Pengikut Setia - Terima Kasih

Rabu, 27 Mei 2009

Along Mengganas



POLIS mengawal bangunan yang dipercayai tempat pengurungan mangsa along (gambar bawah) di Seri Kembangan. Mangsa dirantai dan dikurung secara kejam dalam dua 'lokap' yang dibina sendiri di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat.


Polis selamatkan 3 tahanan along


SUBANG: Polis menyelamatkan tiga lelaki mangsa sindiket along yang dirantai dan dikurung secara kejam dalam dua "lokap" yang dibina sendiri di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan PBS 14/2, Serdang Raya, di sini, petang tadi.

Seorang daripada "banduan" along itu ditahan sejak dua bulan lalu, seorang lebih sebulan manakala seorang lagi kira-kira 10 hari.

Ketiga-tiga mangsa diikat dengan rantai balak pada leher, tangan dan kaki.

Semua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Kajang, Gombak dan Segamat, Johor.

Setiap mangsa hanya diberi sebuku roti untuk sajian selama seminggu, manakala air minuman dari paip tandas yang dibina khusus untuk lokap berkenaan.

Mereka ditemui dalam keadaan lemah, ada kesan lebam dan luka akibat dirotan di beberapa bahagian badan.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata serbuan dilakukan dua jam susulan penahanan dua ahli sindiket along di hadapan sebuah bank di Desa Jaya, Kepong, kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, suspek berusia 30 dan 33 tahun itu dipercayai baru selesai menjalankan urus niaga berkaitan pinjaman.

"Polis yang dibawa ke premis terbabit, menemui sebuah bilik kecil di bahagian belakang dan menemui ketiga-tiga mangsa dalam dua buah lokap berasingan.

"Kita percaya suspek mengambil kesempatan menggunakan kekerasan luar biasa berikutan hutang mangsa di antara RM1,500 dan RM4,000," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini petang tadi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana membuat kurungan secara salah dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

p/s Dasyat betul, apa nak jadi ni, along boleh berkuasa sedemikian rupa..

2 ulasan:

  1. isu along sudah lama diwar diwarkan tapi tetap masih ada.. makin bermaharajalela..

    BalasPadam
  2. sy pun 'along' jg,dah byk yg belajar,kawin,buat rumah n dpt insuran dgn 'along' ni..br ni p mtg kat ipoh kena hentam sb thn nie xdpt nak bg diveden..ni sah punya menyimpan sambil meminjam,sama-sama dpt untung.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama