Pengikut Setia - Terima Kasih
Khamis, 26 Mac 2009
Saf Kepimpinan baru UMNO..
Tahniah TS Muhyidin! TS Muhyidin Yassin memaang menepati ramalan untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO, sekaligus bakal menjadi Timbalan Perdana menteri, perwakilan UMNO membuat keputusan tepat bagi membolehkan parti tersebut kembali ke persada perdana. Gabungan DS Najib dan TS Muhyidin sudah tentu mampu memberi sedikit sebanyak semangat baru dan kekuatan lebih - lebih lagi dalam menghadapi PRK Bukit Gantang. Tahniah juga kepada DS Zahid Hamidi, DS Hishammudin dan DS Shafie Apdal yang memenangi jawatan Naib Presiden. Kemenangan DS Hishammudin sebenarnya mengecewakan aku dan ramai penentang PPSMI, Menteri Pendidikan yang masih degil mempertahankan dasar membunuh Bahasa Melayu.. Kemenangan DS Zahid dan DS Shafie pula sudah tentu mampu memperkuatkan UMNO, mereka adalah antara pemimpin UMNO yang berkualiti. Ternyata pemilihan kali ini menampakan garis perwakilan yang mahukan imej UMNO dibaiki. Walaupun banyak laporan rasuah diterima, munkin para perwakilan hanya mengambil habuan tapi sebaliknya memilih pemimpin yang berpotensi dalam memimpin. Bak kata Tok Guru Nik Aziz, bagi ambik, tapi bila pangkah, pangkah PAS...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama