Pengikut Setia - Terima Kasih

Sabtu, 18 April 2009

Saya Sedia di Cabar-HJ Hadi


DS Hj Hadi berkata beliau sedia dicabar pada pemilihan akan datang jika ada yang berhasrat. Beliau juga menegaskan akan kekal berjuang dalam PAS jika kalah dalam pemilihan. Proses pertandingan dalam pemilihan parti adalah proses positif demokrasi. Cuma demokrasi itu betul-betul bebas, terpimpin atau demokrasi yang menurut lunas-lunas Islam. Secara peribadi, DS Hj Hadi perlu terus diberi peluang. Beliau berjaya memimpin PRU yang cemerlang, selain daripada kemenangan dua PRK baru-baru ini. Idea tentang muzakarah dan kerajaan perpaduan adalah satu tindakan untuk berdamai seperti yang dianjurkan Nabi S.A.W. Tapi tidak bermakna tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan menentang sunah Nabi. Perbezaan pendapat dalam Islam adalah rahmat dan dibolehkan.

Pemilihan dalam PAS pada kali ini menarik perhatian kerana banyak tokoh-tokoh popular yang dicalonkan. Populariti kebanyakan datang dari jawatan yang dipegang dalam kerajaan. Satu fenomena yang menyerupai UMNO. Dulu kita tidak mengenal DS Nizar sebagai contoh, tapi selepas Mac 08 dan akhir-akhir ini populariti beliau hampir menyamai DS Anwar.

Dulu populariti datang dari kerapnya dan sedapnya(juga bernas) seseorang pemimpin PAS berceramah dan terlibat dalam aktiviviti demo. Dengan lima kerajaan, banyak pemimpin PAS memegang jawatan penting seperti MB dan Exco. Sudah tentulah para MB dan Exco lebih mudah mendapat liputan media. dan seterusnya 'ter' populor. Didalam UMNO orang akan merebut jawatan dalam parti bagi memperoleh jawatan ataupun projek. Apakah perkara sebegini akan menjangkiti PR? Jangan biarkan.

Langkah yang terbaik ialah muzakarah sesama calon. Elakan pertandingan, kerana mirip kepada perpecahan. Biarkan kawasan mencalonkan pemimpin yang mereka percaya boleh memimpin dan berkerja (kerana itu hak mereka dan satu proses demokrasi). Selesai pencalonan, calon yang dicalonkan untuk sesuatu jawatan, nilailah diri sendiri, jika tidak layak memegang amanah, tarik diri. Jika rasa berkelayakan, berbincang dengan calon lain. Pilihlah yang terbaik. Aku puji D.Dr Haron Din yang tarik diri pada saat-saat akhir untuk elak pertandingan. Satu cadangan lain ialah meniru sistem PKS di Indonesia. Pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan melepaskan jawatan dalam parti. Parti terus kukuh kerana mempunyai pemimpin yang berkerja sepenuhnya untuk parti. Ingat parti juga adalah penting. Orang PAS boleh hilang kerajaan di Terengganu dan Perak (mungkin juga Kedah, Selangor dan lain-lain) Tapi tidak kehilangan PAS sebagai wadah perjuangan.
Jangan biarkan unsur perpecahan meresapi parti anda. Apapun aku yakin dengan kebijaksanaan para ulama' dan pemimpin PAS. Selamat bermusyuarat kepada semua PAS Kawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama