Pengikut Setia - Terima Kasih

Jumaat, 1 Mei 2009

Cuti 1 Mei

Hari ini pagi-pagi lagi aku mula bersiap apa patut. Isteriku ana bangun lebih awal, masa aku bangun, segala persiapan telah tersedia di ruang tamu. Lengkap. Inilah untung dapat isteri yang teliti. Kami akan pergi ke cameron Highland seperti yang dirancangkan. Untuk memastikan perjalanan lancar, aku pula memeriksa kenderaan ku sekadar yang aku mampu dan yang aku tahu, periksa tayar,minyak hitam,air bateri dan water coolant.

Perjalanan dari tol sg buloh pada awalnya lancar,tetapi sampai di Rawang, kenderaan mula kelihatan banyak, trafik bergerak perlahan, kemudianya sangat perlahan. Nampaknya ramai orang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga. Aku sebenarnya tidak gemar melancong ketika musim cuti, tapi disebabkan percutian kali ini melibatkan keluargaku, maka ku redho apa yang bakal berlaku, ialah bukan senang untuk bercuti bersama keluarga, banyak benda nak kena ambil kira.

Kami membuat temujanji untuk bertemu di perhentian Rawang arah utara, tapi aku terlepas, kemudiannya kami bertemu diperhentian Tg. Malim. Keluargaku semuanya sudah sampai, tapi kami tidak bersarapan lagi, perhentian ini tidak sesuai kerana ramainya orang, kami bergerak lagi, kemudiannya berhenti di Behrang, sini pun ramai, tapi dapatlah untuk parkir kereta dekat-dekat dan kamipun sarapan dibawah pokok di tepi jalan. Ok lah kan? Bersidang pun boleh bawah pokok.

Lee Boon Chai
Aku keluar di persimpangan tol Simpang Pulai. Disana, aku mengisi minyak di stesyen Petronas Simpang Pulai. Tanpa diduga sebuah pacuan empat roda berlambang ahli parlimen berhenti untuk mengisi minyak. Seorang lelaki yang agak aku kenali turun dan mengisi minyak kereta itu. Ya beliau ialah Ahli Parlimen bagi kawasan Gopeng. YB Dr Lim Boon Chai. Isteriku muskil, benarkah itu seorang ahli parlimen? dia tiada pemandukah? Begitulah kebanyakan AP PR, yang paling popular ialah YB Zul, pergi parlimen naik motor je, lagi selamba..

Kemudianya kami berkonvoi ke Cameron, perjalanan lancar sekali,ialah melalui Simpang Pulai jalanya baik, besar dan lebih selamat. Cameron seperti ramai orang cakap tidak sesejuk dulu. Perjalanan itu menginsafkan aku, sesuatu yang radikal perlu dilakukan. banyak bukit ditarah, sungai pun nampak kotor, pekan-pekan kecil sebelum Brincang tampak tidak terurus dan juga kotor. Sesuatu perlu segera dilakukan, getus hatiku.

Jalan sesak-sesesaknya
Bermula dari pekan Tringkap, kereta mula tidak mahu bergerak, tak boleh bergerak kerana ada kereta didepan yang tak bergerak. Maknyanya jalan jem lah.. Apartmen yang kami tempah terletak dekat dengan Tanah Rata. Bayangkan, dari jam 5.30 petang, untuk sampai ke pekan Brinchang mengambil masa selama tiga jam!! Kami hanya sampai pada jam 8.30 untuk perjalanan kurang 15KM. Sebabnya ialah adanya aktiviti ekonomi ilham Tun M. Pasar malam! Huh, polis buat apa? cuti ke? Memang menguji kesabaran. Celaka betul!! Celaka untuk siapa? untuk pihak yang menyebabkan keadaan tersebut,kalau polis yang silap,polislah,kalau majlis daerah yang silap, majlis lah.

Malam yang penat itu, terpaksa juga kugagahi merempuh kesejukan dan hujan yang renyai-renyai mencari makan. Badan yang sangat letih kerana perjalanan panjang tadi terpaksa dilupakan. Aku membeli makanan untuk semua ahli keluargaku. Mereka dah tunggu di aparment tersebut, ok lah nanti aku balik boleh mandi terus, tak perlu tunggu giliran.

Tapi sempat juga aku tengok buletin utama ke majalah tiga, yelah dah lama tak tengok tv, kes tentang pencemaran alam, bukan pencemaran lagi, tapi keganasan terhadap alam di Cameron.
Memang betul apa yang didedahkan. Cadangan aku begini.
1. Pihak berkuasa - Majlis Daerah, Kerajaan Negeri dan Pusat hendaklah mengambil sikap yang radikal untuk memastikan warisan negara ini selamat dan kekal selamat.
Kita mempunyai geografi tanah tinggi yang sejuk sedikit sahaja. Cameron salah satu, ini lah tempat untuk bercuti dan menghayati keindahan alam. Tolong Selamatkan.

2. Majlis daerah kata TOL tanah telah diberhentikan, betul tu, tapi penguatkuasaan perlu agresif. Agensi seperti korang, duduk dekat pejabat tak kerja namanya. keluar, pantau dan bertindak. Ini soal alam, kesanya menyeluruh.

3.Pemuliharaan dan pembaikian perlu dilakukan secepat mungkin. Baiki semula tanah yang ditarah secara haram. Bagi tanah yang diusahakan tanpa kelulusan dan tersilap lulus tarik balik kelulusan, ambil tanah tersebut dan pulihkan semula.

Hari kedua aku disini, kami berjalan sakan, asalnya nak pergi Brinchang dan keutara lagi, tapi jalan sesak juga. Khabarnya sebab pasar minggu. Huh alasan yang sama. Kami berpatah balik, pengalaman guru yang baik, masa ni lebih baik melawat sekeliling dari perjudikan nasib merempuh kesesakan jalan. Kami pergi ke Taman Strawberi, kemudianya tapak penyelidikan MARDI dan seterusnya makan tengahari dan terus ke Ladang Teh. Suasana nyaman sekali, suhu masih rendah jugaklah, tambah sejuk bila angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Banyak gambar yang aku ambil. Korang bolehlah tengok dekat lensa kiri nanti. Kebanyakan gambar bunga,bukan minat sangat dengan bunga ni, tapi indahnya dan warna-warninya, lagi pula bunga yang banyak.

Masa diladang teh, aku bertemu dengan seorang kenalan lama, beliau mungkin tidak mengingati aku,yelah aku orang kecil. Beliau ialah bekas ketua AMK Pahang, pernah bertanding dalam PRU dan kalah, tak silap aku dia dah sertai PAS. Kini penulis di akhbar Siasah. Aku menegurnya, kami berbual singkat, yelah masa tu aku dah lama sampai dan beliau baru tiba.

bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama