Pengikut Setia - Terima Kasih

Sabtu, 2 Mei 2009

Ulasan semasa

Ketika catatan ini dibuat aku baru sahaja melihat buletin utama, kisah pasal Cameron tempat yang aku berada sekarang. Tahniah Karam Singh Walia. Celaka punya Majlis Daerah CH. Pegawai korang buat aper? Bangunan korang sendiri salurkan najis dekat sungai? Memang celaka.

Sebenarnya dalam al-Quran dalam surah aper aku tak pasti ada menceritakan pasal ulama dan alam sekitar. Maka ada ustaz mentafsirkan yang ulama' ini ialah yang menjaga alam sekitar. Tapi persoalannya sekarang ulama' yang ada kat Malaysia ni, baik kerajaan atau PAS macam tak hirau langsung pasal alam sekitar? Kenape ye?

Aku juga nak hirau sedikit tajuk berita.
1. Polis nafi ADUN Batu Kurau dipukul-Mstar
Dalam berita itu ada jugak disebut yang pembantu ADUN tersebut yang dipukul. Itu pun tak teruk kata polis,sekadar luka ringan kerana terkena pisau tattala mempertahankan diri.

Tak teruk kata kau? Ni bukan kena pisau masa hiris bawang, ni kena tetak masa diserang.
Dengar cerita adun ti diancam dan pembantunya diserang selepas si adun bagi keterangan di SPRM tentang tawaran rasuah oleh BN Perak.

2. Jangan desak Raymond Tan Letak jawatan-TPM - B. Harian
La..mana silapnya? Bukankah jawatan akan diberikan bedasarkan kekuatan parti politik dalam komponen BN? Mamat Raymond ni dah jadi ahli bebas kerana sokonganya pada BN. Dia yang juga bekas tim. presiden SAPP tak ikut SAPP keluar BN tempoh hari. Salah ke parti komponen BN lain desak Raymond letak jawatan? Mana silapnya? Raymond pun satu, taknak letak sertai parti politik BN yang lain.
Ni semua kes gila kuasa, ada kuasa ada segalanya..


ni bukan sabungan tadi ye.. esok aku tulis lagi pasal percutian aku ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama