Pengikut Setia - Terima Kasih
Ahad, 29 Mac 2009
Earth Hour - Kesan jangka panjang dan pendek.
Semalam, sebahagian Kuala Lumpur dan sekitarnya bergelap. Kempen yang dijalankan diseluruh dunia dengan memadamkan lampu selama enam puluh minit bagi memberi kesedaran tentang pemanasan global. Ini kali kedeua program yang lebih dikenali sebagai Earth Hour dikalankan. Kali pertama dua tahun dulu di Sydney Australia. Kesan jangka pendek bolehlah kita bertanya kepada TNB sebagai syarikat terulung dalam pembekalan tenaga elektrik dinegara kita, munkin penurunan memdadak permintaan elektrik selama satu jam tercatat. Kesan jangka panjang, ada yang kata kena tunggu sembilan bulan. Yelah aktiviti apa lagi yang paling seronok kalau suasan gelap? ehem ehhem, aku tak terlibat. Petang semalam semasa dalam perjalanan mengambil isteri aku di seksyen 13, kelihatan iklan besar sambutan hari air sedunia di menara Syabas. Serta merta terfikir munkinkah ada kempen menutup paip air selam sejam, entahlah, apapun aku sokong setiap kempen memberi kesedaran untuk selamatkan dunia ni. Yelah kita bukan mewarisi dunia dari mak bapak nenek moyang kita, tapi kita pinjam dari anak - anak kita. Fathi walid pinjam bumi eh;)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama