Pengikut Setia - Terima Kasih
Ahad, 5 April 2009
DAP Faham Islam..
Sebelum ini ada satu artikel bahawa DAP kini lebih memahami Islam bila bersama - sama PAS dalm gabungan Pakatan Rakyat. Laporan berita hari ini membuktikannya, apabila penyokong kerajaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu ( BPPM ) membuat laporan polis kerana mendakwa ADUN Pantai Remis yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming mempersendakan ayat al - Quran. Apa yang dikatakan sebagai mempersendakan ayat al-Quran itu adalah apabila YB Nga membaca beberapa potong ayat al-Quran semasa berceramah sempena kempen PRK Bukit Gantang. D. Reezal Marikan yang merupakan Presiden GPMS merangkap calon yang kalah merebut jawatan Naib ketua Pemuda UMNO, membuat laporan tersebut di IPD Taiping pada pukul 6.30 ptg semalam. Untuk pengetahuan D. Reezal, ADUN Teja dari PKR Chang Lih Kang juga ada membaca ayat suci al-Quran semasa berkempen. Ini boleh diakses melalui TV Antara. Aku sebenarnya merasa bangga, kerana selepas YAB KM Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menjadikan khalifah Agong Umat Islam Umar Abdul Aziz sebagai model pemerintahan, kini beberapa pemimpin kanan bukan Islam dari DAP dan PKR pula menunjukan minat mendalam untuk mempelajari dan menggunakan kaedah Islam. Bukanlah menaruh harapan mereka memeluk Islam, tapi setidak -tidaknya mereka tidak menentang sembrono sahaja. Lebih dari 50 tahun UMNO - MCA berkerjasama, apa yang dapat dilihat ialah MCA acap kali menetang dan tidak bersetuju dengan pengistiharan Malaysia sebagai negara Islam. MCA jugalah orang pertama yang akan bersuara jika ada kes murtad dan melibatkan hal ehwal mahkamah syariah. Pelik, MCA gagal memahami Malaysia yang punya menteri hal ehwal Islam,JAKIM,IKIM, dan memperuntukan begitu banyak dana untuk Islam. UMNO bukan sahaja gagal untuk memahamkan Islam kepada rakan komponen mereka, tapi kebanyakan komponen BN makin terkeliru kerana UMNO sendiri pening. Harap - harap SS DS Harussani dapat beri nasihat agar tidak ada laporan polis seperti ini lagi yang dibuat kerana iri hati atas kejayaan PAS berdakwah kepada kompenen pakatan rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama