Pengikut Setia - Terima Kasih

Jumaat, 24 April 2009

Pemilihan pasca Mac 08,Giliran PAS pula..

PAS bakal menyaksikan Muktamar Tahunan yang ke 55 pada bulan Jun ini. Muktamar kali ini bakal menyaksikan pertandingan jawatan semua peringkat didalam PAS jika ada pencalonan dan orang yang dicalon sedia untuk bertanding. Pemilihan kali ini adalah yang terakhir sebelum PAS bersama pimpinannya nanti menggempur BN pada PRU ke 13 nanti.

Muktamar kali ini bakal menjadi tsunami jika pimpinan PAS ikut berjoget dengan alunan muzik yang dimainkan oleh propaganda BN dan sikap rakus sesetengah pimpinan PAS. Isu utama ialah tentang kerjasama dengan BN yang dicadangkan oleh Presiden PAS. Sebenarnya isu ini telahpun mempunyai ketetapan sendiri, iaitu semasa muktamar tahun lepas yang berlangsung dengan penuh gemilang di Ipoh. Ketetapanya ialah tiada kerjasama dengan BN.

Tiadanya kerjasama dengan BN dipercayai kerana bagi menjaga hati rakan pakatan yang lain dan menghargai serta mengekalkan kepercayaan yang diberi oleh rakyat terbanyak kepada pembangkang pada PRU ke 12 yang lalu.

HJ Hadi selaku Presiden PAS walaupun selepas ketetapan muktamar telah mencadangkan pula kerajaan perpaduan. Ahli melihat Hj Hadi sebagai tidak serik. Sedangkan ahli lah yang gagal untuk faham hasrat murni seorang presiden. Banyak juga pimpinan pas yang dikategorikan sebagai kumpulan Erdogan tidak menyenangi saranan HJ Hadi ini, bukanya tidak faham maksud sebenar kerajaan perpaduan, tetapui wujudnya agenda sendiri.

Selepas kemenagan besar pembangkang pada tahun 99 yang membawa PAS memerintah dua kerajaan negeri serentak dan PAS juga menguasai Parlimen sebagai ketua pembangkang.
Pada masa itu isu yang dimainkan media ialah profesinal lawan ulama'. Antara golongan profesional yang menonjol ialah D. Dr Hasan Ali, Husam Musa, dan lain-lain. Ust Nasarudin Mat Isa yang menjadi setiausaha PAS juga dianggap sebagai profesional kerana turut mempunyai ijazah dalam kujuruteraan kayu UiTM. Bendahari PAS pula Dr Hatta Ramli juga adalah profesional.

Kepimpinan Ulama'
Kepimpinan ulama berasal dari semangat revolusi kerajaan Islam Iran. PAS pada masa itu bertarung untuk memulihkan semula semangat ahli-ahlinya selepas PAS gagal mempertahankan Kelantan. TS Asri Muda presiden PAS disingkirkan. Naik TG. Yusuf Rawa.
Tapi selepas dua puluh tahin, Iran sendiri tidak dipimpin oleh ulama'. Ameddinejad seorang profesional, berjiwa rakyat dan kelihatan berani dipilih menjadi presiden Iran. Mengalahkan ramai ulama' lain. Pemimpin bertubuh kecil dan tidak bertali leher ini popular kerana kesederhanaannya dalam kehidupan, tapi lantang mempertahankan Iran dari musuh. Kini PAS juga kelihatan cuba mencari pemimpin yang boleh diterima oleh semua kaum.

Kepimpinan ulama' sebenarnya adalah mengikut apa yang telah disabdakan oleh nabi s.a.w. iaitu iaitu ulama' adalah pewaris nabi. Secara logiknya, jika ada lagi nabi, maka nabi lah yang akan memerintah, tapi kini yang ada adalah ulama', maka ulama' lah yang memerintah atau memimpin. Tafsiran mengenai ulama' banyak, tapi yang senang dan diterima ialah seorang yang alim (arif) tentang agama Islam.

Presiden PAS & Mursyidul Am
Selepas Yusuf Rawa mengambil alih kepimpinan PAS dari TS Asri Muda, PAS terus dipimpin oleh ulama' iaitu D. Ust Fadhil Nor dan kemudianya DS Hadi Awang. Yusuf Rawa meletakan jawatan atas alasan tua dan sakit. Tapi PAS merasakan masih perlu nasihat dan kepimpinan bekas Duta Malaysia ke Tehran ini, maka jawatan Mursyidul Am diwujudkan. Tidak lama kemudian Yusuf Rawa meletakan jawatan sebagai Mursyidul Am kerana alasan yang sama, maka naiknya D. Nik Aziz ke jawatan tersebut. Perkara yang sama berlaku dalam DAP. Semasa Lim Kit Siang menjadi Setiausaha Agung, Dr Chen Man Hin menjadi penasihat, tapi DAP yang menyedari tentang betapa perlunya pimpinannya sentiasa muda tanpa memingirkan yang berpengalaman maka Lim Kit Siang meletakan jawatan. Karpal Singh sebagai pengerusi, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Kit siang sebagai Penasihat. Dr Chen Man Hin pula menjawat jawatan Penasihat Seumur Hidup.

Ada cadangan dalam PAS agar melantik D. Dr Haron sebagai Mursyidul Am PAS yang baru mengantikan Nik Aziz. Haron Din terkenal dan diterima ramai. Beliau yang kini menjawat jawatan Tim. Mursyidul Am PAS merupakan bekas Profesor di UKM. Haron Din sebelum ini dicalonkan ke jawatan Tim. Presiden menentang Ust. Hasan Sukri. Saat akhir, Haron Din naik ke pentas dan menarik diri bagi mengelakan pertandingan. Sikap beliau yang seperti ini lah yang menjadikan beliau terus relevan. Jika cadangan menaikan pangkat beliau diterima, maka Nik Aziz perlu mengikut formula DAP. Ini bagi mengelakan tangapan Nik Aziz disisihkan dan memberi peluang agar PAS sentiasa mendapat nasihat dari pemimpin veteran tersebut. Untuk pemilihan kali ini aku mencadangkan agar DS Hj Hadi tidak dicabar. Walaupun ada cadangan lain seperti DS Ust Azizan, Hj Hadi setakat ini berjaya memimpin PAS dalam politik dan dakwah. Banyak alasan lain dan tidak dinafikan juga kebolehan pimpinan lain, cuma tidak ingin melihat Parti Islam -Melayu berpecah dan lemah.

Timbalan Presiden dan Naib Presiden
Ust Nasarudin adalah penyandang bagi jawatan tersebut. Pencalonan setakat ini mencalonkan beliau, Hj Mohd Sabu, D. husam Musa, DS ust Azizan dan D. Dr Haron Din. Berita semalam melaporkan yang D. Dr Hasan Ali turut berminat jika ada pencalonan yang mengalakan. Mohd Sabu telah menawarkan diri, manakala Husam Musa pula masih menimbagkannya. Ust Azizan pula bersedia untuk apa sahaja jawatan jika dicalonkan, ini lah yang menyebabkan beliau di asak untuk melawan presiden.



Mohd Sabu
Jelas mendapat sokongan, terbaru dari penulis muda terkenal Faisal Tehrani. Berbagai alasan yang munasabah di beri oleh FT untuk menjustifikasikan sokonganya kepada Mohd Sabu. Keseluruhanya Mohd Sabu dekat dengan rakyat dan sering berdemontrasi. Bagi aku pula, Mohd Sabu cukup bertuah kerana telah mencapai jawatan Naib Presiden PAS.


Husam Musa
Merupakan Exco Kanan Kelantan dan seorang pakar ekonomi. Bekas setiausaha politik Nik Aziz. Boleh berbahasa arab dan biasa memberi kuliah di Medan Ilmu. Calon yang berkarisma dan bijak serta tergolong didalam kumpulan Erdagon. Tapi bagi aku beliau yang baru sahaja menjawat jawatan Naib Presiden perlu mencari lebih pengalaman di jawatan tersebut.


Ust Azizan
Calon yang agak popular. Popular kerana lamanya dalam PAS dan kini menjadi MB di Kedah. Pernah menjawat jawatan Naib Presiden bersama Mustapa Ali. Bagi aku agak sesuai. Tapi lebih baik jaga Kedah dari terlepas. Ingat tahun1999. PAS Menguasai Terenganu, Presiden dari Terengganu ( selepas pemergian Fadhil Nor ) Ketua Ulama' Terengganu, Ketua Muslimat dari Terenganu, dan Naib Presiden juga satunya dari Terenganu. Tapi akhirnya Terengganu terlepas.



Haron Din
Aku yakin sekali lagi beliau akan menarik diri walaupun terus menerima pencalonan. Ini prinsip beliau dan selaras dengan ajaran nabi, memilih pemimpin melalui musyawarah.

Hasan Ali
Pesuhjaya PAS Selangor ini merupakan bekas Naib Presiden. Kepimpinan dan ketokohan beliau tidak diragui, tetapi seperti Ust Azizan beliau juga perlu fokus pada kerajaan negerinya.



Nasarudin Mat Isa
tiada salahnya untuk mengekalkannya, bekas setiausaha agung semasa era Fadhil Nor. Ini menunjukan yang beliau adalah anak didik Fadhil Nor. Beliau mula ditolak kerana kes yang sama dengan HJ Hadi, tiada salahnya beliau kerana taat kepada presiden. Malah tiada salahnya cadangan presiden tersebut. Nasarudin megambarkan penerimaan tokoh pimpinan muda didalam PAS.

Ketua Pemuda
Selama dua generasi berturut-turut pemuda PAS berketuakan ketua dari bukan golongan agamawan. Yb. Mahfuz Omar dan Yb. Salahudin Ayob. Kini agamawan dijangka akan mengambil alih kepimpinan pemuda. Tak mahu komen banyak, tapi kepimpinan sebelum ini boleh dibanggakan. Banyak imej positif diterima. Aku bukan pemuda PAS. Aku tak layak mengundi. Cadangan aku pilihlah pemimpin pemuda yang bukan sahaja boleh memeimpin tapi boleh bekerjasama dengan pemuda dan NGO diluar sana. Boleh meningkatkan imej Islam. Serta boleh berkerja dengan pimpinana baru nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama