Menteri di JPM, D. Jamil Khir Baharom semalam berkata kerajaan mungkin akan menguatkuasakan pembayaran zakat seperti mana cukai. Beliau berkata lagi pembayaran zakat kini menggalakan dengan kutipan mencecah hampai satu bilion ringgit.
Cadangan ini adalah satu cadangan yang baik dan perlu disegerakan, ini kerana zakat adalah sesuatu yang diwajibkan keatas orang Islam.
Rukun Islam
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat
Selain dari itu zakat juga turut dimuatkan didalam Al-Quran dalam perbagai surah, antaranya;
surah al-Hajj ayat 40 dan 41 yang bermaksud :
”Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan ”
Tahniah kepada D.Khir kerana mencadangakan hal ini, ini kerana menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk menjalankan seluruh isi kandungan al-Quran. Dizaman Saidina Abu Bakar, baginda memerangi orang-orang murtad dan yang tidak membayar zakat. Zakat adalah penting bukan sahaja untuk senarai asnaf, tetapi lebih luas dari itu untuk dimasukan kedalam Baitulmal ( Bank Negara/perbendaharaan ) dan digunakan sebagai dana membangunkan negara dalam semua aspek pemerintahan. Oleh sebab itu, penguasa berhak mewajibkan zakat dan berhak mewujudkan agensi pengutipan, walaupun individu lebih afdal memberi kepada asnaf mana yang mereka suka. Ini kerana seperti yang disebutkan tadi, sumber zakat juga adalah untuk pembangunan negara.
Malang di Malaysia
Malaysia mengamalkan sistem yang silap tentang percukaiaan, ini kerana sebagai negara Islam, sejak merdeka iaitu tahun 1957 hingga kini, terdapat dua bentuk percukaiaan untuk orang Islam iaitu zakat(yang dituntut oleh agama) dan cukai kerajaan. Sebenarnya sebagai sebuah negara Islam, orang Islam hanya dikenakan zakat dan bukan Islam dikenakan cukai. Islam juga mengenakan jumlah yang sama keatas zakat dan cukai iaitu 2.5%.
Apa yang berlaku sekarang, orang Islam perlu membayar cukai yang telah ditolak zakat(2.5%) sedangkan kerajaan sepatutunya hanya mengenakan zakat, dan cukai untuk orang bukan Islam juga haruslah hanya 2.5%.
Kerajaan membuat silap yang kedua apabila mengasingkan zakat dan cukai, sebab itulah sebelum ini ramai yang kurang membayar zakat, kerana tiada penguatkuasaan undang-undang seperti cukai. Ya betul tidak membayar zakat akan mendapat azab di akhirat, tapi balasan yang serta-merta lebih ditakuti oleh manusia. Hanya mereka yang beriman yang akan berusaha untuk mengeluarkan zakat.
Zakat dan cukai sepatutunya digabungkan dalam sesebuah negara Islam, tapi di Malaysia penulis mengakui hakikatnya sukar dilaksanakan,ini kerana kita mempunyai kerajaan pusat dan negeri yang berkuasa keatas pentadbiran Islam. Oleh itu cadangan awal agar penguatkusakan zakat amatlah dialu-alukan walupun telah terlambat lebih lima puluh tahun. Penulis juga sarankan agar semua syarikat yang dimiliki oleh orang Islam, GLC dan yang ada syer orang Islam hendaklah mengeluarkan zakat.
Sebelum ini parlimen melaporkan yang Petronas tidak pernah mengeluarkan zakat sejak ditubuhkan!!
Persoalan
Apa yang ingin penulis muskilkan disini ialah kenapa zakat didahulukan oleh menteri baru ini? Adakah kerana minggu lepas adalah hari akhir menbayar cukai dan beliau teringat akan perkara itu? Atau zakat sesuatu yang membawa keuntungan? ( 1 bilion tahun ini) Zakat adalah senarai ke lima dalam rukun Islam, mengapa tidak memerangi orang murtad (1. Mengucap dua kalimah syahadah) Bukankah SS Mufti Perak kata ada 250 ribu orang yang murtad.
Kerajaan Kelantan dan Perak ( semasa dibawah PR ) ada menganjurkan bulan kempen solat, solat di Kelantan dipermudahkan dengan menyediakan tempat-tempat solat distadium dan pasar malam. Masjid-masjid di Kelantan lebih makmur walaupun buruk dan tandasnya kotor. di Selangor D. Dr Hassan Ali turut mengarahkan agar khemah solat disediakan di tapak-tapak pasar malam. Jadi bagaimana dengan rukun Islam ke dua ini D. khir?
Selain itu banyak lagi hukum Islam yang lain seperti yang terkandung di dalam a-Quran dan hadis. Kerajaan Kelantan dan Terengganu (dibawah PAS 1999 ) contohnya mengharamkan apa jua jenis perjudian, D. Khir bolehkah?
salam
BalasPadampenguatkuasaan undang2 di Malaysia kena menyeluruh.Tak boleh ambil satu kemudian buang satu.Semua aspek dan hukum Islam perlu dipraktikkan di negara ini.
Apakah perkara ini untuk menutup kritikan keputusan kerajaan berkenaan isu agama kanak2 yang timbul sebelum ini?
Salam,
BalasPadamcadangan 2% dan 2.5% tuu cantik !!
institusi zakat di ng ni antara yg terbaik..cuma msh ada 'tertanya' bab pengurusannya...tu dl ana zakat 'direct'.
Penakiri ...leh tlg ana yaa..LHDN ni mkn lama mkn syok ptg ana punya PCB la..CP38 laa..mkn komen mkn tmbh byk pulak !!
Itulah peliknya, boleh pulak memilih hukum Allah yang mana hendak dipraktikan?
BalasPadamSalam Penulis. Saya harap usaha Dato Khir tidak dipandang negatif. Mungkin niat beliau mulia. Apapun, selagi perkara2 ini menguntungkun Islam di Malaysia, InsyaAllah saya sokong ,tanpa mengira fahaman Politik.
BalasPadamTerima kasih alang,
BalasPadamSaya juga sentiasa menyokong sebarang usaha ynag menguntungkan Islam.
Tapi jangan lah dilakukan sesuatu kerana hanya nampak untung dunia sahaja. (zakat 1 bilion)
Jangan pula kita nampak lebih pandai dari Pencipta kita.
Memandai-mandai pilih hukum mana yang kita mahu.