Pengikut Setia - Terima Kasih

Sabtu, 9 Mei 2009

Ibu ratu hatiku

Hari ini seluruh dunia menyambut hari ibu, insan yang paling mulia selain nabi Muhammad s.a.w.

Pertama sekali aku ingin mengucapkan selamat hari ibu untuk emakku ynag tersayang, ibu mertuaku dan isteriku yang tercinta. Juga kepada semua sekali insan yang bergelar dan berjiwa ibu.

Ibu adalah wanita yang melahirkan anaknya. Nabi Isa boleh saja lahir ke dunia tanpa bapa, tapi tiada siapa pun yang lahir tanpa ibu.

Ada orang terseksa menjadi ibu, sanggup mengugurkan anak yang 'termengandung', membuang lantas 'terbunuh' anak yang dilahirkan. Tapi lebih ramai yang gembira, yang sanggup lakukan apa sahaja untuk memiliki cahaya mata, yang sanggup berlapar dahaga, mengeluarkan berapa sahaja belanja, untuk memiliki anak yang entah apa hasilnya.

Ketika di kolej dulu, aku berpeluang untuk berbakti di rumah orang-orang tua. Sedih, pilu, insaf. Apa maknyanya bila ramai orang tua yang anak-anaknya masih ramai diluar sana? Benar kata orang, seorang ibu boleh membesarkan sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.

Mak lebih selamat disana..
Aku kerja, bini aku pun kerja, mak bahaya tinggal dirumah sorang-sorang.
Mak tu dah nyanyok.
Orang tua ni dia tak faham kita,lagi pula aku pun sibuk.

Itu antara alasan yang sering di dengar, banyak lagi alasan, jika JKM syaratkan si anak letak seribu alasan sekalipun, mereka boleh beri, bagi mewajarkan tindakan mereka untuk menghantar dan melemparkan insan yang melahirkan, membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.

Hakikatnya, disebalik sambutan hari ibu, JKM memikirkan untuk menambah cawangan setelah permintaan semakin tinggi. Lebih-lebih lagi terhadap ibu-ibu yang hanya dilihat, dijengok untuk kali pertama semasa proses pendaftaan si ibu.

Wahai si ibu yang didalam sana,serta yang tidak mendapat kembali kasih sayang yang kamu curahkan untuk si anak satu ketika dulu, jangan risau, kerana ada berita baik untuk kamu.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.






_____________

2 ulasan:

  1. salam
    golongan tua perlu diberi perhatian.Solusi menambah lagi cawangan rumah2 orang tua tidak akan memberi kebaikan kepada masalah ini. Anak-anak sendiri harus bertanggungjawab menguruskan ibu bapa mereka sendiri.
    SELAMAT HARI IBU

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama