Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 7 April 2009

Batang Ai.. BN Bernasib baik..

BN bernasib baik kerana Tun M tidak menjalankan kempen di Batang Ai, ini kerana aura kebencian rakyat keatas mantan PM tersebut masih belum padam. Ini dapat dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat di dua bukit. Selain dari itu kemenangan ini menunjukan yang trend mengundi rakyat terutama di semenanjung masih sama seperti Mac 08.

P059 - Bukit Gantang
Calon Pakatan Rakyat dari PAS menang dengan pertambahan majoroti sebanyak 1223. Selain dari itu undi yang diterima calon BN juga meningkat. Pertambahan undi kadang -kadang datang dengan pertambahan peratusan keluar mengundi, ada calon yang kalah tetapi undi yang diterima tidak berkurangan ataupun meningkat.

Kemenangan PR dibaca sebagai berikut
;
1. BN GAGAL menerima restu rakyat seperti mana yang dipohon.
2. Rakyat mohon derhaka. (menurut Tun M dan UMNO DS Nizar derhaka)
3. D. Zamry perlu mengadap DYMM Tuanku bagi memohon perkenan pembubaran DUN. Selain itu D. Zamry juga wajib meletakan jawatanya.
4. Rakyat Bukit Gantang yang boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk melihat penerimaan rakyat terhadap PM baru DS Najib. DS Najib merupakan Pengerusi UMNO Perak merangkap penggerak utama drama rampasan kuasa di Perak. Kini DS Najib telahpun menjadi PM. Selain dari krisis di Perak, isu Aminah dan Scorpine turut dimainkan di PRK ini.
5. Rakyat menolak dua orang doktor iaitu Dr tua Tun M dan Dr muda D. Zamry.
6. Pimpinan PAS tepat dalm pembacaan politik mereka apabila memilih DS Nizar sebagai calon.

N 25 - Bukit Selambau
PKR dengan calonya S.Manikumar atau klon Zamry;) menang dengan majoroti 2403. Bukit Selambau mencatatkan beberapa rekod Malaysia iaitu:
1. Calon teramai - 15
2. Calon bebas teramai - 13
3. Kertas undi terbesar - Saiz A4
4. Calon Bebas gagal dan hilang wang deposit semuanya.

Kemenangan ini juga menunjukan
a). Kempen dan cubaan UMNO/BN untuk mematahkan tulang belakang PR iaitu PKR, kononnya pemimpin PKR tidak bermoral ( Elizabeth, Arumugam, Fairuz) tidak berjaya.
b). MIC terus gagal untuk jadi tempat bergantung kaum india.
c). Ternyata calon pilihan DS Anwar tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama