Pengikut Setia - Terima Kasih
Khamis, 16 April 2009
PRK Oh PRK
PRK Penanti yang bakal diadakan nanti merupakan PRK yang ke enam selepas Mac 08. Sebagai seorang pembayar cukai, aku amat tidak bersetuju dengan PRK yang dibuat hasil daripada perletakan jawatan. Untuk tiga PRK yang lalu, SPR telah menghabiskan lebih kurang RM 1.5 juta. Belum lagi dikira dari agensi lain seperti PDRM. Walau bagaimanapun, PRK ini terpaksa dilakukan kerana ianya bersabit kesalahan moral dan jenayah. Fairus telah disasat berhubung kes salah guna kuasa berkaitan kuari di Pulau Pinang. Rakyat Penanti berhak mendapat seorang wakil yang bersih dan berkaliber. Pengerusi Gerakan P.P dalam kenyataannya merujuk perletakanMohd Fairus sebagai PRK yang dirancang. Ini kerana katanya PKR ingin mengekalkan momentum kemenangan yang diperolehinya.
Kemenangan berterusan membolehkan PKR terus popular dan mengambarkan kelemahan BN.
Penanti adalah kubu kuat PKR sejak 1999.
Kenyataan pemimpin BN ini jelas menunjukan phobia prk telah mula menusuk BN.
Kekalahan - demi kekalahan yang dihadapi oleh BN tidak pernah berlaku sebelum ini.
PRK dihakimi oleh rakyat. Rakyat yang banyak tidak mampu disuap oleh sesiapa jua. Projek mee segera dan tunai hanya merugikan para pengamalnya. Nanti di Penanti, rakyat boleh melihat barisan baru kabinet berkerja. Bagaimana DS. Shafie Apdal selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar berfungsi, bagaimana projek dicurahkan. Siapakah rakyat termiskin yang dilupai kerajaan selama ini, siapakah yang tiada rumah? Berapa mesin jahit yang akan difaraidkan. Menteri kerjaraya D. Shaziman juga boleh mentarkan seluruh jalan di Penanti. Manakala Menteri Pertanian mungkin boleh mengenal pasti tapak pertanian baru, tapi jangan lupa untuk mintak pandangan kementerian teknologi hijau. Bagi Menteri Pelancongan, tidak terlambat untuk memasukkan Penanti sebagai tempat menarik untuk dilawati. Banyak pelancong di P.P boleh dibawa kesana.
Paling menarik, rakyat Penanti baru sahaja mengundi untuk memilih ahli parlimen dalam PRK paling hebat, Permatang Pauh. Dulu, banyak juga janji dan projek yang dicurahkan, kali ini rakyat perlu menghukum jika janji tidak tertunai, PA Sistem masjid tidak diperbaharui, jalan masih berlubang dan sebagainya. Untuk rakyat Penanti, anda memang bertuah kerana mendapat dua PRK kurang dari setahun. Apapun selamat mengundi!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama