Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 26 Mac 2009

Gimik Shahrir

Datuk Shahrir Samad adalah antara menteri dan MB yang kalah dalam merebut jawatan MT UMNO, Datuk Shahril yang merupakan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam reaksinya, akan meletak jawatan semasa peralihan kuasa antara DS Abdullah dengan DS Najib pada April nanti. Tindakanya ialah kerana beliau berpendapat beliau tidak dipilih kerana prestasi yang tidak memberangsangkan dalam kabinet, katanya lagi pemilihan UMNO adalah tapak yang terbaik bagi perwakilan menilai prestasi anggota kabinet. Antara isu kepenggunaan yang berkaitan ialah ketiadaan stok gula dan kenaikan mendadak harga petrol.

Yolah tu, ekau tahu tak undang - undang? Bilo PM lotak jawatan mako gugurlah kabinetnyo sekali! Kalau ekau ghaso nak lotak jawatan sobab oghang tak pileh ekau, ekau lotak lah sekaghang! Jangan tunggu April..

1 ulasan:

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama