Pengikut Setia - Terima Kasih

Ahad, 18 April 2010

Sehari di Hulu Selangor


BN atau dahulunya dikenali sebagai Perikatan merupakan pakatan parti-parti politik paling lama, hampir 60 tahun, tapi sayang, politik yang diamalkan ialah politk terkebelakang, kebudak-budakan dan kotor. Sepatutnya BN berhujah tentang dasar, bukannya menyerang peribadi lawan apatah lagi tanpa bukti yang kukuh.



Bendera PKR yang dibakar berhampiran Markas BN/MIC di Kuala Kubu Bharu..


Kain rentang dari pihak ketiga? tiada logo lawan, SPR & Polis sila bertindak, turunkan poster tanpa permit.
Minum arak, apa kata Zaid? "Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,"




Dah lama benar tak kemaskini blog ni, apatah lagi tentang isu-isu politik. Walaupun isu politik di Malaysia tidak pernah sejuk, tetapi kesibukan menghalang aku untuk menulis.

Beberapa PRK juga telah berlalu, tapi aku tetap berpuasa untuk menulis, cumanya kali ini PRK berlaku di Selangor, dan calon yang bertembung pula ialah antara Islam dan bukan Islam dikawasan majaroti Islam, aku masih memegang prinsip yang calon Islam mesti mewakili kawasan bermajaroti Islam s.i.n.i. Oleh itu dengan ini secara terbuka aku menyokong D. Zaid Ibrahim untuk P94 Hulu Selangor.

Beruntung sungguh orang Hulu Selangor, dulu wakil rakyatnya bekas Timb. MB Selangor, kini PKR mencalonkan pula bekas Menteri Undang-undang yang cukup berprinsip. Ayuh Hulu Selangor, kita hantar semula Zaid ke parlimen,pastikan kemenanganya beliau untuk memastikan parlimen kita lebih berdisiplin dan mengikut undang-undang!
Zaid Ibrahim yang saya kenali

2 ulasan:

  1. Politik menyerang peribadi bermula dari Pakatan zaman pilihanraya 2008.Time tu hampir tak ada langsung blog pro kerajaan.Sekarang buku bertemu ruas.Blog pro kerajaan sudah banyak dan hampir seimbang dengan pembangkang.Fitnah di internet terlalu banyak baik pro kerajaan atau pro pembangkang.Yang menentukan samada itu benar atau salah adalah pembaca.Bagi saya lebih baik menyokong BN daripada parti yg berjuang utk menang pilihanraya sahaja.

    BalasPadam
  2. PR bukanlah parti yang hanya berkempen untuk pilihanraya semat-mata seperti yang saudara faham.

    Buktinya ialah program2 Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti TAWAS,Air Percuma, Khairat kematian untuk warga emas, bantuan mikro kredit tanpa faedah, pembinaan semula rumah terbengkalai dan lain2. Itu baru diselangor. dan itu baru dua tahun.

    Apapun alasannya fitnah adalah sesuatu yg sangat jahat. Jika ini menjadi budaya kita, maka rosaklah bangsa dan negara kita.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama