Persatuan Kerabat Diraja Kedah meminta Majlis Raja-Raja membuat satu ketetapan untuk menyeru rakyat supaya kembali kepada budaya asal yang menghormati institusi kesultanan di negara ini.
Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, perkara itu perlu dilakukan dengan segera memandangkan semakin banyak pihak yang memandang remeh soal menghormati raja-raja yang menjadi simbol kekuatan negara ini.
"Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sendiri sudah menegur tindakan kumpulan politik yang cuba menghasut rakyat untuk mencemar institusi diraja.
"Oleh itu, Majlis Raja-Raja tidak boleh berdiam diri dan segera bertindak untuk memastikan rakyat negara ini sentiasa memberi sokongan kepada institusi kesultanan negara ini," katanya ketika ditemui di Istana Kuning di sini hari ini.
Menurut beliau, keadaan yang berlaku sekarang amat membimbangkan dan pihaknya khuatir apa yang berlaku di Perak boleh menular ke negeri-negeri lain seperti Kedah.
"Dulu pun kita ada masalah seperti ini, namun keadaan ini lebih teruk sekarang.
"Ini kerana ada pihak tertentu yang seolah-olah mengajar golongan muda supaya jangan menghormati institusi beraja di negara ini," jelasnya.
Kalaulah dengan saranan raja-raja maka Melayu berubah senanglah cerita, Mufti gagal suruh umat jangan merokok dan jangan pergi sembah tugu negara, maka kita minta sekali majlis raja-raja, mungkin boleh. Mungkin raja-raja juga boleh suruh para belia jangan hisap dadah, fuh banyaklah masalah kerajaan akan selesai.
Kalau kita ingin dihormati, kita jangan suruh orang hormat kita, biarlah kita hormat orang dulu, kemudian orang hormat kita. Biarlah ada satu gerakan lain mengajurkan untuk hormat para raja-raja, lebih menarik jika MCA dan MIC kempen junjung kasih kepada raja-raja Melayu.
Salam ,
BalasPadamhayati dan fahami Kontrak sosial yg telah dipersetujui...terutama Hak-hak keistimewaan Orang Melayu..
Kpd orang Melayu sedarlah..!!
macm mukriz je... hehehe
BalasPadamsila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html
Apa sebenarnya kontrak sosial? satu dokumentasi atau hanya perjanjian perfahaman mulut?
BalasPadamLima puluh tahun kita merdeka, mengapa hanya orang Melayu yang perlu pertahan Bahasa Melayu? Raja-raja Melayu dan Budaya Melayu? adakah bangsa lain bukan rakyat Malaysi?