Pengikut Setia - Terima Kasih

Jumaat, 17 April 2009

Najib Pening Kepala..


















Ada tiga berita yang melibatkan DS Najib hari ini.

1. Perletakan jawatan Fairus satu permainan politik. - Mstar

2. Kerajaan mahu penyelesaiaan komprehensif isu tol. - Mstar

3. PM elak ulas ' Bangkitlah Melayu' - Malaysiakini





Phobia PRK

DS Najib mula memperlihatkan phobia prk bila mengatakan ' Ini bukan soal peluang tetapi saya bercakap mengenai soal prinsip kerana berdasarkan perlembagaan, anggota Parlimen atau pun DUN perlu meneruskan khidmatnya sehinggalah ada sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak boleh berbuat demikian.

"Tapi meletakkan jawatan jelas bertentangan dengan konsep demokrasi berpelembagaan kerana apabila seseorang itu menawarkan diri untuk berkhidmat dalam satu tempoh tertentu, beliau harus bersedia berkhidmat kepada rakyat,"

Yang menariknya DS Najib tidak pula mengatakan demikian bila DS Wan Azizah dan Arumugam meletakan jawatan. Bagaimana pula dengan prinsip Arumugam yang merasakan beliau sudah terpalit degan isu moral dan harus meletakan jawatannya? Menurut DS Najib lagi, terlalu banyak politiking yang berlaku sedangkan penumpuan sepatutnya kepada persoalan ekonomi yang melanda dunia dan negara. Tapi bagaimana pula dengan soal politik ADUN BN di Terengganu DS?

TOL

DS Najib dalam majlis yang sama di Klang, meminta EPU supaya mengkaji permasalahan berkaitan TOL kerana jelas membebankan rakyat. Samaada ikhlas atau tidak aku sangat berharap perkara ini menjadi realiti. Bayangkan aku mengabiskan duit untuk tol sehari sahaja paling kurang RM 8.40 untuk perjalanan pergi balik ke tempat kerja. Tapi seperti yang aku tulis dalam posting sebelum ini dalam mengupas tentang kabinet DS Najib, mengapa menteri yang banyak membuat reformasi tentang TOL tidak dilantik semula? Adakah isu tol ini timbul seiring denga PRK Penanti? Wallahualam..

Melayu - Modal Lama

Apabila Penerusi Gerakan P.P mengatakan yang PRK Penanti diadakan sebagai satu strategi PKR untuk mengekalkan momentum kemenangan pakatan rakyat, dan kemudian disusuli dengan kenyataan DS Khir toyo agar pemuda memperjuangkan MeCD, dan kelmarin Utusan memaparkan tajuk depannya degan Bangkitlah Melayu(sebelum itu MeCD), aku terfikir adakah ini juga satu strategi UMNO? UMNO megetahui yang parti mereka jelas ketinggalan dalam soal memperjuangkan hak rakyat terbanyak, soal agama jauh sekali. Satu - satunya persoalan yang boleh dimainkan ialah perkauman. Maka MeCD sengaja digugurkan agar pemuda dan lain-lain persatuan Melayu bangkit mempertahankanya, sambil itu DS Najib cuba menjadi hero dengan bercakap tentang 1Malaysia. Strategi dua dalam satu. Bangkitkan semangat Melayu dan bina imej positif DS Najib pada bukan Melayu. Satu langkah politik yang cerdik tetapi tidak bermanfaat untuk Bangsa Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama