Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 7 Mei 2009

Demokrasi Menangis..



Semalam ramai orang tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku pada hari ini. Hari ini persidangan DUN Perak penggal kedua akan dibuka. Ramai orang yang berminat untuk menyoroti kisah ini. Ini kerana, peristiwa ini bakal menjadi sejarah. Ia bukan sejarah biasa, bukan macam Tun Abdullah panggil sidang khas untuk kutuk Yahudi, bukan juga macam DS Najib panggil sidang untuk bentang Mini Bajet, tetapi sidang ini bakal menyaksikan bagaimana sekumpulan orang yang dipilih rakyat untuk memimpin, berdepan dengan raksaksa yang punya segala jentera.

Bagaimana jentera-jentera itu diperkudakan. Bagaimana sekumpulan orang itu dinafikan hak untuk mempertahankan diri, untuk mempertahankan amanah yang diberi oleh rakyat.
Maka atas dasar itu, ada yang sanggup memandu beratus kilometer, yang bangun awal pagi menaiki keretapi, bas dan juga motor! Hanya untuk menjadi saksi kepada sejarah yang bakal terlukis didepan mata. Ibaratnya macam berlansungnya perlawanan akhir piala dunia dekat ipoh. Jadi jangan tanya mengapa mereka sanggup untuk datang dan ditangkap.

Rakyat sengaja memilih kerajaan yang mentadbir mereka berbeza-beza. Negeri lain, perseketuan lain, kerana keyakinan dengan wujudnya dua kerajaan, maka seolah - olah ada dua suami yang sentiasa cuba memenangi hati sang isteri.

Rakyat sebelum ini cemburu benar dengan Kelantan, negerinya memberi berbagai faedah, perseketuan pula sibuk bawa pembangunan. Tahun ini kali kedua puluh PAS memerintah Kelantan, aman, damai, makmur. Rakyat yang lain ingin mencuba.

Pusat bersaing dengan Negeri
Aku bertuah kerana kini tinggal di Selangor, sejak PR menang, aku tidak pernah membayar walau se sen bil air, perseketuan yang cuba menggoda kami si rakyat kemudian memberi pula elektrik percuma, cuma kali ini kadang-kadang memang benar percuma, tapi banyak banyarnya. Di Selangor, jika seseorang menggunakan kurang dari dua puluh meter padu maka bilnya percuma, jika guna dua puluh satu meter padu, maka bayar satu meter padu sahaja.

Berbeza dengan pemberian perseketuan, penggunaan kurang dari RM 20, tidak perlu bayar, tapi jika RM 20.01 walaupun lebihnya se sen, tetap kena bayar kesemuanya iaitu RM 20.01
Walau bagaimanapun, aku melihat inilah untungnya ada dua kerajaan, si kerajaan berebut-rebut untuk memikat hati pengundi.

Pusat tiru Negeri
Pada masa dulu cuti bersalin adalah selama tiga puluh hari, dan hari sabtu adalah hari berkerja, PAS di Kelantan kemudianya mengumumkan cuti bersalin selam dua bulan dan kerja hanya lima hari. Tun M adalah PM pada masa itu, beliau malu-malu kucing, maka distiharkan cuti bersalin selama enam puluh hari dan cuti sabtu dua minggu sekali. Maka wujudlah cuti sabtu minggu pertama dan ketiga, tapi alhamdulililah kini kerja hanya lima hari seminggu. Bila wartawan bertanya, adakah beliau meniru Kelantan, maka jawab si PM, tidak, Kelantan cuti dua bulan, tapi kami beri enam puluh hari. Walaupun jawapanya nampak lucu dan ego, tapi semua kaki tangan awam bersyukur.

Kemudianya apabia PAS berjaya memerintah Terengganu, PAS memansuhkan tol jambatan Sultan Mahmud. Walaupun PAS kemudianya kalah pada penggal berikutnya, tol tersebut tidak pula wujud semula. Maka sebab itu, rakyat harus bijak berpolitik dan sentiasa mengambil tahu.

Perseketuan dan Negeri

Perseketuan seharusnya meraikan negeri-negeri walaupun berbeza fahaman politik, negeri tidak boleh memusuhi perseketuan dan perseketuan tidak boleh menganak tirikan negeri. Perseketuan yang dipimpin oleh BN/Perikatan sejak merdeka kerap berlaku tidak adil tehadap negeri yang berbeza dan sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan negeri yang dipimpin oleh kerajaan yang bukan dari parti yang sama denganya.

Kelantan, Sabah, dan Terengganu adalah antara negeri yang berbeza pentadbiranya dengan persekutuan dalam beberapa penggal pilihanraya.( Ketiga-tiga kerajan ini pernah menghadapai krisis politik seperti di Perak sekarang keranan percubaan perseketuan (dan berjaya) menjatuhkan kerajaan negeri tersebut melalui amalan melompat parti). Tentulah Terengganu ditimpa nasib yang paling malang. Royalti minyak yang merupakan 80% jumlah pendapatan Terengganu ditarik balik. Walhal perjanjianya adalah jelas diantara Kerajaan Terenganu dan Petronas.
Perseketuan bersifat berlagak kerana kaki tangan awam,polis.tentera,hospital, sekolah dan lain-lain dibiayainya. Malah negeri turut menagih peruntukan tahunan yang diwajibkan oleh perlembagaan. Tanyalah MB Kelantan, bagaimana terseksanya beliau untuk mendapat peruntukan wajib tersebut, perseketuan sengaja melambat-lambatkanya. Dua puluh tahun Nik Aziz menjadi MB, tidak sekali pun beliau dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Menteri-Menteri Besar.

Silap faham Perseketuan

Perseketuan selalu bongkak bahawa merekalah yang menggaji kaki tangan awam dan menyediakan prasarana pembangunan dan segala kemdahahan, maka dengan itu wujudlah slogan dibina oleh kerajaan Barisan Nasional.

Pada ketika PAS di Terengganu meluluskan hukum hudud Tun M mengarahkan agar polis dan penjara tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Terengganu. Kononya tidak boleh patuh kepada undang-undang yang diluluskan tersebut. Walhal lain-lain undang-undang Syariah polis dan penjara sentiasa berkerjasama. Wajib berkerjasama sebenarnya kerana mahkamah syariah adalah mahkamah yang sah dan berdaulat. Contohnya begini, Camry seorang Islam dan tidak berpuasa dibulan ramadhan. Mengikut undang-undang syariah yang diluluskan oleh DUN Perak, orang ini boleh ditangkap oleh polis dan dibicarakan, sabit kesalahan penjara dua hari(contoh)

Maka sebab itulah kita sering melihat didada-dada akhbar mengenai penahanan oleh polis keatas umat Islam yang tidak berpuasa. Bukankah ini undang-undang syariah? Sebenarnya kaki tangan awam dan rakyat keseluruhanya perlu menghormati dan mematuhi apa-apa jua undang-undang yang diluluskan oleh dewan, samaada parlimen ataupun DUN.

Di Amerika perseketuan dan negerinya berbeza, negerinya boleh menggajikan angota polis dan bombanya sendiri. Boleh mempunyai mahkamah dan penjaranya sendiri. Berbanding di Malaysia, negeri-negerinya adalah kecil dan berpendapatan rendah, maka soal yang besar-besar seperti pertahanan, keselamatan, pendidikan,kesihatan dan lain-lain diserahkan kepada perseketuan. Sebenarnya ada senarai negeri dan perseketuan.Boleh rujuk sendiri di jadual ke sembilan perlembagaan perseketuan.

Adakah negeri tidak membantu apa-apa? Perseketuan mampu dan dipertangung jawabkan untuk membuat itu dan ini kerana mempunyai peruntukan yang besar. Zakat akan masuk ke kantung negeri, tapi zakat adalah kecil kerana hanya melibatkan orang islam, tetapi cukai pendapatan terus ke pusat. Kita makan KFC di Kelantan, kena cukai 5%, bukan Kelantan yang dapat, tapi perseketuan. Begitu juga cukai jalan, duti stem, lesen memandu, lesen tv (dulu tv ada lesen) dan sebagainya.

Oleh itu ianya merupakan satu tangunjawab, tapi amalan di Malaysia seolah-olah kita menagih bantuan, sekolah kerajaan untuk orang yang sokong kerajaan. Universiti hanya sampai di Kelantan di zaman Tun Abdullah. Bayangkan. Betapa berkuasa perseketuan dalam membuat keputusan.Maka betul lah kata D. Zaid Ibrahim, bahawa DS Najib lebih berkuasa berbanding Obama. Obama perlu melaporkan tindakanya kepada senat, kongres dan partinya Demokrat. Tapi apa saja tindakan seorang PM di Malaysia ini seolah-olah berdosa untuk dipertikaikan.

Mahkamah, Polis dan SUK

Ketiga-tiga institusi ini tidak menghormati kerajaan Perak yang di perintah oleh PR walaupun kehilangan kuasa PRa masih diragui dan boleh dipertahankan atau dilambatkan kejatuhannya. SUK begitu cepat menghalau DS Nizar kerana ada surat yang menyuruh DS Nizar meletak jawatan dan menghalang para ADUN untuk bersidang dibangunan Perak Darul Ridzuan. Walhal ada kes yang serupa di Perak yang melibatkan MB Perak pada ketika itu DS Mohd Ghazali. Iaitu ayah kepada bekas MB Perak DS Tajol Rosli. Ayah Tajol telah diarah meletakan jawatan tapi beliau enggan, tidak pula dihalau oleh SUK. Ini kerana Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat MB. Setidak-tidaknya SUK perlu tunggu sehingga Mahkamah membuat keputusan.

Polis bersekongkol dengan perseketuan dengan dasyatnya. Sivakumar sebagai Speaker sebenarnya adalah orang yang paling berkuasa sekali berkaitan DUN. Polis tidak boleh masuk dan menghalang persidangan tanpa permintaan dari Speaker, begitu lah alasan yang diberi mengapa polis tidak bertindak semasa Karpal Singh diancam dan dipukul oleh Pemuda UMNO di Parlimen tempoh hari. Polis telah menghalang persidangan sehingga memaksa dijalankan dibawah pokok, dan kini polis telah masuk ke DUN mengheret keluar Sivakumr.

Mahkamah pula telah mencampuri hal-hal berkaitan dengan DUN. Sedangkan jelas dalam perlembagaan yang memberikan kekebalan dari sebarang tindakan dalam keterlibatan seseorang individu dalam perjalanan DUN. Maka sebab itu jika kita melihat sidang parlimen, maka selalu ada cabar mencabar jika berani ulang kembali tuduahan kamu diluar Dewan. Tapi malang apabila mahkamah membatalkan perintah DUN yang telahpun disahkan oleh persidangan DUN untuk menggantung DS Zamry dan para Exconya.

D.Ganesan Speaker yang sah?


Pada pemilihan UMNO yang lalu, aku ada dijemput untuk hadir ke satu persidangan agung UMNO peringkat cawangan di bahagian Seputeh, saya bukan ahli UMNO, tapi minat dalam politik, semasa aku tiba bersama isteri yang sarat mengandung, Ketua bahagian UMNO Seputeh pada masa itu D. Hisham sedang memberikan ucapan perasmian, antara inti patinya ialah beliau berkata yang kerajaan PR Perak telah melantik speaker Hindu. Bila YB-YB mengankat sumpah perlantikan dihadapan speaker, speaker tersebut meletakkan tokong Hindu kecil dihadapanya, maka seolah-olah mengankat sumpah didepan tokong. Begitulah UMNO yang sering memainkan isu-isu perkauman.

Tapi, hari ini seorang Hindu diangkat oleh UMNO/BN untuk menjadi speaker. Sahkah cara perlantikannya? Aku bukan mempertikaikan yang dia adalah Hindu, tetapi kaedah perlantikanya.

Persidangan bawah pokok.
Persidangan tersebut adalah sah kerana ianya adalah persidangan yang dipanggil bersidang atas alasan persidangan penggal pertama sebelum ini adalah ditangguhkan. Ianya sama dengan Tun Abdullah yang memanggil sidang tergempar berkaitan isu Palestin. Tidak perlu untuk Agong datang rasmi. Boleh bersidang dan sah apa jua usul dan keputusan dalam sidang itu. Bagaimaan soal tempat? sah kah dibawah pokok? bagaimana pula jika kita tidak bersembahyang jumaat di masjid kerana siak hilang kunci? tapi dibawah pokok, tapi cukup empat puluh orang dan rukun yang lain? tidak sah kah? Tentu sah bukan, dan kita tidak perlu bersembahyang zohor pula bagi menggantikanya. Maka dengan itu usul pada persidangan bawah pokok itu juga adalah sah dan wajib dipatuhi.

Bersidang dalam sidang

D. Ganesan telah dilantik pada persidangan pagi tadi, faktanya disini ialah persidangan kali ini adalah persidanga penggal kedua. Ianya bukan penangguhan seperti di bawah pokok. Oleh itu ada majlis perasmian oleh Sultan. Bagaimana BN boleh bersidang tanpa perasmian terlebih dahulu? Jika sidang BN tadi tidak sah, maka speaker yang dilantik turut tidak sah. Jadi bagaimana polis boleh menarik keluar Sivakuamr yang masih duduk di kerusi Speaker?

Pembaca boleh menilai apa yang berlaku, bagaimana agensi kerajaan di perkudakan, bagai mana polis beramai-ramai mengepung bangunanan SUK seolah-olah perang bakal berlaku, tapi peragut bermaharajalela diluar sana kerana tiada lagi polis untuk memantau.

Dan aku, insan yang ingin melihat politik baru, keadilan untuk semua, yang ingin melihat dua kerajaan bersaing membahagiakan rakyat, berkecai sama sekali. Di Perak, kakitangan awam diajar dua undang-undang berbeza. Satu untuk BN dan satu untuk PR.

2 ulasan:

  1. rakyat makin keliru mengenai isu perak..
    2mb, 2 speker.. 1kapal 2 nakhoda jawapnye kapal karam..
    saya rasa kalo keadaan berterusan rakyat akan mulai membenci kerajaan pusat dan PRU13 menjadi penamat bg BN

    BalasPadam
  2. ironinya:-
    1. kes ini akan menjadi kes rujukan..,nanti ada plk parti yg akn buat cara yg sama..sejarah mgkn akn berulang.
    2. Hati-hati bercakap ,kerana ia tidak blh ditarik blk,..terlajak perahu blh tolak undur..skrg siapa tg kena btg hidung?
    3. Tu sb lelaki suka poligami..ada saingan dan cabaran !!
    4. Najib tak nk sebut 'kakitangan kerajaan' lg dh kena pgl penjawat awam tau..sb ? tanyalah kat dia org yg keje di Sgor,Ktan,PP..Perak dh celaru

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama