Pengikut Setia - Terima Kasih

Isnin, 19 April 2010

Siapa taik judi?



Setelah berjaya menangkis tuduhan sebagai 'kaki botol' dan tuduhan tersebut kini kembali kepada ramai pemimpin UBN, Zaid kini berdepan pula dengan tuduhan baru iaitu 'taik judi'. Taik judi menunjukkan seseorang yang sangat suka berjudi sehingga ketagih, seperti kes seorang lelaki Felda yang menyimbah asik ke isterinya selepas wanita malang itu enggan melayan hubungan kelamin.

Lelaki felda itu dikatakan seorang taik judi. Taik judi memang bermasalah, maka sebab itu di parlimen baru-baru ini pemimpin PR mendesak kerajaan untuk mengurangkan lesen judi yang diluluskan oleh kerajaan BN. Seorang taik judi bukan sahaja menyebabkan dirinya bermasalah dengan hutang, tetapi rumah tangga dan nyawa keluar juga sering terancam.

Oleh itu, kini UBN berusaha untuk menunjukan karektor sisi Zaid sebagai seorang 'kaki judi'

Zaid dikatakan mempunyai seekor kuda yang dinamakan sebagai Kelantan yang kerap digunakan untuk perlumbaan. Dakwaan itu didedahkan melalui blog yang mesra UBN, Pisau.net.

Ditanya wartawan selepas ceramahnya di Ampang Pecah malam semalam, Zaid tidak menafikan beliau adalah tuan punya kuda itu yang dimilikinya ketika bersama Umno.

"Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan,”
jelas Zaid.

Bagaimanapun bekas menteri itu berkata memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi.

"Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan,” katanya.

Nampaknya UBN masih lai ingin menyerang peribadi Zaid, walaupun baru sahaja semalam Khairy mengarahkan agar kempen provokasi dan mengecam peribadi tidak digunakan.
Adakah semua perkara ini haram apabila Zaid bersama PR? mengapa tidak mendedahkannya dahulu semasa Zaid menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dan ketika beliau menjadi Menteri dibawah kerajaan Islam Hadhari?

Bukankah masih ramai peminpin BN yang mempunyai saham dan dan terlibat sebagai lembaga pengarah dalam syarikat judi dan arak? Adakah semua ini halal kerana mereka itu UMNO?

Sekiranya isu ini tidak menjadi apakah isu seterusnya? Zaid anti hudud?

1 ulasan:

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama