Walaupun dilahirkan di Melaka, emaku orang Melaka, manakala ayah orang P.Pinang, tetapi aku lebih suka untuk mengakui yang aku adalah orang Perak.Ini kerana aku tinggal di Perak lebih dari sepuluh tahun. Aku mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas kg. Serdang, Sitiawan Perak. Kemudianya darjah satu di SK Seri Selamat, Sitiawan.
Tapi kemudianya berpindah di kampung ayah di Kg.Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang. Aku bersekolah di SK kuala Muda sampai darjah empat. Mungkin kerana ini sekolah kampong nelayan yang mundur, maka setiap tahun aku akan naik kepentas untuk menerima hadiah.
Darjah lima, aku berpindah semula ke Sitiawan, sambung tingkatan satu hingga tingkatan tiga di SMK Tok Perdana dan kemudianya dua tahun di SMT Sri Manjung. Aku kemudianya melanjutkan pelajaran di Kolej di Ipoh selama tiga tahun.
Kata orang zaman remaja adalah zaman yang paling indah, maka tidak hairanlah Perak menjadi tempat yang paling banyak tersimpan dalam memoriku. Dekat Perak lah aku membesar, berkawan dan bergaduh sampai mata lebam-lebam, mula suka dan disukai,kenal cinta yang indah. Merayau pada waktu tengah hari dan melepak malam sampai pagi.
Perak yang aman damai, tempat menarik dan indah.Ada kelahiran Perak sendiri tidak pernah menjelajah seluruh Perak. Tapi aku telah pun sampai di semua sembilan daerah di Perak. Dari Tg Malim dan Bagan Datoh hingga ke Pengkalan Hulu @ Kroh yang bersempadan dengan Siam. Tasik Banding dan Tasik raban yang membiru, desiran ombak Teluk Batik dan Segari, Sungai Perak di Kuala Kangsar dan Teluk Intan. Air Terjun Lata Kekabu dan Ulu Kenas.
Melihat pembangunan di Sitiawan, pokok-pokok getah ditebang sedikit demi sedikit untuk perumahan di sekitar SMK Ahmad Boestamam. Kedai-kedai yang naik bagai cendawan selepas hujan. Emm.. memang banyak kenangan.
Bangunan Perak Darul Ridzuwan
Dua kali aku pernah ke bangunan ini, kali pertama sempena majlis persatuan Penulis Perak. Masa itu ucaptama diberikan oleh DYTM Raja Dr Nazrin Shah. Dan kali yang kedua ialah semasa aku konvo. Tapi esok, orang ramai tidak lagi boleh untuk mendekati bangunan itu untuk jarak 500 meter, jalan kearah bangunan itu ditutup selama tujuh hari persidangan mulai 9 malam ini.
Sebelum ini bangunan itu dikepung oleh FRU bagi menghalang persidangan DUN oleh PR.
Bangunan itu kini jadi medan politik. Berbanding pengalaman aku ke bangunan itu untuk majlis ilmu. Semenjak rampasan kuasa oleh BN, Perak jadi kacau bilau, adakah ada lagi ketemteraman? Esok mungkin ada demontrasi oleh si baju hitam. Polis akan bekerja kuat mengikut arahan orang atas. Berapa pula belanja untuk tujuh hari itu? Polis telahpun mengumumukan yang akan membelanjakan RM 5 juta untuk PRK Penanti.
Disudut hati ini, aku berdoa agar ketemteraman agar segera kembali. YDP Dewan Negara telah pun menyeru agar kembalikan kepada rakyat untuk buat keputusan.
Saya rakyat Semenanjung. Alhamdulillah semua negeri di Semenanjung pernah saya jejak. Setiap negeri, ada ragam, suka duka, tawa tangis dan jua dialek yg pelbagai. :)
BalasPadamalhamdulillah.. saya tinggal sarawak saja belum tempuh.
BalasPadamBenar kata alang, setiap negeri ada ragam,suka,duka dan dialek yang perbagai.
meskipun orang johor tetapi zaman persekolahan saya sejak tadika sampai tingkatan 3 adalah di Perak.
BalasPadamSaya berdoa moga keamanan kembali semula di negeri Perak.Demi masa depan dan kebaikan kita semua amnya.
Firstly, thnx sbb follow sy dlu.
BalasPadamSecondly, i like ur writing.keep up the good work;)
pasl Perak, ayh sy org sane.hehe..org kg titi serong.lme xblik, rndu kt opah ngn tokwan.hehe..
seronok cerita fsl dulu-dulu..
BalasPadamsy lahir Perak,belajar dr kecik smpai tua kat Sgor,makan gaji kat NS...nak jenuh jln2
ada sesiapa org S.Bernam n T.Krg kat sini?
sabak dekat mana? Sepintas?
BalasPadamkita semua rakyat Msia walau di mana..
BalasPadamSabak? tanya la kat mana..pekan,kg,jalan,lrg,parit..semua den tau..kalau kat Prk Sel-Sgor-KL kalah pemandu pelancong yg ada...