Datuk Muhammad Salleh
5 Sasterawan Negara Tolak PPSMI
Lima orang sasterawan negara yang masih hidup, hari ini menentang perlaksanaan PPSMI. Mereka juga berkata sedia melucutkan gelaran yang diberika tersebut jika keadaan memerlukan. Kenyataan dua daripada mereka yang hadir dalam satu sidang media di Rumah PENA.
Mereka adalah:
1. Datuk A Samad Said
2. Datuk Muhammad Salleh
3.Datuk Shahnon Ahmad
4. Datuk Noordin Hassan dan
5.Datuk Abdullah Hussain
Nampaknya Hang Tuah lima bersaudara dah mula bersatu.. Tak lah Hang Jebat je turun kempen dan berdemo..
Malaysia sejak tahun 1981 menganugerahkan anugerah tertinggi untuk tokoh yang banyak berjasa dalam bidang bahasa dan sastera. Setakat ini, sembilan orang telah menerima anugerah tersebut. Empat daripadanya telah meninggal dunia.
Para sasterawan negara ini memberikan enam sebab penetangan mereka iaitu antaranya
Pemenang Anugerah Nobel, kebanyakannya bukan datang dari negara yang menggunakan bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh.
Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan kita dirakam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".
Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan.
lebih lanjut disini - http://www.malaysiakini.com/doc/5_sasterawan_negara_anti_ppsmi_statement.php
PPSMI, isu nie memamg panas. Ada pro dan kontranya. Namun jika kite selami dan hayati, adakah PPSMI ini membawa keburukan yang maha dahsat kepada sistem pendidikan kita? Jawapannya tidak. Saya fhm, sebagai seorang yang memperjuangkan bahasa melayu, sasterawan2 di atas peka dgn keadaan bahasa Melayu pada masa ini. Namun, kita terpaksa menerima hakikat bahawa bahasa inggeris amat penting dalam pembelajaran sains dan matematik. Pengajian di peringkat ketiga iaitu di Universiti, majoritinya ialah dalam Bahasa Inggeris. Kita jangan menyalahkan kerajaan kerana kerajaan terpaksa menyediakan pelajar mengikut tuntutan semasa, selaras dengan era globalisasi. Satu jek yang sy harapkan dari sasterawan2 ini. Diharap mereka mampu utk memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa pentingnye bahasa melayu. X semestinya dengan mengahapuskan PPSMI, semua masalah akan selesai. Mereka boleh mengambil inisiatif menukar bahasa buku-buku bahasa inggeris kepada bahasa Melayu agar suatu hari nanti, bila sumber rujukan sudah mencukupi, martabat bahasa Melayu sudah di tahap yang relevan, Kerajaan Malaysia yang prihatin akan menukar PPSMI. Percayalah.
BalasPadam-Pencinta bahasa Melayu, namun percaya, PPSMI tidak merosakkan bahasa Melayu-