Pengikut Setia - Terima Kasih

Sabtu, 9 Mei 2009

Serikandi Dalam putaran Zaman

Bersempena sambutan hari ibu, aku ingin menerbitkan semula kisah perjuangan seorang perempuan yang bergelar ibu, perjuangan yang betul -betul perjuangan. Perjuangan melawan penjajah British dan Jepun hampir tujuh puluh tahun dahulu.

Ibu Suriani, anak kelahiran Perak, yang kini negerinya dilanda krisis politik telah digelapkan sejarah perjuanganya kerana beliau adalah ahli Parti Komunis Malaya. Aku sendiri yang baru mengenali beliau melalui buku Serikandi Suriani Abdullah yang aku beli buku tersebut di Pesta Buku Antarabangsa KL baru-baru ini.

Banyak nilai perjuangan yang aku lihat wajar diketengahkan. Wajar diselami oleh anak muda masa kini. Ketika ditanya apakah usaha yang perlu untuk memperkuatkan perpaduan kaum, pemimpin Komunis yang sering dimomokan sebagai jahat ini berkata;

Kita mesti kikis perasaan sempit atau perkauman, mesti berpandangan bahawa semua kaum bersaudara dan sama darjat. Saya rasa setiap warganegara mesti mengambil berat penguasaan Bahasa Melayu dan memahami adat resam Melayu dan sejarah tanah air. Usaha-usaha mempelajari bahasa dan adat resam kaum lain patut juga digalakan. Pokoknya, kita berhasrat bersatu padu,mesti saling belajar, saling membantu dan saling melengkapi. Inilah pegangan aya selama ini, sikap semacam ini patut ditanam dalam diri anak-anak sejak keci lagi khasnya dirumah dan dibangku sekolah ia juga ptut disebarkan dalam media massa

Aku akan terbitkan sediki-demi sedikit isi kandungan buku ini. Moga kita sama sama mengambil iktibar dari kisah ini.

1 ulasan:

  1. mungkin krn sy lebih byk di luar Perak,maka byk yg tak tau hal-hal sejarahnya..ceritalah lagi..

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama