Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 26 Mac 2009

Selamat Ulang Tahun Mak..

Semalam ulang tahun mak aku yang ke 52, kalau kerja kerajaan pencen lagi tiga tahun. Tapi mak seorang suri rumah yang baik. Seorang isteri yang setia, penyabar dan sanggup berkorban. Bukan senang nak membesarkan enam anak lelaki dan seorang perempuan. Kini aku dah kerja, dah kahwin, dah ada tanggungjawab sendiri, tapi perasaan untuk berbakti dan melihat mak hidup senang sentiasa membara. Ya lah, mak dah lama hidup susah, pernah sakit teruk dan selalu teranianya.
Ya Allah, Kau panjangkanlah umur ibuku, Kau sihatkanlah dia,
Ya Allah, limpahkanlah sifat Ar- RahmanMU, berikanlah kasih sayang pada ibuku.
Ya Allah, aku sayang ibuku, Kau capaikanlah impian dan cita - citanya.
Ya Allah perkenankanlah doa hambaMu yang lemah dan hina ini.
Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama