Semua sedia maklum, aku lambat sikit kemaskini sebab berada di kampung yang tak dapat liputan broadband. Pada pagi jumaat yang indah, lebih kurang 10.05, DS Najib mula mengankat sumpah sebagai PM. Masa tu aku dekat dalam kereta, dengar siaran langsung dari Bernama 24. Baru balik dari menjawab peperiksaan. Perlantikan DS Najib mengakhiri tanda tanya tentang takdir beliau. Bagi aku terdapat dua orang di Malaysia ni yang ditakdirkan dilahirkan sebagai seorang PM. DS Anwar dan DS Najib. Kalau DS Anwar jadi PM semalam, maka tak jadilah DS Najib, tapi bila DS Najib dah jadi, nasib DS Anwar masih cerah. Teori RAHMAN ternyata kebetulan, ada yang kata dengan lengkapnya teori ini, maka lengkaplah senarai PM dari UMNO. Selepas ini mungkin PM dari organisasi lain pulak. Malamnya di kampung aku menonton berita, itu sahajalah yang aku tonton, boikot TV lah katakan, bersama jutaan rakyat Malaysia yang lain aku menonton perutusan khas PM baru, tutur kata yang lancar dan jelas dipamerkan oleh DS Najib. Tentulah pengumuman beliau yang menarik sekali mengenai penarikan semula pengantungan 2 akhbar, pembebasan 13 tahanan ISA dan mengkaji semula akta tersebut sebagai sesuatu yang menggembirakan. Biar apapun motif beliau, yang pertama tentulahdiucapkan terima kasih.
Tetapi apa yang dirisaukan telah mula berlaku, iaitu kembalinya Mahathirism. PPSMI yang menarik jutaan bantahan dan puluhan ribu turun ke jalan raya tidak pula di ambil kira oleh PM baru, masakan berani kerana ini dasar Tun M, malah Tun M beria -ia mempertahankan dasar songsang ini ketika melihat begitu ramai cerdik pandai Melayu serta tokoh -tokoh bahasa mula bangkit memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Langkah mengumumkan tiga perkara diatas sebenarnya adalah langkah popular, dan ingin menyekat simpati keatas pembangkang terutama bagi kawasan mengundi di dua bukit. Aku bukan mahu bersangka buruk, tapi DS Najib sebenarnya telah cukup berkuasa semasa jadi TPM lagi, pengumuman perlantikan ke jawatan Tim. Menteri sekiranya D. Wan Farid menang adalah salah satu contoh bagaimana DS Najib mendahului kuasa PM. Oleh yang demikian, jika benar beliau inginkan perubahan, tentulah beliau melalui kabinet telah menamatkan kesengsaraan penghuni Kem Kamunting sejak dari dulu lagi.. lagi pula pembebasan tahanan tidak menyeluruh.. masih ramai yang teranianya, suami dipisahkan dari isteri, anak dipisahkan dari bapa. Maaf cakap, aku tidak menaruh sebarang harapan terhadap DS Najib, lebih - lebih lagi bila mengenang tentang kekebalan beliau dari segi undang - undang. Contohnya dalam kes Altantuya, krisis Perak dan Raja Petra. Jauh sekali dijatuhkan hukum, didakwa? disiasat pun tidak. Tun M pun disiasat Suruhanjaya Video KLip Lingam, tapi BPR yang dah jadi SPRM pun tak berani nak siasat antaranya tentang aduan terbuka ketua PKR Ipoh timur mengenai tawaran rasuah supaya ADUN PR melompat di Perak. Pernah aku baca dalam laporan akhbar tentang tuduhan menfitnah yang dihadapi RPK, bila disoal balas oleh anak Karpal Singh, si polis menjawab dia tidak melakukan penyisatan pun terhadap DS Rosmah bagi membuktikan yang DS rosmah tidak melakukan seperti yang didakwa dalam artikel RPK. Kalau siasat pun tidak, ni kebal tahap kulit biawak ni. Apa yang boleh aku buat ialah menulis.. dan berdoa kehadarat Illahi agar Malaysia tidak melangkah kebelakang.
menarik gak.. aku pun macam tak caye dgn najib nih bro..
BalasPadam