Pengikut Setia - Terima Kasih
Selasa, 5 Mei 2009
Sultan pecat MB Terengganu?
Apabila Peguam Negara TS Gani Patail mengatakan yang DS Nizar tidak dipecat tetapi tersingkir, maka ini menunjukan yang Peguam Negara bersetuju yang Sultan tidak boleh memecat seorang Menteri Besar.
TS Gani memberi alasan Sultan telah bertindak dengan betul kerana percaya yang MB tidak lagi mendapat kepercayaan majaroti ADUN. Sedangkan pada masa tersebut BN dan PR masing masing mempunyai jumlah adun yang sama.
Lagi pula, didalam perlembagaan menyebut, jika seseorang MB itu hilang kepercayaan didalam DUN, maka undi tidak percaya hendaklah dibuat. Ianya tidak akan jadi secara automatik si MB akan tersingkir seperti kata Peguam Negara.
Baru-baru ini MB Terengganu telah kehilangan majaroti ADUN bila 18 orang ADUN tidak lagi menyokongnya (10+8). Adakah si MB Terengganu ini tersingkir menjadi MB? Tentu sekali tidak, ini kerana jika undi tidak percaya dibuat sekalipun, mungkin ada ADUN yang tidak mengundi atau akan menyokongnya.
Sains Politik
Ada sesuatu yang TS Gani perlu faham tentang pembentukan kerajaan.
1. Kerajaan yang mendapat majaroti penuh.
2. Kerajaan yang mendapat majaroti mudah
3. Kerajaan Perpaduan ( semua parti/ ahli dewan membentuk kerajaan)
PR membentuk kerajaan di Perak setelah secara spontan pembangkang memenangi PRU di Perak. Kerajaan tersebut dibentuk apabila tiga parti bergabung. Ini menjadikan mereka membentuk kerajaan Majaroti penuh. Sebenarnya dalam situasi di Perak, BN/UMNO boleh membentuk kerajaan jika PAS, DAP dan Keadilan tidak mahu bersatu dan membenarkan BN membentuk kerajaan. Ini dipanggil Kerajaan Majaroti mudah. Jika ini berlaku ini bermakna yang Kerjaan yang ditubuhkan itu tidak mendapat sokongan majaroti ADUN, adakah MB akan tersingkir juga? TIDAK!! Ini kerana memang sesebuah kerajaan majaroti mudah dibenarkan untuk ditubuhkan jika ADUN yang lain tidak menghalang. Dan jika selepas itu mereka berfikir untuk membentuk gabungan baru, maka Sultan tidak boleh melantik MB baru melainkan dengan perletakan MB lama ataupun pengguran jawatan MB oleh DUN degan membuat undi tidak percaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tuan,
BalasPadam'menyokong' dan 'mengundi'punya makna dan implikasi yg berbeda...
Maksud saya adalah begini, sebagai seorang MB/PM mereka harus diberi peluang untuk mempertahankan kerajaan mereka.
BalasPadamContohnya begini, jika undi tidak percaya dilakukan oleh 10 ADUN BN,ini tidak bermakna yang undi tersebut akan berjaya, ini kerana proses pengundian akan berlaku secara rahsia, MB Ahmad Said boleh mendapatkan kerjasama 8 orang ADUN PAS jika beliau mahu terus berkuasa.
Begitu juga yang terjadi di Perak, biarlah pengundian dilakukan, kerana itulah cara yang dianjurkan oleh perlembagaan.
Apabila Tun Abdullah merasmikan perbagai koridor dan tiba-tiba membubarkan parlimen, maka adakah Tun Abdullah kehilangan kepercayaan Parlimen? tidak, tetapi itu strategi Tun Abdullah sebagai PM, buat koridor banyak-banyak untuk umpan rakyat dan kemudian jalankan pilihanraya.
Itu adalah hak Tun Abdullah untuk pohon bubar dewan.
Sultan Azlzn Shah sendiri dalam bukunya berkata Agong/Sultan perlu luluskan hasrat PM/MB untuk bubarkan dewan.
Pembubaran dewan disebabkan oleh:
1. Tamatnya tempoh penggal(5tahun) dewan dan
2. Untuk mendapat mandat baru.
Oleh yang demikian adalah hak DS Nizar untuk mendapatkan mandat baru apabila menyedari yang kerajaannya goyah.