Pakar-pakar pendidikan di Britain bimbang seni penulisan surat semakin terpinggir di negara berkenaan.
Mereka berkata, semakin ramai remaja yang tidak tahu menulis pembukaan surat dengan betul, mengeja perkataan sincerely (yang benar) atau menutup surat dengan menulis nama.
Golongan remaja turut melupakan tanda bacaan dalam penulisan kesan daripada populariti e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan gaya penulisan majalah gosip yang semakin menjadi ikutan mereka.
Menurut pakar-pakar pendidikan, masalah tersebut akan membelenggu golongan muda apabila mereka meninggalkan sekolah dan mula mencari pekerjaan.
"Tidak ramai yang menulis alamat, termasuk tarikh, dan menandatangani surat termasuk menulis nama penulis," kata satu laporan pendidikan mengenai perkara itu.
Sementara itu, pemeriksa-pemeriksa ujian di Universiti Oxford dan Cambridge menyatakan bahawa remaja tidak tahu menggunakan tanda koma kerana kerap menggunakan SMS.-kosmo
Inilah juga masalah yang berlaku di Malaysia. Sayang seribu kali sayang perkataan perkataan seperi ayahanda, bonda, nenda, kakanda dan adinda yang menjadi bahasa surat kini tinggal kenangan dan hanya untuk sesi pembelajaran sahaja. Teringat aku tentang cerita berkenaan seorang pakcik emakku. Kalau hendak datang ke rumah datuk saudara aku ni, tak boleh main datang sahaja, tapi mesti menulis surat terlebih dahulu. Nyatakan hasrat secara rasmi, bila dan dengan siapa, kemudian dia akan membalas semula surat tersebut. Barulah boleh datang. Mungkin remeh, tapi usaha untuk mempertahankan budaya, lebih -lebih lagi budaya tinggi seperti ini memang sukar. Yang nyata sekarang ialah pertembungan antara teknologi dan tradisi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama