha pembangunan, pendidikan dan menerokai teknologi tinggi jika askar kita saban hari terkorban, rel keretapi diletupkan, lebuhraya timur-barat tidak dapat disiapkan? Tentu sekali tidak. Dan yang peliknya kita tidak menghargai punca keamanan tersebut.

p/s Bila tengok wajah TS Muhyidin yang agak sembab, teringat wajah MB Ganu, sembab juga, bila ingat MB Ganu, ingat Stadium yang terburai sebelum PRK Manek Urai!


ditambah pada 04/09/2009 - Chin Peng Beri Tunku jaminan keselamatan dan sokong Tunku minta kemerdekaan

Isnin, 1 Jun 2009

Cerita kegigihan, kisah kecekalan Cikgu Laila


ISA yang mendera

Subjek Teras dikurangkan?

Kabinet tentukan had subjek SPM SINI

Baru-baru ini TPM yang juga menteri Pendidikan telah pun menetapkan had maksimum mata pelajaran yang boleh diambil iaitu sepuluh. Kenyataan ini mengejutkan banyak pihak walupun melegakan pihak yang lain. Pihak yang terkejut ialah yang mengambil jurusan agama. Ini kerana jurusan agama banyak subjeknya, dan jika diambil semua, tertinggal pula subjek sains seperti fizik,biologi,kimia dan matematik tambahan. Ini tentunya membantutkan usaha dan cita-cita untuk menjadi umat ulul albab.

Sesetengah pihak pula bimbang pelajar pintar tidak diberi pilihan untuk mempamerkan kepintaran mereka. Biasanya pelajar yang mengambil subjek lebih atas inisiatif sendiri dan tidak menyusahkan guru. Mereka pergi tuisyen diluar atau sekadar membaca buku. Apa yang perlu dibuat ialah supaya jadual peperiksaan tidak bertindih. Kesatuan guru turut meminta agar kerajaan mengecualikan pelajar pintar dalam kes ini.

Mungkin kerana baru terfikir akan hal tersebut, kabinet bakal pula mengurangkan subjek teras, supaya pelajar boleh mengambil subjek pilihan mereka sendiri tetapi seperti yang diumumkan hanya sepuluh subjek. mari kita lihat apa itu subjek teras;

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa inggeris
3. Pendidikan Islam/moral
4. Matematik
5. Sains (bagi bukan aliran sains,bagi aliran sains salah satu dari subjek sains)
6. Sejarah

Dari enam subjek diatas, rasanya empat subjek teratas yang saya senaraikan tidak mungkin boleh dibuat pilihan melainkan diwajibkan. Subjek sains pula jika diberi pilihan tentu akan menyebabkan peluang pelajar sastera/perdagangan yang tidak mengambil subjek tersebut akan tertutup jika ingin menukar bidang apabila tamat nanti. contohnya begini, sekarang pelajar sastera bleh bergelar jururawat sebagai contoh sekiranya kredit dalam sains/ matematik dan lulus sains/matematik dan kredit tiga mata pelajaran yang lain (untuk diploma). Bukan sahaja jururawat, banyak lagi termasuklah dalam bidang kejuruteraan. Maknanya subjek sains tidak boleh dibuang.

Senarai seterusnya ialah Sejarah, mampuslah jika sejarah tidak diwajibkan. Ramailah yang akan buta sejarah. Mungkin kerajaan akan berkata yang apabila mereka masuk di IPT, mereka akan belajar Pengajian Malaysia, ye betul, tapi bagaimana dengan mereka yang tidak menyambung belajar?

Oleh yang demikian Penakiri berharap agar pihak kerajaan tidak membuat kesilapan seperti PPSMI dulu, berbincanglah dengan pakar-pakar pendidikan dan hendaklah dari kalangan yang menyeluruh. Bukan pakar pengampu sahaja.

Ulasan Berita..Penanti Yang dinanti

Pertama sekali tahniah kepada Dr Mansor kerana menang dengan majaroti yang lebih besar. Kemenangan PKR cuba ditengelamkan umno dengan merujuk kepada peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu sekitar 44%. Tajuk kebanyakan berita pro kerajaan ialah rakyat tidak mahu terlibat dengan permainan PKR dan tidak mahu keluar mengundi. Mereka mendakwa peratusan keluar mengundi tersebut adalah terendah dalam sejarah sini Mereka cuba menipu dengan harapan rakyat akan melihat yang pilihanraya di Penanti tidak mendapat sambutan, walhal terdapat kes yang lebih teruk iaitu di Sarawak dengan peratusan mengundi sekitar 38% sini

Walau bagaimanapun sesuatu yang amat menarik dan tidak dapat disembunyikan ialah PRK Penanti aman tanpa BN. sini Punyalah aman sampai boleh tidur..



Apapun keputusan ini tidak sepatutny mengecutkan BN dari bertanding di MU nanti.. Kak Min dan lain-lain bolehlah tolong jentera BN.

p/s - Dengar cite SPR boleh batalkan kemenangan calon yang menang jika terbukti rasuah semasa pilihanraya? kak Min, doalah..

Berita lawak hari ini

Guna ISA hukum mereka sokong Chin Peng - PBTM

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak termasuk pemimpin politik yang mengesyor dan menyokong saranan agar bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibenar pulang ke tanah air perlu dihukum di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tegas Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, pihaknya berpendapat sesiapa yang mengeluarkan dan menyokong saranan sedemikian sama seperti anggota komunis.

"Apakah untung kembalinya seorang ketua komunis ke Malaysia.

"Kepada rakyat yang sokong kepulangan Chin Peng ke Malaysia dianggap komunis.

"Mereka berjiwa komunis dan mengiktiraf perjuangan parti komunis," kata beliau pada sidang media di sini pagi ini.

Sidang media ini diadakan ketika syor Chin Peng dibenar pulang ke tanah air menjadi polemik sejak seminggu lalu.

"Saya memang berharap pada kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik kerana saya anggap mereka komunis," katanya lagi," katanya.

Tambah beliau, walaupun kerajaan sebelum ini mengatakan bahawa tindakan tidak akan diambil ke atas mereka terbabit tetapi PBTM merasakan tindakan tegas perlu dikenakan.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu, pihaknya akan menganjurkan Perhimpunan Mangsa Chin Peng, dijangka bulan ini.

PBTM mahu mengadakan majlis sedemikian untuk menggambarkan kesukaran dan keperitan hidup ketika era komunis, katanya.

Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertahanan esok untuk membincangkan rancangan mereka itu.

Pada sidang media itu, enam anggota tentera yang cedera parah dan kehilangan anggota badan ketika terlibat dalam operasi membanteras pengganas komunis turut hadir.

Mereka ialah Kpl (B) Rosli Adnan yang hilang kedua-dua kakinya; Kpl (B) Hamzah Hassan yang kaki kanannya terputus dari paras lali dan kaki kiri cedera; Kpl (B) Madin Nasir yang lumpuh dari pinggang ke bawah; Kpl. Muhammad Sham Harun yang cacat penglihatan; Kpl (B) Awang Ahmad Yaacob yang kudung tangan kanan dan Mej (B) Ahmad Shafie Abdul Manan yang kudung tangan kanan kerana jerangkap samar.


p/s siapa nak anjur kisah mangsa memali?