Pengikut Setia - Terima Kasih

Isnin, 13 April 2009

Kabinet Mula Bekerja

Hari ini betul -betul lega, kerana hari ini tamatnya peperiksaan semester Januari. Semalam dengan ditemani isteri tercinta, aku mentelaah kitab hasil tulisan Prof Kalat. Kitab yang aku perlu hadam dengan mantop supaya naik semester depan (insyaallah) dapat aku fahami kuliah dengan baik.

Askar Wataniah
DS Zahid Hamidi yang kini menjawat Menteri Pertahanan mengumumkan akan mewujudkan satu batalion askar Wataniah bagi setiap kawasan parlimen. Malaysia setakat ini mempunyai 222 kawasan parlimen. Sebagai rakyat yang menyanyangi negara dengan penuh raga, aku amat bersetuju dengan cadangan tersebut. Kekecewaan melihat duit rakyat dicurahkan jutaan ringgit untuk program kurang bermakna, PLKN akan ditebus dengan meramaikan pasukan pertahanan negara dalam menghadapi kebarangkalian akan datang. Pertahanan negara adalah sangat penting, nanti bila askar Wataniah ni dah ramai, bolehlah paling kurang banteras PATI dan penyeludupan di sempadan negara. Idea datang dari pemimpin UMNO yang hebat dan beintegriti tinggi.

LPKP
DS Ong Tee Kiat yang merupakan Mentei Pengankutan hari ini meminta agar LPKP iaitu satu jabatan yang megeluarkan lesen pengankutan perdagangan dan ada kuasa penguatkusa diletakan dibawah kementeriannya. LPKP sebelum ini berada dibawah ketiak MECD, tapi kini MECD entah kenapa dibubarkan. LPKP bertanggunjawab dalam mengeluarkan lesen dan permit teksi, bas dan lori. Banyak kaum Bumiputera yang selama ini tertinggal, mendapat faedah dalam usaha untuk mengimbangkan polarisasi kaum dalam pemilikan permit dan lesen kenderaan perdagangan. Alasan DS OTK ialah kerana ianya bersoal tentang pengankutan, seperti mana JPJ, LPKP perlu juga diletakan dibawah kementerianya. Ianya penting untuk penyeragaman dan penguatkuasan. Lepas ni menteri - menteri lain bolehlah minta lain - lain agensi MECD untuk difaraidkan...

Tun Abdullah
Terima kasih Pak Lah kerana memimpin Malaysia selama lima tahun. Aku taknak tengok keburukan, tapi jasa yang telah beliau bawa, iaitu penubuhan Suruhanjaya Perlantikan Hakim, SPRM dan SIAP ( Suruhanjaya Agensi Penguatkuasa) ( Ganti IPCMC) Mungkin aku lambat ucap selamat bersara, tapi aku tak lupa, cuma banyak benda perlu diutamakan. Buat UMNO, jangan ulangi kesilapan lama, tindakan meminggirkan Pak Lah hanya merugikan kamu. Belajar dari PAS, bagaimana DS HJ Hadi yang kalah besar pada 2004, terus disokong dan diberi kepercayaan penuh dan kini menang dengan penuh bergaya. Pak Lah ( Bukan Khairy) perlu dilantik ke satu jawatan yang membolehkan beliau memainkan peranannya yang tersendiri. Walaupun demikian untuk DS Najib, aku nak mintak kalu boleh buat semula jambatan bengkok yang Pak Lah batalkan dulu. Ini penting demi maruah negara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama