Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 31 Mac 2009

Ulasan Berita sikit.




Minggu ni sibuk dan memenatkan... aku ada dua kertas peperiksaan untuk dijawab. Tak sedapnya kertas tersebut berturut turut.. Lagi satu fathi sakit mulut, menurut pengasuh susu pun dia kurang minum. Lagi pula aku ada buat bisnes sikit, jadi komitmen pun nak kena bagi jugak, baru boleh berjaya. Ada dua tiga perkara aku nak sentuh kali ni.
1. DS Najib sah angkat sumpah PM - Malaysiakini
Menurut Malaysiakini lagi jemaah menteri telahpun menerima surat jemputan ke majlis angkat sumpah tersebut. Nampaknya harapan sesetengah pihak untuk melihat DS Najib tidak menjadi PM bakal terkubur, Teori RAHMAN memang betul? Kita tunggu..

2. Lembaga Disiplin Siasat Anggota Tertinggi UMNO yang baru - Mstar
Ha! Nampaknya ada pemenang jawatan tinggi baru UMNO kini disiasat oleh Lembaga Disiplin. Sebelum ni ada pemenang yang disambut dengan laungan rasuah oleh perwakilan sebaik sahaja diumukan sebagai pemenang. Jangan tak ingat TS Isa Samad digugurkan dari jawatan Naib Presiden walaupun merupakan Naib Presiden no satu pada waktu ketika itu. kita tengok siapa yang kena.

3. Polis larang guna nama Altantuya dan pertikai keputusan istana dalam kempen PRK.
Yang ini pun tak kurang menariknya, tapi apa nak takut, tak boleh guna nama Altantuya kita guna nama Allahyarmah Aminah bt Abdullah..ingat tak? Ni lah nama Islam Altantuya yang mati ditembak ketika sedang mengandung dua bulan. Pelik betul aku, arahan siapalah yang polis ni ikut? Dengar cerita masa ditanya arahan siapa, si polis hanya tersenyum.. lu pikirlah sendiri.

4. Kempen kesedaran tentang pemanasan global dengan menutup lampu selama enam puluh minit menapakan kesn jangka pendeknya, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya DS Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan di sini hari ini tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu. Syabas aku nak ucap pada rakyat Malaysia yang ambil bahagian, bukan kerana korang dah ajar /tnb ataupun rugikan mereka, tapi solidariti yang ditunjukan. Malaysia Boleh!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama