Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 31 Mac 2009

Ulasan Berita sikit.




Minggu ni sibuk dan memenatkan... aku ada dua kertas peperiksaan untuk dijawab. Tak sedapnya kertas tersebut berturut turut.. Lagi satu fathi sakit mulut, menurut pengasuh susu pun dia kurang minum. Lagi pula aku ada buat bisnes sikit, jadi komitmen pun nak kena bagi jugak, baru boleh berjaya. Ada dua tiga perkara aku nak sentuh kali ni.
1. DS Najib sah angkat sumpah PM - Malaysiakini
Menurut Malaysiakini lagi jemaah menteri telahpun menerima surat jemputan ke majlis angkat sumpah tersebut. Nampaknya harapan sesetengah pihak untuk melihat DS Najib tidak menjadi PM bakal terkubur, Teori RAHMAN memang betul? Kita tunggu..

2. Lembaga Disiplin Siasat Anggota Tertinggi UMNO yang baru - Mstar
Ha! Nampaknya ada pemenang jawatan tinggi baru UMNO kini disiasat oleh Lembaga Disiplin. Sebelum ni ada pemenang yang disambut dengan laungan rasuah oleh perwakilan sebaik sahaja diumukan sebagai pemenang. Jangan tak ingat TS Isa Samad digugurkan dari jawatan Naib Presiden walaupun merupakan Naib Presiden no satu pada waktu ketika itu. kita tengok siapa yang kena.

3. Polis larang guna nama Altantuya dan pertikai keputusan istana dalam kempen PRK.
Yang ini pun tak kurang menariknya, tapi apa nak takut, tak boleh guna nama Altantuya kita guna nama Allahyarmah Aminah bt Abdullah..ingat tak? Ni lah nama Islam Altantuya yang mati ditembak ketika sedang mengandung dua bulan. Pelik betul aku, arahan siapalah yang polis ni ikut? Dengar cerita masa ditanya arahan siapa, si polis hanya tersenyum.. lu pikirlah sendiri.

4. Kempen kesedaran tentang pemanasan global dengan menutup lampu selama enam puluh minit menapakan kesn jangka pendeknya, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya DS Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan di sini hari ini tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu. Syabas aku nak ucap pada rakyat Malaysia yang ambil bahagian, bukan kerana korang dah ajar /tnb ataupun rugikan mereka, tapi solidariti yang ditunjukan. Malaysia Boleh!!



Ahad, 29 Mac 2009

2 bukit 1 batang catat sejarah

Penamaan calon selesai sudah, tak silap aku ini kali pertama tiga pilihanraya kecil secara serentak dijalankan. Menariknya di tiga buah negeri berbeza. Di Bukit Gantang, pertembunga tiga penjuru. Calon bebas ni betul - betul bebas atau ditaja tak pulak aku tahu, sebelum ni PRK Pernmatang Pauh dan K. Terenganu menyaksikan calon bebas dan AKIM hilang wang pertaruhan, jadi calon ni tak takutkah hilang wang pertaruhan? Tapi dah kalau orang taja, nak takut apa. Menurut seorang responden aku di Bukit Gantang, suasana begitu meriah sekali, penyokong PR lebih dari tiga kali ganda penyokong BN. Paling menarik belon berbentuk kapal selam di apungkan tattaka pemimpin BN sampai sebagai simbolik kes komosen Scorpine. DS Zahid Hamidi mengetuai PRK Bukit Gantang, untuk PR tak tahu lah pulak.
Di Bukit Selambau seramai 15 calon manghantar borang masing -masing. Nampakya terpaksalah SPR mencetak kertas undi sebesar saiz A4. Bukit Selambau menyaksikan rekod tersendiri. Aku kira faktor peratusan pengundi yang tidak terlalu memihak mana - mana kaum dan sejarah bukit selambau yang menyaksikan calon bebas menang keatas calon MIC tahun lalu menyebabkan ramai calon bebas bertanding. Tapi aku tetap yakin yang ada diantara calon bebas tersebut merupakan proksi kepada parti - parti atau tokoh - tokoh tertentu.
Bagi Batang Ai pula, pertembungan sengit satu lawan satu akan dapat disaksikan, PKR meletakan bekas ahli parlimen empat penggal berturut - turut sebagai calon bagi menentang calon BN. Manakala calon bebas menarik diri dan kemudian menyokong caln PKR. Kali ni aku tak berpeluang untuk menjadi pelancong politik dimana mana kawasan PRK diatas. Yelah orang sibuk..

Earth Hour - Kesan jangka panjang dan pendek.

Semalam, sebahagian Kuala Lumpur dan sekitarnya bergelap. Kempen yang dijalankan diseluruh dunia dengan memadamkan lampu selama enam puluh minit bagi memberi kesedaran tentang pemanasan global. Ini kali kedeua program yang lebih dikenali sebagai Earth Hour dikalankan. Kali pertama dua tahun dulu di Sydney Australia. Kesan jangka pendek bolehlah kita bertanya kepada TNB sebagai syarikat terulung dalam pembekalan tenaga elektrik dinegara kita, munkin penurunan memdadak permintaan elektrik selama satu jam tercatat. Kesan jangka panjang, ada yang kata kena tunggu sembilan bulan. Yelah aktiviti apa lagi yang paling seronok kalau suasan gelap? ehem ehhem, aku tak terlibat. Petang semalam semasa dalam perjalanan mengambil isteri aku di seksyen 13, kelihatan iklan besar sambutan hari air sedunia di menara Syabas. Serta merta terfikir munkinkah ada kempen menutup paip air selam sejam, entahlah, apapun aku sokong setiap kempen memberi kesedaran untuk selamatkan dunia ni. Yelah kita bukan mewarisi dunia dari mak bapak nenek moyang kita, tapi kita pinjam dari anak - anak kita. Fathi walid pinjam bumi eh;)

Khamis, 26 Mac 2009

Gimik Shahrir

Datuk Shahrir Samad adalah antara menteri dan MB yang kalah dalam merebut jawatan MT UMNO, Datuk Shahril yang merupakan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam reaksinya, akan meletak jawatan semasa peralihan kuasa antara DS Abdullah dengan DS Najib pada April nanti. Tindakanya ialah kerana beliau berpendapat beliau tidak dipilih kerana prestasi yang tidak memberangsangkan dalam kabinet, katanya lagi pemilihan UMNO adalah tapak yang terbaik bagi perwakilan menilai prestasi anggota kabinet. Antara isu kepenggunaan yang berkaitan ialah ketiadaan stok gula dan kenaikan mendadak harga petrol.

Yolah tu, ekau tahu tak undang - undang? Bilo PM lotak jawatan mako gugurlah kabinetnyo sekali! Kalau ekau ghaso nak lotak jawatan sobab oghang tak pileh ekau, ekau lotak lah sekaghang! Jangan tunggu April..

Selamat Ulang Tahun Mak..

Semalam ulang tahun mak aku yang ke 52, kalau kerja kerajaan pencen lagi tiga tahun. Tapi mak seorang suri rumah yang baik. Seorang isteri yang setia, penyabar dan sanggup berkorban. Bukan senang nak membesarkan enam anak lelaki dan seorang perempuan. Kini aku dah kerja, dah kahwin, dah ada tanggungjawab sendiri, tapi perasaan untuk berbakti dan melihat mak hidup senang sentiasa membara. Ya lah, mak dah lama hidup susah, pernah sakit teruk dan selalu teranianya.
Ya Allah, Kau panjangkanlah umur ibuku, Kau sihatkanlah dia,
Ya Allah, limpahkanlah sifat Ar- RahmanMU, berikanlah kasih sayang pada ibuku.
Ya Allah, aku sayang ibuku, Kau capaikanlah impian dan cita - citanya.
Ya Allah perkenankanlah doa hambaMu yang lemah dan hina ini.
Amin..

Saf Kepimpinan baru UMNO..

Tahniah TS Muhyidin! TS Muhyidin Yassin memaang menepati ramalan untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO, sekaligus bakal menjadi Timbalan Perdana menteri, perwakilan UMNO membuat keputusan tepat bagi membolehkan parti tersebut kembali ke persada perdana. Gabungan DS Najib dan TS Muhyidin sudah tentu mampu memberi sedikit sebanyak semangat baru dan kekuatan lebih - lebih lagi dalam menghadapi PRK Bukit Gantang. Tahniah juga kepada DS Zahid Hamidi, DS Hishammudin dan DS Shafie Apdal yang memenangi jawatan Naib Presiden. Kemenangan DS Hishammudin sebenarnya mengecewakan aku dan ramai penentang PPSMI, Menteri Pendidikan yang masih degil mempertahankan dasar membunuh Bahasa Melayu.. Kemenangan DS Zahid dan DS Shafie pula sudah tentu mampu memperkuatkan UMNO, mereka adalah antara pemimpin UMNO yang berkualiti. Ternyata pemilihan kali ini menampakan garis perwakilan yang mahukan imej UMNO dibaiki. Walaupun banyak laporan rasuah diterima, munkin para perwakilan hanya mengambil habuan tapi sebaliknya memilih pemimpin yang berpotensi dalam memimpin. Bak kata Tok Guru Nik Aziz, bagi ambik, tapi bila pangkah, pangkah PAS...

Rabu, 25 Mac 2009

Tahniah YB Khairy!

Pertamanya tahniah Khairy, nampaknya tiori kembalinya mahadirism tidak berlaku sepenuhnya..
Laporan sebelum ini yang mengatakan pengguguran DS Ali Rustam memberi kesan tidak baik kepada Mukriz ternyata benar. Khairy yang dibebani sebagai antara punca kekalahan BN Mac lalu kini boleh tersenyum puas.. Moga Khairy lebih berdaya maju dan lebih matang.
Kemenangan Khairy bersama Dato Razali bagaikan mengulangi kemenangan DS Ong TeeKiat bersama DS Chua Choi Lek. Regu yang tidak sehaluan.. Kini perbagai teori muncul, Tanda awal PM tidak berundur?

Mengharap Perubahan UMNO..

Aku baru saja balik dari PWTC, dengar secara langsung sambil makan nasi ayam rempah tentang kekalahan TS Rafidah, jeritan dan sorakan perwakilan serta peniaga menceriakan suasana, rata-rata menyambut baik.
Angin perubahan tentang kemenangan DS Shahrizat memang dijangkakan, undian siber serta kajian ilmiah nampaknya tepat sekali. Sepatutnya TS Rafidah bertandig posisi
naib Presiden, Kalau kalahpun, taklah malu sangat. Pergeseran dengan DS Shahrizat juga dapat dielakkan.
Ketua puteri yang baru, Dato Rosnah pula munkin petanda salah seorang naib Presiden UMNO kali ini berasal dari Sabah. Politik Sabah melonjak pasca Mac 08. Syafie Apdal, Bung Mokhtar, Ghafur Salleh, Musa Aman dan kini Rosnah. Malah Gamuda pun dapat projek buat jalan raya dekat Sabah?
Aku tak dapat lama, fathi dah tidur, mesti balik segera, kini aku mengadap komputer sambil mendengar audio steraming radio 24. Menanti dengan penuh minat keputusan sayap ketua pemuda. Laporan tidak rasmi, anak teruna CheDet menang, tapi kiraan semula dijalankan.

Selasa, 24 Mac 2009

Demokrasi bersuara digantung 3 bulan..

Semalam, Harakah dan Suara Keadilan (SK) digantung mandatori oleh KDN, tanpa bicara, tanpa amaran awal.. Maknanya langkah aku bukak blog ni tepat sangat.. aku pun dah lama tak beli surat khabar kertas, nak selamatkan pokok dan duit.. aku baca di laman sesawang sahaja.. dan kini, langkah KDN akan hanya menyebabkan peningkatan ke atas akses akhbar digital.. itu kata aku, tapi kawan aku mumtaz pulak cakap akhbar kertas seperti siasah akan untung besar tiga bulan ni.. ha hahaha.. Apapun imej kerajaan akan hanya bertambah buruk dan rakyat akan bertambah celik, kerana melayari internet lebih banyak maklumat dan banyaklah pekung didada akan dirobek robek nanti.. kita tengok siapa yang kena..

Isnin, 23 Mac 2009

Calon Bukit Gantang..

PRK paling menarik selepas permatang pauh? Krisis Perak yang belum kesudahan, kini DS Nizar diumum bertanding pula.. siapa menang? Terserah pada kebijaksanaan rakyat bukit gantang... Tapi atas kertas nampak sangat DS Nizar akan menang, siapalah sangat calon BN Ismail Sapian? Sedangkan calon sepopular Dato' Wan Farid pun boleh kecundang.
Kalau DS Nizar menang, UMNO haruslah bubarkan DUN Perak, tapi kalau DS Nizar kalah, beliau perlu letak jawatan secara rasmi, tarik balik saman keatas Datuk Zamry dan bantu negeri untuk keluar dari krisis ekonomi, ada berani?

Siapa DS Nizar?
1. Timb. Pesuruhjaya PAS Perak, YDP PAS Kaw. Kampar, ADUN Pasir Panjang, MB Perak ke 10.
2. Jurutera bertauliah lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom
3. Boleh berbahasa dalam empat bahasa dengan baik; Melayu, Cina, Tamil dan English.
4. Mempunyai lapan orang anak dan seorang isteri. Beliau dan anaknya menyaman kerajaan berkaitan isu PPSMI.

Jati diri..

bila orang bukak blog aku, diorang menyampah, buka hp aku,diaorang meluat.. sebab aku guna manual bahasa melayu, bahasa mak bapak nenek moyang aku.. akukah atau diaorangkah yang salah?

dah siap..


malam ni, blog aku dah siap, dengan bantuan isteriku tersayang dan anakku yang tengah tidor