Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 25 Mei 2010

Kerajaan Kurangkan kadar Tol 30%


11 Jamadil Akhir 1431 H

Malaysia dan Singapura bersetuju mengurangkan kadar tol di Linkedua bagi meningkatkan hubungan darat antara kedua-dua negara.

Persetujuan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La di Singapura hari ini.

Tol di kedua-dua belah Linkedua itu, yang menghubungkan Tuas di Singapura dan Tanjung Kupang di Johor, akan diturunkan pada kadar yang besar, kata kedua-dua pemimpin itu pada satu sidang akhbar bersama di Singapura selepas pertemuan berkenaan.

Kadar baru itu akan diumumkan dalam masa sebulan ini.
Najib berkata beliau dan Lee bersetuju bahawa untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala, hubungan darat antara Malaysia dan Singapura perlu dipertingkat dan dipermudahkan.

Kedua-dua pemimpin itu juga mengumumkan bahawa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri mengenai Iskandar Malaysia, yang ditugaskan meningkatkan perhubungan
antara kedua-dua negara, telah bersetuju mengenai beberapa langkah.

Perkhidmatan bas berjadual antara kedua-dua negara akan digandakan dengan memperkenalkan lapan laluan baru, masing-masingnya empat di setiap negara, antara Pasar Bakti dan Larkin di Johor dan dua pusat percutian (Resort World Sentosa dan Marina Bay Sands Singapore), Boon Lay, Yishun, Newton dan Lapangan Terbang Changi di Singapura.

Perkhidmatan teksi antara kedua-dua negara juga akan dipermudahkan, dengan membenarkan teksi mengambil dan menurunkan penumpang dari mana-mana lokasi dalam laluan domestik berbanding dengan hanya di terminal teksi tertentu.

Mengenai pelancongan, kedua-dua negara sedang mengkaji kemungkinan mengadakan produk ekopelancongan berkembar.

Malaysia dan Singapura akan juga berkongsi pengalaman dan merangka secara bersama pelan membersih sungai sejajar dengan usaha yang dijalankan oleh Iskandar Malaysia.

Nota - Siapakah yang paling untung dalam soal ini?

Rakyat Malaysia dah lama merayu dan merana kerana kadar tol yang tinggi dalam negara!

Dimanakah rakyat didahulukan?

Singapura didahulukan, 1Malaysia didungukan!

Adakah ini satu percubaan
ekstrim UMNO untuk menarik sokongan Cina atau ini sekadar salah satu nasihat APCO?

Khairy tamat latihan askar wataniah



Khairy - Berjaya menamatkan latihan sebagai Askar Wataniah.

Adakah ini bermaksud Pemuda UMNO akan lebih patriotik atau semakin ganas?

Adakah ini bermaksud Khairy terlalu banyak masa setelah tidak dilantik kedalam kabinet?

Khairy, walau ko lulus latihan komando sekalipun tak ada gunanya kerana Tanah Air ini semakin terhakis dengan penyerahan telaga minyak kepada Brunei dan kini Tanah KTMB kepada Singapura.



s.i.n.i

Khamis, 20 Mei 2010

Roti canai, Ayam Goreng, Apam Balik modal jumpa Rosmah


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbual dengan personaliti televisyen terkenal Amerika Syarikat, Martha Stewart (kiri) ketika menerima kunjungan hormat personaliti televisyen terkenal itu di kediaman rasmi beliau di Taman Duta di sini, hari ini. Rosmah berkata dalam kunjungan dua jam itu, Stewart memaklumkan, beliau menggemari makanan tempatan seperti roti canai dan ayam goreng berempah malah turut memuji sikap peramah rakyat negara ini. - foto BERNAMA

Nak biasiswa..terkandas universiti..kena liwat..kena rogol..boleh jumpa Najib.

Nasi lomak sodap..roti canai banjir.. Ayam Goreng...apam balik boleh jumpa Rosmah... hahaahha.. Sesuai dengan orangnya.. bijak..bijak.. owh Malaysiaku..

Ahad, 16 Mei 2010

Utusan yang Meloyakan..

Hari ni bangun je tido. aku terus buka utusan..nak tengok tajuk berita.. ini tajuk hari ini..


Ini tajuk masa BN menang di Hulu Selangor..


Hahahaahaha..kah kah kah kah..
Utusan tak tau nak tulis apa dah...

Sabtu, 15 Mei 2010

Selamat Hari Guru


Sajak Guru Oh Guru - Sasterawan Negara Usman Awang

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Selamat Hari Guru kepada guru-guruku dan guru-guru di seluruh Malaysia. Jasa dan pengorbananmu sentiasa disanjungi.

Nota - Selamat hari guru untuk semua guru yang pernah mengajar aku. selamat hari guru juga kepada isteriku. Tanpa guru siapalah kita

Khamis, 13 Mei 2010

13 Mei & kita


Hari ini 13 Mei, hari yang sepatutnya berlangsungnya persidangan Melayu Bangkit anjuran GERTAK. Namun persidangan ini ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Alasan yang dipercayaai ialah kerana tarikh tersebut.

Ada apa pada 13 Mei? Hari ini 41 tahun dahulu telah berlakunya pertumpahan darah warga. Meragut nyawa dan memusnahkan harta. Memisahkan Kuala Lumpur dari Selangor dan beralih kuasa dari YM Tunku kepada bapa DS Najib. 13 Mei juga menamatkan PERIKATAN dan ditubuhkan Barisan Nasional yang turut mengheret PAS menyertainya.

13 Mei 1969 telah berlaku 12 tahun selepas Tanah Melayu merdeka. 6 tahun selepas terbentuknya Perseketuan Malaysia dan 4 tahun selepas Singapura dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia.

Pertama kali aku mendengar tentang 13 Mei ialah semasa aku berumur 14 tahun. Semasa menuntut ditingkatan dua SMK Tok Perdana Sitiawan. Semasa aku mengikuti latihan persilatan di sebelah petang disekolah tersebut.

Pada petang itu, semasa sesi perkenalan, semasa sesi menyerahkan barang pengeras, Tok Guru silat mula bersyarah, mengapa kami perlu belajar silat, mengapa kami perlu mahir silat. Kerana kami perlu bersedia untuk menghadapi jika berlaku lagi 13 Mei. kerana kami adalah benteng bangsa dan negara yang bersedia mengalirkan darah cina.

Aku tertanya-tanya apakah itu 13 Mei? Masakan aku tidak tahu, sedangkan aku adalah peminat sejarah. Aku acap kali mendapat A dalam mata pelajaran sejarah. Selain itu aku banyak mengetahui sejarah yang tidak dilaporkan hasil dari sikap ingin tahuku, dari cerita ayah dan ibu. Aku memang suka membaca buku-buku lama di rak buku milik ayah. Buku-buku zaman persekolahannya.

Aku bertanya rakan baikku Ahmad, sama ada beliau pernah mendengar tentang 13 Mei? beliau menjawa ya, dari ibunya. Ah..lagilah aku kesal kerana dalam isu ini aku terkebelakang.

Entah bagaimana kemudianya aku terjumpa sebuah buku lama bertulisan jawi, karya YM Tunku bertajuk Sebelum dan Selepas 13 Mei.Puas juga membacanya kerana tulisan jawi dan ayat lama. Melihat gambar-gambar kemusnahan, kematian, perarakan dan tentera.

Sejak itu aku sering mendengar tentang 13 Mei dari perbagai pihak dengan perbagai versi. Ada darinya pengalaman hidup dari seseorang.

Versi yang paling menarik ialah semasa aku mengikuti program membasuh otak di BTN. Penceramah tersebut mengatakan ada satu perjanjian yang hanya boleh didapati di Arkib Negara, yang mengatakan sekiranya Tanah Melayu tidak dapat memerintah dengan baik dalam masa 10 tahun selepas merdeka, maka pihak British akan mengambil alih semula Tanah Melayu. Maka kata si penceramah, nasib baiklah 13 Mei berlaku pada tahun 1969, 12 tahun selepas merdeka, jika tidak pasti negara kita kini dibawah British semula kerana gagal dalam percubaan untuk memerintah sendiri.

Aku yakin ini satu pembohongan. pertama, jika ini benar kenapa tidak disebutkan dalam buku sejarah, mengapa tidak dipelajari di sekolah. Kedua mana buktinya? bahan dalam arkib bukan tidak boleh dibuat salinan apatah lagi oleh agensi kerajaan.

13 Mei telah berlalu, tetapi tidak meninggalkan kita. Acap kali 13 Mei dijadikan bahan oleh pibak tertentu yang kehabisan modal. Satu suruhanjaya perlu dibentuk, menyiasat perkara sebenar disebalik tabir tentang isu ini. Supaya tiada dongeng yang mengaku kononnya melihat dengan mata lantas mengatakan parang bertebangan.. orang cina membunuh melayu..terdapat seruan dalam bahasa cina dalam pawagam yang menyuruh cina keluar dan kemudiannya melayu dibunuh.. tentera sampai dan membunuh rakyat membuta tuli terutamanya cina. Ungkapan-ungkapan ini boleh didengar dengan jelas terutamanya jika kita berbual dengan warga yang berumur 50 tahun keatas, terutamanya dari lembah klang.

Hari ini, 13 Mei datang lagi kepada kita, tetapi kali ini di sambut senyum riang oleh tokei cina bernama Vincent Tan, kerana lesen judi sukan diluluskan untuknya. Seseolah mesin mencetak wang diberikan kepadanya oleh kerajaan pimpinan Melayu yang bernama DS Najib Tun Razak. Dimana dan siapa Vincent Tan semasa 13 Mei 1969 aku tidak tahu, tetapi dimana DS Najib semua orang tahu. Kerana 13 Mei 1969 ayahandanya diangkat meminpin MAGERAN dan kemudiannya Perdana Menteri.

13 Mei tidak akan padam. Ini adalah wang tunai yang sentiasa dalam simpanan. Ini adalah kisah benar yang penuh dengan misteri. Inilah modal yang akan digunakan oleh mereka sama ada dari kerjaan atau pembangkang. Dan kita rakyat terbanyak hanya akan mendengar, dan kemudian merasa marah dan kemudian menanam benci dan kemudian diturunkan kepada generasi kita. Tetapi mereka, menteri-menteri melayu dan cukong-cukong cina sentiasa mewah, terus kaya dan membahagi harta negara sesama mereka.

Siapakah kita? Cukong atau Menteri? yang pasti aku adalah marhain..

Selasa, 11 Mei 2010

Polis ugut ISA untuk Isu Allah - Bagaimana 13 Mei?



Pilihan raya Sibu, isu 'Allah' tak dibenarkan


Semua parti politik diarahkan supaya menghentikan penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu pada Ahad ini.


Arahan itu dikeluarkan oleh pihak polis menerusi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Huzir Mohamed yang berkata ia isu yang sensitif.
"Perkara ini telah diselesaikan tetapi ada yang mengeksploitasikannya sekali lagi. Ia adalah isu sensitif dan semua yang terlibat mesti berhenti daripada membangkitkannya," katanya.

Beliau juga memberi amaran, mereka yang mengengkari arahan itu boleh ditahan atas tuduhan menghasut atau juga didakwa menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Saya nasihatkan semua parti untuk menghentikan isu itu serta merta. Jangan timbulkan sebarang masalah,” katanya pada sidang media hariannya di Sibu, hari ini.

Huzir berkata, setakat ini polis memantau 40 kempen dan mengeluarkan 101 permit untuk ceramah kepada kedua-dua pihak (Barisan Nasional dan DAP). Tiada permohonan permit ceramah daripada calon bebas Narawi Haron.

Beliau berkata, polis menerima tiga aduan berhubung kempen pilihan raya kecil itu tetapi berdasarkan siasatan ia didapati tidak kukuh.

Kedua-dua parti - BN dan DAP yang terbabit pada pilihan raya ini mengheret isu agama dalam kempen masing-masing.

DAP menimbulkan isu penggunaan kalimah 'Allah' di kalangan bukan Islam, khususnya di kalangan penganut Kristian manakala BN yang diwakili oleh SUPP membidas pembangkang berhubung debat menubuhkan negara Islam.

Isu agama itu dijaja oleh semua pihak yang bertanding bagi memancing undi masyarakat Kristian yang di kerusi parlimen Sibu.

Tidak kurang 53 peratus pengundi Sibu termasuk di kalngan pribumi dan Cina adalah penganut Kristian.

Sementara itu, Huzir berkata beliau telah memberi arahan kepada anggotanya untuk menahan mereka yang menggunakan kenderaan untuk berkempen melalui pembesar suara di jalan raya, tanpa mengira daripada parti politik mana.

Beliau berkata, tindakan seumpama itu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

"Ia boleh digunakan jika kenderaan itu tidak bergerak dan di kawasan yang dikhaskan untuk ceramah," katanya.

Nota - Wahai encik polis, takkan isu Allah sahaja, bagaimana dengan isu 13 Mei oleh Bangkit dan Gertak. Ini kali kedua dalam tempoh seminggu isu 13 Mei dibangkitkan. Kali pertama dalam bulan ini ialah oleh D. Azhar ADUN Penaga di Persidangan DUN P. Pinang semasa mengulas isu polis menembak mati remaja 15 tahun di Shah Alam. Penulis juga ingin bertanya bagaimana dengan Isu negara Islam yang dimainkan BN di Sibu? Bertindak biarlah adil. Jangan dilihat sebagai penyelamat BN pula. Isu 13 Mei lebih perkauman dan mengancam dari isu Allah.

Isnin, 10 Mei 2010

Jual saham arak hanya jika untung?



Perkeso memeli saham arak ketika dibawah pemerintahan Pak Lah Islam Hadhari

Perkeso akan lupus saham dalam syarikat Carlsberg
Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2010/05/11

Pertubuhan tunggu tawaran berpatutan elak pencarum rugi

PUTRAJAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melupuskan pegangan sahamnya di dalam syarikat minuman keras Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg), sekiranya harga yang ditawarkan adalah berpatutan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, K Selvarajah.

Katanya, beliau juga sudah diberi mandat oleh Lembaga Pengarah untuk melupuskan saham itu tetapi ia bergantung kepada keadaan pasaran semasa.

“Saham ini (Carlsberg) dibeli secara berperingkat-peringkat pada 2005 kerana dividen yang diterima adalah tinggi dan menguntungkan.

“Bagaimanapun, setahun selepas itu panel penasihat pelaburan memutuskan melupuskan pegangan saham dalam syarikat minuman keras itu, namun keadaan pasaran tidak mengizinkan kami berbuat demikian ketika itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Selvarajah berkata, keadaan diburukkan lagi apabila kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada 2008 menyebabkan harga saham merosot.

Justeru, katanya, Perkeso terpaksa mengambil langkah berhati-hati sebelum melupuskan saham Carlsberg itu, bagi mengelakkan pencarum menanggung kerugian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan pihak tertentu yang mahu Perkeso, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, itu menarik balik pelaburannya dalam syarikat minuman keras Carlsberg.

Malah, Perkeso juga diminta memberi penjelasan berhubung pembabitannya sebagai pemegang saham dalam syarikat berkenaan memandangkan 90 peratus kakitangannya dan sebahagian besar pencarumnya adalah beragama Islam.

Difahamkan laporan tahunan Perkeso bertarikh 25 Februari lalu, mencatatkan agensi itu mempunyai sebanyak 2,155,700 saham dalam Carlsberg, menjadikannya sebagai pemegang saham yang kelima terbesar daripada 30 syarikat.

Sehubungan itu, Selvarajah meminta semua pihak tidak mensensasikan isu terbabit berikutan ia adalah isu lapuk dan Perkeso sendiri sudah lama memutuskan untuk tidak terbabit dalam syarikat seumpama itu.

Nota -

Mengapakah Perkeso tidak meneliti terlebih dahulu sebelum membeli saham tersebut? Bukankah semasa itu Malaysia dibawah Islam Hadhari?
Mengapa perlu tunggu harga naik? Dimanakah majlis fatwa kebangsaan? dimanakah D. Khir Baharom? dimanakah TS Harus Sani?

Bukankah ketika perintah arak diturunkan, semua sahabat bertindak memcahkan dan membuang arak dalam simpanan mereka sehingga mengalir bagaikan sungai? Mengapa perlu tunggu untung?


PERSOALAN berhubung pengharaman arak dibahaskan oleh ilmuwan Islam sejak dulu lagi. Ulama sepakat di dalam menghukum bahawa meminum arak adalah haram di sisi hukum syarak.

Pengharaman arak sebenarnya dilakukan secara berperingkat melalui penurunan empat ayat al-Quran iaitu:



Ayat 67, surah al-Nahl.

Firman Allah bermaksud: “Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya.”

Ayat ini diturunkan ketika di Makkah di mana di dalam ayat itu Allah belum lagi menjelaskan pengharaman arak dan masih boleh diminum ketika itu.


Ayat 219, surah al-Baqarah.

Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."

Ayat kedua ini menjelaskan perbezaan di antara baik dan buruk arak. Ia juga menjelaskan bahawa dosa arak adalah lebih besar daripada manfaatnya.


Ayat 43, surah an-Nisa'.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu bersembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..."

Ayat ketiga ini pula melarang umat Islam ketika itu meminum arak tatkala hampir waktu untuk bersolat. Perkara ini berlaku kerana imam sembahyang ketika itu dikatakan telah tersalah membaca ayat al-Quran kerana berada dalam keadaan mabuk. Maka turunlah ayat ketiga di atas.


Ayat 90, surah al-Maidah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Ayat keempat ini mengharamkan arak secara sekali gus. Jumhur fuqaha mengharamkan arak disebabkan ia adalah najis dan memabukkan.

Ayat ini adalah dalil yang putus mengenai pengharaman meminum arak.

Ayat terdahulu walaupun dilihat sebagai mengharuskan penggunaan arak, namun seseorang Muslim hendaklah mengetahui ilmu al-Quran sebelum mengistinbat (mengeluarkan) hukum daripadanya.

Al-Quran tidak boleh ditafsirkan mengikut logik akal semata-mata kerana banyak kaedah yang perlu dihayati di dalam kita mencapai sesuatu hukum.

Mengkaji al-Quran memerlukan ilmu yang mendalam dalam bidang usul fiqh, kaedah fiqh dan sebagainya.

Dengan hanya membaca terjemahan dan tafsir al-Quran yang diterjemahkan tidak dapat membantu sepenuhnya di dalam memahami kehendak al-Quran itu sendiri.

Penguasaan bahasa Arab yang kuat juga dapat membantu memahami ayat al-Quran dalam erti kata sebenar. Bahasa al-Quran itu sebenarnya penuh dengan gaya bahasa yang tinggi dan seni yang amat menakjubkan.

Sebenarnya dengan turunnya ayat yang keempat di atas, ayat yang terdahulu telah dimansuhkan dari segi hukumnya. Ini bermakna kesan hukum ayat terdahulu tidak boleh dipakai lagi kerana ia telah dimansuhkan oleh ayat yang keempat di atas.

Pengharaman arak dibuat secara berperingkat ketika zaman Rasulullah SAW kerana masyarakat Arab ketika itu agak sukar meninggalkan arak yang sudah menjadi adat kebiasaan mereka.

Sekiranya arak diharamkan secara sekali gus tentulah amat menyukarkan orang Arab menerima Islam ketika itu dan Islam tidak akan berkembang. Inilah kehebatan hukum hakam Islam yang mengambil kira faktor adat dan budaya sesuatu kaum itu.

Namun, aplikasi hukuman berperingkat-peringkat seperti ini tidak boleh dibuat lagi ketika ini kerana hukum meminum arak ini telah diputuskan dengan turunnya ayat keempat itu.

Sebagai perbandingan dengan undang-undang semasa, apabila sesuatu undang-undang itu dipinda, apakah kita boleh mengikut undang-undang yang lama atau undang-undang yang baru?

Begitulah juga keadaannya di dalam isu pengharaman arak ini. Hukuman yang terkini ialah arak itu haram dan hukuman ini telah memansuhkan hukuman lain yang menyatakan arak itu ada sedikit manfaat dan sebagainya.

INTI PATI

Ulama sepakat di dalam menghukum meminum arak haram di sisi hukum syarak


Pengharaman arak sebenarnya dilakukan secara berperingkat melalui penurunan empat ayat al-Quran


Pengharaman arak dibuat secara berperingkat kerana masyarakat Arab ketika itu agak sukar meninggalkan arak yang sudah menjadi adat kebiasaan mereka


Sekiranya arak diharamkan secara sekali gus tentulah amat menyukarkan orang Arab menerima Islam ketika itu dan Islam tidak akan berkembang

Jumaat, 7 Mei 2010

Perkasa - Perkosa -2

Ciri - Ciri orang munafik

1. Bila bercakap dia bohong
2. Bila berjanji dia mungkir
3. Bila diberi amanah dia kianat
4. Bila bergaduh dia melangpau

Jika mempunyai salah satu dari ciri-ciri tersebut, maka seseorang itu dikira sebagai munafik.

Ibrahim Ali adalah calon PAS pada PRU 2008. Beliau sebenarnya telah ditolak rakyat dan UMNO. Kalah pada PRK Pengkalan Pasir dan hilang wang deposit. Berjanji untuk mmebantu PAS, PAS tidak letakkan calon lain walaupun sebelum itu kawasan tersebut diwakili PAS. Ibrahim Ali telah berbohong pada PAS, mungkir janji dan kianati amanah rakyat!

Kini Ibrahim Ali sanggup untuk memerangi kawan lamanya semasa di ITM, D. Zaid Ibrahim. Beliau sifatkankan Zaid kaki botol, ronggeng dan bukan Melayu semata-mata untuk menangkan calon MIC. Beliau berucap sebagai Presiden Perkasa! s.i.n.i

Ibrahim Ali BAPAK munafik!!

Parkasa - Perkosa - 1

Tulisan D. Zaid Ibrahim telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan titah sultan selangor berkenaan tidak boleh berpolitik dalam masjid adalah pendapat peribadi semata-mata atau nasihat sahaja dan bukannya satu arahan kerana Sultan atau Raja di Malaysia mengamalkan sistemRaja Berpelembagaan. Dengan kata lain raja-raja terikat dengan undang-undang dan bukannya seperti dahulu apabila titah menjadi undang-undang.
Walaubagaimanapun pelik lagi ajaib apabila terdapat bukti yang UMNO/BN menggunakan masjid, tiada pula tindakan atau kenyataan dari MAIS
Kenyataan ini telah mengundang demontrasi haram oleh PERKASA. Ketua Wira Perkasa mengamuk dan menghalau orang-orang PKR keluar dari Selangor jika tidak dapat menurut perintah Sulatan Selangor. Penakiri sekali ingin tegaskan jika tidak dapat ikut perintah Allah maka keluarlah kamu dari bumi Allah. Takkan isteri ketua wira perkasa tak tutup aurat, tak takot Allah kot?

Satu lagi persoalan yang timbul kenapa polis tidak ambil tindakan menyuraikan perhimpunan tersebut? Faktanya balai polis adalah sebaris dengan pejabat PKR. Takkan dapat permit untuk berhimpun dalam masa yang singkat?

Selasa, 4 Mei 2010

SPR tidak perlu Mafrel - Rakyat Malaysia Perlukan!!




SIBU - Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seumpamanya tidak diperlukan untuk menjadi pemerhati bebas kepada perjalanan pilihan raya kecil kerusi Parlimen (PRK) Sibu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, SPR sudah menyediakan langkah terperinci bagi memastikan pilihan raya itu dapat dijalankan secara adil dan telus.

“Mafrel tidak diperlukan di pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini dan kita juga tidak memerlukan mereka sebagai pemerhati di pilihan raya kecil Sibu.

“Kita sudah membentuk enam pasukan penguatkuasaan dan wakil-wakil calon yang akan bertanding dijemput sebagai anggotanya,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu ditetapkan pada 8 Mei dan hari pengundian pada 16 Mei, jika ada pertandingan.

"SPR mengadakan taklimat kepada semua yang terlibat dengan pilihan raya itu.

"Penyertaan wakil-wakil calon bertanding akan membolehkan mereka menjadi pemerhati di pusat pengundian, pusat pengiraan dan memantau proses berkempen," katanya.

Menurut Ahmad, SPR mengiktiraf peranan Mafrel dalam sembilan pilihan raya kecil sebelum di Hulu Selangor, tetapi ia gagal menghantar sebarang maklum balas atau laporan kepada SPR.

“Pengundi atau calon tidak perlu bimbang kerana kita sudah melaksanakan 12 pilihan raya umum dan lebih 300 pilihan raya kecil selama ini dan kita juga sentiasa mengemas kini sistem kita.

“Penyertaan wakil calon dalam pasukan penguatkuasaan kita sudah memberi jaminan mengenai keadilan dan ketelusan,” katanya.

Ahmad turut mengingatkan semua calon dan wakil mereka supaya memiliki pengetahuan mengenai peraturan dan undang-undang pilihan raya. - s.i.n.i


P/s- Kami tidak perlukan di Hulu Selangor dan kini tidak perlukan di Sibu... Ye betul, strategi di Hulu Selangor dah kena. Hari pertama gantung gambar togak arak.. hari kedua gantung gambar pengkianat negara... selagi tak di laporkan buat tak reti..bila orang PKR ambil tindakan sendiri kena tangkap dengan polis.. s.i.n.i

Anwar khianati kawan - Malaysia sekutu Amerika/Yahudi




Dipetik dari Utusan - Penyesat Fikiran Rakyat
KUALA LUMPUR 4 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.

Melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Katanya, beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.

Dalam tulisan bertajuk "The Reversal of Anwar Ibrahim", Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.

Katanya, ini bukan kali pertama "beliau mengambil jalan ini" dan beliau "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata, beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.

Motte berkata, beliau berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.

Katanya, sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dan menghabiskan masa sejak 10 tahun lepas bagi menampilkan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat.

"Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara.

''Beberapa tahun lepas, beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz — sebagai suatu cara untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.

"Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore — yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya — terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila beliau dikritik.

"Beliau adalah antara tokoh hebat dari Barat yang tidak boleh dibeli — tetapi seseorang itu boleh rapat dengan beliau sekiranya beliau bermusuh dengan pihak tertentu dan mempunyai hubungan dengan media yang berpengaruh dalam Beltway (perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sebahagian daripada sistem politik Amerika sebenar atau yang dibayangkan dan mengambil sempena nama lebuh raya antara negeri yang melingkari ibu negara Amerika)," kata penulis itu.

Motte berkata, hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah "Anwar Ibrahim." "Tapi, adakah apa yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tentang dirinya di luar Malaysia sama dengan tindakan yang dilakukannya di negaranya sendiri?," tanya penulis itu.

Motte berkata, apabila berada jauh dari CNN, Al Gore dan Johns Hopkins, Anwar menampilkan dirinya sebagai penghasut yang menyemarakkan semangat anti-Amerika dan anti-Yahudi.

Kata Motte lagi, "dalam mencari siapa yang boleh dijadikan rakan Amerika di dunia Islam, memang sukar untuk membezakan antara kawan yang baik dan kawan yang jahat."

"Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika," katanya bagi merujuk kepada Anwar.

Motte berkata, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.

Penulis itu mengulangi kenyataannya bahawa memang sukar untuk meneka siapakah yang boleh dijadikan kawan oleh Amerika di dunia Islam, selain Raja dan Permaisuri Jordan, beberapa orang di Emiriyah Arab Bersatu dan keluarga diraja Saudi.

"Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat," katanya.

Motte berkata, kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.

Malah, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.

Katanya, nama baik Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam yang stabil dan berpendirian sederhana begitu menyerlah pada dekad ini hasil usaha keras dan kepimpinan perdana menterinya sekarang dan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi. - BERNAMA

P/S - Artikel ini jelas mengakui yang Malaysia sekarang adalah sekutu Amerika dan Israel

1. Malaysia sekat gasolin ke Iran
2.Malaysia hantar pasukan tentera ke Afganistan
3. Zahid Hamidi nafi bantu Palestin

Isnin, 3 Mei 2010

Forum Awam - MODEL EKONOMI BARU: SUATU CABARAN PERUBAHAN




ANDA DIJEMPUT ....


MODEL EKONOMI BARU: SUATU CABARAN PERUBAHAN

Forum Awam anjuran Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) & LLG Cultural Development Centre

Tarikh: 12 Mei 2010 (Rabu)
Masa: 8.00am - 10.30mlm
Tempat: Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan Utama MBPJ, Jalan Yong Shook Lin

Ahli Panel:
1. Dr Toh Kin Woon,
Fellow Penyelidik Kanan Socio Economic and Environmental Institute (SERI)

2.Prof Norma Mansur,
Ketua Setiausaha Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC)

3.Prof Edmund Terence Gomez, Universiti Malaya

4.Prof Shanthi A/P Thambiah, Universiti Malaya


Moderator: Ng Yap Hwa,

Medium Forum: Bahasa Malaysia and English
Kemasukan Percuma!!!!!!!!!!!!!

Maklumat lanjut, sila hubungi Medecci Lineil at 03- 77844977 / 016 2208784

Sabtu, 1 Mei 2010

Isu Pengislaman orang Asli..

The Nut Graph melaporkan satu rencana tentan pengislaman orang asli oleh kakitangan Hospital Orang Asli Gombak dengan cara yang mengelirukan dan tanpa kehendak diri orang asli tersebut.

Isu ini merupakan satu isu yang sensitif kerana melibatkan agama. Sebagai seorang islam, yang terdidik dengan ajaran islam dan memahami dengan baik tentang islam, saya menentang sekeras-kerasnya cubaan untuk mengislamkan seseorang dengan cara yang tidak betul. Dengan tipu daya dan mengelirukan.

Tiada paksaan dalam beragama - itu adalah janji Allah s.w.t. didalam al-Quran

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.[2.256]

Allah itu maha berkuasa lagi mah mengetahui, Dialah yang menciptakan segalanya.

“Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Ia menjadikan manusia umat yang satu. Tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menetapkan mereka.” (Hud: 118-119

“Kalau Allah menghendaki tentu saja Allah menjadikan mereka semua petunjuk, sebab itu janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang jahil.” (Al-An’am: 35)


Allah tidak akan memasukan seseorang itu kedalam syurga semata-mata kerana IC nya tertulis agamanya islam. Seseorang ke syurga kerana rahmatNya.

Islam dan mengucap kalimah shahadah hendaklah dilakukan dengan rela dan difahami dengan baik.

Saya menyeru pihak berwajib menyiasat kisah Angeh dari laporan The Nut Graph ini. Sama ada ini merupakan satu laporan palsu atau benar-benar terjadi.

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

"Orang mukmin senantiasa berada di antara lima ancaman berat, yaitu mukmin yang mendengkinya, munafik yang membencinya, kafir yang memeranginya, syetan yang menyesatkannya, dan nafsu yang melawannya." (Hadits ini dikeluarkan oleh Abu Bakar bin Lai dari Hadits Ana dalam Makarim Al-Akhlak).


Saya risau jika laporan in merupakan satu niat jahat untuk memburukan nama baik Islam. Oleh itu, JAKIM dan JAIS perlu segera menyiasat perkara ini dengan jujur dengan niat untuk mempertahankan Islam dan membetulkan keadaan serta mengambil langkah perlu untuk pencegahan dimasa depan.


Sekiranya benar, saya khuatir:

1. Akan berlaku konflik undang-undang. Contohnya jika berlaku pelanggaran dalam undang-undang syariah negeri seperti meminum arak dan berjudi, sedangkan orang tersebut tidak memeluk islam dengan kemahuannya atau dilahirkan sebagai islam. Sudah tentulah ini akan menjadikannya satu penaniayaan dan seterusnya individu tadi akan mengangap undang-undang Islam sebagai zalim.

atau

yang lebih besar sekiranya orang itu ingin berkahwin dengan bukan islam dan tidak pula mengikut perkahwinan islam sebaliknya menjadi murtad, padahal orang tersebut sememangnya bukan islampun. Kemudian terjadi kematian yang menyebabkan perebutan hak pengebumian.

Terdapat satu kes di P.Pinang dimana seorang perempuan Cina ingin keluar dari Islam setelah bercerai dengan seorang lelaki asing (Iran jika tidak silap). Perempuan Cinan itu ingin berkahwin lain,tetapi status Islam pada IC nya telah menyebabkan ianya menjadi sukar. Kes ini walaupun dimenangi oleh wanita cina tersebut (memang patutpun) tetapi telah menimbulkan konflik dikalangan pengamal undang-undang syariah. Samaada boleh untuk seorang peguam syarie bertindak membantu seseorang untuk murtad? Adakah boleh seorang hakim syariah bertindak membenarkan murtad walaupun al-Quran dan Hadis tidak membenarkannya. Belum lagi dikira dengan kes perebutan untuk mengebumikan jenazah, samada dia seorang Islam dari segi agama di IC nya atau amalannya. Terdapat juga kes ini yang berlaku di N9 (yang dimenangi oleh keluarga bukan Islam Nyonya tahir?) dan lain-lain negeri.

2. Persoalan yang kedua ialah adakah penolong pegawai farmasi tersebut serta rakan-rakannya mendapat motivasi kewangan sehingga sanggup menipu untuk mendapat orang yang memeluk islam, saya juga masih ingat tentang misi DS Khir Toyo mengislamkan bumiputera di Sabah, adakah modus oerandi ini juga yang digunakan. JIka ya, ianya hanya merosakan nama baik Islam.

PerlembagaanKU - Merakyatkan Perlembagaan




Jumaat minggu lepas (23/04/10) aku telah menghadiri mensyuarat Perlembagaanku di bangunan Majlis Peguam. Wah, Majlis Peguam tu, sebenarnya aku sendiri keliru bagaimana boleh aku dijemput kesana, jemputan melalui email, mungkin aku lupa yang aku telah mendaftarkan emailku untuk aktiviti tersebut. Aku keseorangan disana, dalam email balas yang aku terima, ramai ahli jawatankuasa baru yang akan menyertai mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tersebut bukanlah baru, cuma aku adalah ahli baru. Aku telah beberapa kali mendengar tentang kempen perlembagaanku ini dari facebook , TV Selangor dan surat khabar.

Aku sangkakan ramainya ahli baru nanti bolehlah aku sertai mereka, tapi jangkaanku meleset kerana yang hadir ini kebanyakannya ahli yang saling kenal mengenali, jadilah aku seorang yang keseorangan dalam keramaian. Ramai mereka memandang pelik aku. Yelah tetiba masuk dalam satu mesyuarat peringkat kebangsaan yang pastinya penting. Aku rasakan macam kera sumbang, masakan tidak aku sebagai ahli baru dari satu-satunya organisasi yang sangat berlainan sifatnya dengan ahli lain yang hadir, selain itu mereka menggunakan bahasa Inggeris yang aku kurang yakin dalam menggunakanya.

Selain dari itu aku sendiri masih gagal untuk memahami tentang perlembagaan itu sendiri. Aku patut hadir ke kempen perlembagaanku dan bukannya mesyuarat bagaiamna membuat kempen perlembagaan perseketuan agar difahami rakyat. Tapi apapapun aku suka dengan mesyuarat dan kempen ini. Perlembagaan Perseketuan merupakan indang-undang tertinggi negara yang wajib difahami dan dituruti oleh warga perseketuan.
Ini juga peluang untuk aku mempunyai lebih ramai kawan dari perbagai organisasi.

Kesal.

Tapi sampai sekarang aku kesal. Pertamanya mesyuarat yang berlangsung dari jam 6 petang dan berakhir jam 8.30 malam ini telah menyebabkan aku tertinggal solat Magrib. Aku sebenarnya cuba untuk menunaikan solat bila masuk waktunya, tetapi aku gagal mencari surau untuk tujuan itu walaupun aku keluar sebentar mencarinya. Hadirin Islam yang lain juga seolah-olah tidak mengendahkan Magrib yang singkat itu.

Selepas tamat mesyuarat, sesi bergambar diadakan, ada seorang gadis bernama Fir agak lambat, bila ditanya oleh Saudara tim pengerusi, maka menjawb saudari Fir, soaltlah.. Oh ada juga yang bersolat, nanti sekiranya ada lagi mesyuarat, aku akan minta mesyuarat ditangguhkan lima minit untuk bersolat. Bukankah Islam adalah agama perseketuan?



Kekesalanku yang kedua ialah dalam penggunaan bahasa. Menurut Hishamudin Rais dalam artikelnya yang terbaru sejarah hulu Selangor, kegagalan banyak kempen oleh NGO di Malaysia adalah kerana faktor bahasa yang digunakan. Bahasa mesyuarat yang digunakan ialah bahasa Inggeris, aku akui yang aku agak lemah dalam penggunaan bahasa ini. Bahasa Melayu adalah bahasa perseketuan walaupun tidak menafikan bahasa lain. tetapi jika kita melihat sekeliling, terutamanya di dunia profesional(doktor,peguam,korporat dll) dan glamer (artis), bahasa inggeris adalah bahasa utama selain itu bahasa inggeris juga merupakan bahasa utama apabila bangsa selain Melayu bertemu contohnya bila Melayu bercakap dengan India atau Cina atau Cina bercakap dengan India.
Alasan yang selalu diberikan ialah kurang mahir berbahasa Melayu. Isu ini terjadi kerana kurangnya menggunakan bahasa Melayu! Oleh itu kita mesti kerap menggunakan bahsa Melayu, sesuai dengan sifatnya sebagai bahara rasmi perseketuan dan bahasa perpaduan. Tetapi sebenarnya saudara pengerusi ada bertanya adakah beliau perlu bercakap dalam bahasa melayu, ahli mesyuarat menyambut tidak perlu. Itu yang aku kesalkan kerana gagal untuk bertindak mempertahankan perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sepatutnya aku katakan ia..perlu. (dengan tegas) Aku kesal dengan diri sendiri.

Sebelum balik beberapa ahli mesyuarat menegurku dan meminta untuk aku jalankan kempen ini diorganisasiku. InsyaAllah, perkara yang baik akan aku usahakan. Tapi sebelum tu, aku sendiri mesti mahir dan faham tentang perlembagaan perseketuan ini terlebih dahulu.

Politik dalam Masjid



Sultan Selangor telah bertitah bahawa sesiapa yang tak setuju dengan undang-undang Negeri Selangor, jangan datang ke Selangor.Kenyataan ini jelas merujuk kepada TG Nik Aziz, setelah Nik Aziz mengatakan larangan untuk bercakap politik didalam masjid adalah warisan dari penjajah. Kenyataan Nik Aziz dikeluarkan semasa PRK Hulu Selangor bilamana menjawab soalan wartawan tentang politik didalam masjid. Kenyataan Nik Aziz juga adalah umum tanpa merujuk kepada DYMM Sultan Selangor. Tetapi tentu sekali Sultan Selangor terasa dengan kenyataan tersebut setelah baginda terlebih awal menitahkan polis bertindak tegas terhadap mereka yang berkempen didalam masjid.

D. Mahfuz Omar AP Pokok Sena ketika ditanya wartawan tentang titah terbaru Sultan Selangor itu, sekadar bersetuju. Mahfuz yang terkenal kerana selama ini dilihat lantang mempertahankan parti, tetapi kini sekadar memberi jawapan selamat. Jawapan yang tegas dan jujur dikeluarkan oleh AP Shah Alam Ir Khalid Samad. s.i.n.i.
Ternyata Khalid Samad sentiasa berada dalam kelasnya.

Bagi penakiri, perlu dijelaskan sama ada bercakap politik didalam masjid yang tidak bolehkah atau berkempen politik partisan yang tidak boleh. Ini adalah penting kerana jika tidak boleh bercakap politik didalam masjid, maka kita telah menyempitkan islam itu sendiri. Malah yang lebih besar sekiranya fahaman islam dan politik itu berasingan dikuatiri boleh terjejas akidah. Inilah (akidah ) yang lebih penting untuk Sultan sebagai ketua agama negeri untuk menjaganya.

Adakah salah untuk seorang ustaz mengajak ummat memilih pemimpin yang adil, bersi, tidak rasuah, yang mengikut perintah Allah? Salahkah ulama' mengajarnya makmum masjid ciri-ciri pemimpin dan kerajaan yang mendapat rahmat Allah? Berdosakah jika Imam menyeru kezaliman, ketidak adilan ditolak? Percayalah paderi didalam gereja juga mneyeru para penganut kristian memilih parti yang bersih terutamanya setiap kali menjelang pilihanraya!

Disini catatan dari blogawan lain berkenaan isu ini.
Penulis setuju dengan titah Sultan Selangor bahawa sesiapa yang tak setuju dengan undang-undang Negeri Selangor, jangan datang ke Selangor. TAPI persoalanya ialah, undang-undang yang bagaimana? Adakah yang hanya berkait kononya "tidak boleh guna masjid untuk cakap politik saja?" Bagaimana jika yang datang ke Selangor untuk berzina, minum arak, berjudi, makan rasuah, tipu harta rakyat dan berbagai lagi itu dibolehkan?

Ingatlah, ini bumi dan seisinya kepunyaan Allah, milik Allah dan hak Allah yang mutlak. Allah telah berfirman dalam kitabnya yang suci, bahawa barangsiapa yang tidak mahu tunduk, tidak mahu akur dan cuba mengambilalih kuasa dan hak Allah, sila keluar dari bumi Allah ini dan rekaciptalah satu bumi lain mengikut kehendak kamu, dan disana kamu boleh berseronok sakan tanpa siapa boleh larang, mampukah?

Adalah suatu yang mengaibkan dan menghinakan apabila hukuman yang berkaitan dengan hak Allah seperti minum arak diambilalih oleh manusia yang juga peminum arak. Kini sesiapun sudah boleh minum arak, nak berzina, nak berjudi, nak membunuh secara terang-terangan kerana mahkamah tidak boleh buat apa. Si pesalah boleh mengadap Sultan untuk memohon ampun dari dikenakan tindakan undang-undang. Kenyataan Menteri Agama dan beberapa orang pemimpin UMNO/APCO bahawa sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan keputusan Sultan seolah memberi amaran dan menghina bukan saja kepada rakyat bahkan seolah-olah ditujukan kepada Allah dan Rasul juga. Atau dengan kata lain "Allah dan Rasul jangan nak pertikai keputusan Sultan mengampunkan peminum arak itu, itu hak dan kuasa Sultan", lebihkurang begitulah. Kenyataan Mufti Perak pula seolah-olah bersetuju dengan keputusan Sultan itu dengan memberi alasan bahawa enam rotan bukanya hukum hudud.

Sepatutnya beliau menasihatkan Sultan yang kononya Ketua Agama supaya meminta Mahkamah Syariah menghukum dengan 80 rotan seperti yang diperintah oleh Allah, bukanya bersetuju hukuman 6 rotan dibatalkan dengan alasan enam rotan bukanya termasuk dalam hudud.

Mudah sungguh si Mufti ni mencari alasan untuk melarikan diri semata-mata kerana takut dengan Sultan lebih dari takutkan Allah.

Jadi sekiranya perintah Sultan mengatasi segala-galanya, yang wajib dipatuhi, mesti ikut, tak boleh bantah dan derhaka sehinggakan mengatasi taat dan patuh pada perintah Allah dan Rasul, maka elok sajalah pada sesiapa yang hidupnya bergelumang dengan maksiat, kezaliman, penindasan, penipuan dan berbagai kemungkaran lagi, keluar saja dari bumi ALLAH ini dengan segera. Kerana dengan ketiadaan golongan sebegini, barulah orang yang beriman hidup aman dan tenteram.

Jika ada golongan sesat mencadangkan agar di tarik taraf kerakyatan pada sesiapa yang derhaka pada Sultan, maka elok jugalah ditarik taraf "manusia nya" dari golongan yang derhaka pada Allah dan Rasul, samada keluar dari bumi Allah atau berdoa pada Allah supaya ditukar atau dijadikan setaraf dengan makhluk di rimba atau di zoo.

Amaran Allah bahawa Yahudi adalah bangsa yang dilaknat, yang jahat dan penipu, tiba-tiba UMNO pula berkawan dan menjemput mereka datang ke Malaysia bahkan turut mempromosi Negara Yahudi itu di MITI. Kini UMNO adalah sebahagian dari Yahudi. UMNO juga adalah cawangan Yahudi di Malaysia. Insyaallah, di akhirat kelak puak UMNO akan Allah bangkitkan dan dikumpulkan bersama puak Yahudi ini dan dicampakan ke dalam neraka yang sama dengan Yahudi kerana sebagai balasan berkawan dan berbaik-baik dengan Yahudi semasa di dunia sehinggkan sanggup menghina dan mengenepikan syariat Allah dan menghina ulama semata-mata untuk menjaga hati Yahudi dan berlutut dengan Yahudi s.i.n.i