Pengikut Setia - Terima Kasih

Rabu, 1 April 2009

Mohon Restu Rakyat..

Fuhh lega, dapatlah 'cover' topik- topik penting sebelum 'exam' pagi esok. Malam ni aku nak ulas sedikit tentang satu poster dekat P 059 Bukit Gantang. Poster D. Dr Zamry dengan calon BN Ismail Sapian. Yang menariknya bukannya tentang gambar mereka, tapi slogan yang digunakan, iaitu MOHON RESTU RAKYAT!! Slogan ni membawa banyak makna, aku percaya slogan ini ditulis setelah mendapat lampu hijau dari kumpulan pemikir UMNO ( Think Tank ). Slogan ni secara tak sengaja nak bagi tahu yang UMNO memang sedar bahawa mereka kembali memerintah dan bangkit semula dari tangisan DS Tajol Rosli dengan bantuan Istana. Dan mereka juga sedar bahawa restu rakyat jugalah yang lebih bermakna ( Macam bersetuju dengan DS Anwar - Ketuanan Rakyat). Secara tak sengaja juga, UMNO juga mengakui yang PRK P059 bukan satu pilihanraya biasa, tapi seolah - olah bersetuju dengan DS Nizar yang ianya merupakan satu Refoorendum rakyat tentang krisis perlembagaan di Perak. DS Nizar memang wajar mengatakan sedemikian rupa kerana beliau merupakan calon PAS bagi Parlimen Bukit Gantang, tapi bukan D. Dr Zamry. Oleh yang demikian timbul persoalan adakah D. Dr Zamry sanggup mengadap DYMM Tuanku bagi memohon pembubaran DUN jika Pakatan menang? Dan seterusnya meletakan jawatan yang digantung DUN. Kerana jika BN kalah maka jelas rakyat tidak restu.

Berbicara tentang ketuanan rakyat yang dilaung - laungkan oleh DS Anwar ( UMNO kata ketuanan Melayu ) maka timbullah satu wawasan oleh PM menunggu DS Najib iaitu Konsep satu Negara ( 1 Malaysia ) ( laman web beliau juga yang dilancarkan hampir setahun lalu -http://www.1malaysia.com.my/) . Memang biasa setiap pemimpin akan cuba menonjolkan wawasan mereka sebagai satu dasar untuk pemerintahan kelak ( Tapi nampak macam dasar DAP pun ada Malaysian Malaysian). Tun Mahathir dengan Telus Cekap dan Amanah, DS Anwar, Masyarakat Madani dan DS Abdullah, Isalam Hadari. Menariknya, DS Najib yang Sdr Ezam bagi tahu sebagai paling cerdik, kerap pula meminjam idea DS Anwar, adakah kerana DS Najib dulu adalah budak DS Anwar dalam Team Wawasan dulu? Sebelum ini dalam usaha untuk memulihkan UMNO, DS Najib bercakap tentang Reformasi, Istilah yang dipopularkan oleh DS Anwar, istilah yang satu ketika dulu dianggap ganas dan mengancam keselamatan negara. Konsep satu negara menurut DS Najib ditunjangi dengan dua prinsip, iaitu menghormati antara satu sama lain dan keyakinan satu sama lain. Sebenarnya inilah yang diperjuangkan dan menjadi ikatan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DS Anwar. DS Anwar dalam pidato kembangsaan sempena memperingati Mac 08 antara lain menerangkan tentang kesamarataan Ketuanan Rakyat dan Agenda Ekonomi Baru yang lebih adil.
Adakah DS Najib nanti berjaya membawa konsepnya sehingga menjadi tsunami seperti mana konsep Islam Hadhari ole ' Mr Clean' dalam PRU 04 dulu? Sama - samalah kita lihat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama