Pada masa aku menulis ni, masih tak ada berita sahih, dan aku pun tak ada kawan dekat istana negara. Semalam SMS berlegar tentang Agong tak perkenan DS Najib. Menteri Penerangan kata orang yang hantar sms berkenaan sebagai kerja gila, nah kukuhkan lagi, beliau berkata esok akan ada siaran langsung, Agendadaily pulak kata ini kerja terdesak pembangkang. Tapi bagi aku bukan salah sesiapa benda ini berlaku, spekulasi ini berlaku atas beberapa faktor.
1. Kenyataan tentang adanya majlis angkat sumpah datangnya dari KSN, KSN bukan pegawai istana, dan kebiasaanya benda macam ni selalu datang dari istana, maka bertebaran lah berita dari, Mstar . berta harian Online dan lain - lain, berita tu semua dipetik dari BERNAMA, aku nak ulas sikit, BERNAMA ni memang berita nasional yang berintegriti, tapi kadang - kadang beritanya kurang tepat. Contohnya dulu BERNAMA pernah siarkan berita terkini iaitu DUN Perak dibubarkan, berita betul tak? betul, tapi dia petik dari DS Nizar, sedangkan perkenan muktamad dari Sultan. Jadinya berita tersebut betul tapi kurang tepat. Bila BERNAMA petik kenyataan KSN, samalah betul tapi kurang tepat. wallahualam.
2. DS Abdullah letak jawatan, dan Agong perkenan, Pak Lah pun semalam dah buat majlis perpisahan dengan kaki tangan kementeriannya. Memori aku masih jelas masa Tun Mahathir letak jawatan dulu, Tun kemudiannya dianugerahkan pangkat TUN bersama Siti Hasmah. Dan dalam majlis yang sama DS Abdullah angkat sumpah sebagai PM baru. Tapi ini tidak berlaku sekarang, dengan makna lain jawatan PM tengah kosong. Aku cakap macam tu sebab perletakan jawatan berlaku dalam parlimen masih berjalan ( baca: tidak dibubarkan). Sebab tu bila Tun M letak jawatan dulu, majlis yang sama Pak Lah angkat sumpah. Ini bukan selepas pilihanraya, DS Idris dan DS Shahidan tidak perlu letak jawatan, kerana jawatan tu gugur bila pilihanraya tamat, untuk terus jadi PM/ MB perlu ada perlantikan baru, dan sekarang Agong berkuasa penuh lantik PM baru. Tapi bila majlis angkat sumpah dan perletakan jawatan PM tidak dalam masa yang sama, maka disinilah bermulanya spekulasi.
3. D. Shahrir letak jawatan. D. Shahrir ni bijak, munkin dia dah nampak benda ni berlaku. Masa dalam kereta aku dengar radio, pembaca berita kata kabinet baru akan dibentuk pada 8 april. Ini kerana ' menururut' menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad, DS Najib akan keluar negara sehari selepas angkat sumpah. Aku bukan nak tanya kenapa DS Najib keluar negara. Tapai macam mana D. Shahrir lebih tahu? Pelik kan?
Apapun, jika dah takdir DS Najib dilahirkan sebagai seorang PM, rezeki tak kemana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama