Malam tadi aku keluar bersama isteri dan anak ku, keluargaku yang lain tinggal dirumah melayan AF. Memang sengaja aku keluar, hujan renyai-renyai. Kesejukan usah dikata, menusuk sampai tulang sum-sum. Tapi kugagahi, kami ke pekan Tanah Rata. Sengaja untuk melihat gelagat orang, pengunjung agak ramai yang berpeleseran,tapi tidak seramai semalam.
Aku seperti biasa dengan kamera Sony model DSC-H50, mengambil beberapa gambar, perbagai sudut. Kamera ni tak lah canggih sangat, tapi sudah cukup buatku yang menggunakanya sekadar minat dan merakamkan aktiviti.
Kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Banyak juga kedai yang menamatkan operasi awal. Mungkin memang kebiasaan disini. Kelihatan ramai juga pelancong antara bangsa, tak kalah juga pengunjung tempatan. Aku menghabiskan malam itu dengan menghirup milo tarik di salah sebuah gerai disitu. Kemudianya kami bertolak pulang ke Anthulium.
Ada satu perkara yang aku nak sentuh, bukan sahaja Cameron, tapi tanah tinggi yang lain juga. Mengapa setiap binaan di tempat peranginan tanah tinggi perlu kebaratan? Maksud aku keinggerisan, adakah sejuk itu sinonim dengan kebaratan? Ya aku akui yang Cameron dan Bukit Fraser ni di buka oleh orang inggeris, tapi Tanah Tinggi Pahang? Binaan disini ala Perancis pulak. Bukankah itu tanah tinggi yang dibuka oloeh rakyat tempatan, tak silap aku Berjaya. Lagi pula untuk binaan baru mengapa juga seni bina inggeris? Cantik, ya aku akui cantik, tapi mestikah? Tak salah, ya aku akui tak salah. Cuma persoalan mestikah? Adakah jika senibina yang dibangunkan dengan seni bina Melayu maka pengunjung akan berkurangan? Atau memang ramai yang datang untuk merasai suasana eropah? Atau bagaimana?
Hari Terakhir.
Hari ini, 3.05.09 adalah hari terakhir aku di Cameron, pagi yang dingin ini aku sekeluarga mula bersiap-siap untuk pulang. Kami perlu bertolak mengikut masa yang dirancang supaya tidak tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan sampai awal dirumah.
Sampai awal dirumah penting, supaya kami dapat mengemas kereta yang sarat dengan barang, dapat membawa keluar baju busuk yang tidak berbasuh, dapat mengumpulkan cenderahati untuk keluarga yang lain dan rakan-rakan. Dan yang paling penting dapat berehat secukupnya untuk kerja hari esok.
Hujan renyai-renyai. Menambah sejuknya suasana Cameron Highland, kami bersarapan berat, makanan yang dimasak kami sendiri. Jam 10.30 pagi kami bertolak pulang, rancangan asal untuk ke pekan Brinchang. Tapi jalan agak sesak ke Brinchang. Difahamkan ramai yang ambil susur keluar Simpang Pulai untuk balik. Kami pula melalui susur keluar Tapah. Kami kemudianya singgah di Taman Lebah. Tak banyak yang kami lihat, masa menghantui kami, walaupun masih awal tapi takut juga kalau-kalau kesesakan berlaku nanti.
Ada kejadian yang menakutkan berlaku, iaitu ada dua pokok tumbang. Tapi kejadian berlaku awal pagi, pihak berkenaan sudah memotong separuh bagi membolehkan jalan sehala. Ramainya orang yang mengunakan susur keluar Simpang Pulai menyebabkan jalan ke arah Tapah lenggang. Kami berjalan dengan lancar sekali.
Masuk ke lebuhraya, jalan juga lancar. Cuma ada sedikit kesesakan lalu lintas dibeberapa tempat, tapi sekejap sahaja kerana kurangnya kereta. Kesesakan berlaku kerana dari dua lorong menjadi tiga lorong di TG Malim, dan kebakaran sebuah kereta.. Perancangan kami mengelak kesesakan lalu lintas bolh dikatakan berjaya. Kami sampai di rumah kira-kira jam empat. Huh penat.. Aku nak berehat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama