Pengikut Setia - Terima Kasih

Ahad, 31 Mei 2009

Fahaman aku isu Chin Peng

1

Seperti orang lain, sebagai anak Melayu yang dibesarkan dalam persekitaran Melayu, ajaran tidak langsung adalah Cina itu jahat dan tidak boleh dipercayai. Masa belajar silat dulu, diceritakan pula tentang tragedi 13 Mei dan cerita parang panjang Kiyai salleh. Belum lagi dengan cerita kekejaman komunis dan bintang tiga.


Kiyai Salleh(tengah) disamping anggota keselamatan

Tapi dalam kehidupan seharian, pergi beli barang kat kedai cina, baiki basikal kat kedai cina, kedai Melayu cuma pergi makan je, gunting rambut di kedai india. Itulah suasana di Sitiawan, tempat kelahiran Chin Peng lima belas tahun dulu, tapi kini perbagai perniagaan telah diceburi oleh orang Melayu walaupn tidak bsetanging orang cina. Orang Melayu semasa aku kecil dulu, kalau tak kerja kampong, kerja kerajaan atau meniaga kedai makan. Mungkin sebab bab halal haram ni sensitif, maka kedai makan orang Melayu boleh hidup.

Siapa yang salah bila kedai Melayu hanya kedai makan? Perlukah kita tanam permusuhan dengan orang lain kerana kejayaan mereka? Bila dah semakin besar, ustaz ajar yang kita ni dari keturunan yang sama, keturunan Nabi Adam. Semua manusia itu baik dan kita dituntut berprasangka baik. Eh ni dah lain dengan ajaran secara tak langsung iaitu cina itu jahat dan india itu pembelit.

Sejak aku dipenghujung sekolah menengah, rasa perkauman semakin berkurangan, rasa dengki tak tentu pasal dengan perniagaan yang maju dikalangan orang cina digantikan denga iri hati tapi niat untuk bersaing. Orang-orang india yang selama ini dianggap ular, dilihat sebagai kawan yang bermanfaat. Semua ini datang dari hasil pembacaan dan pergaulan lebih luas dan tidak tetikat dengan sukatan pelajaran semata-mata.

Ketika ditingkatan lima juga, semasa mempelajari sejarah timbul persoalan tentang pemimpin Melayu didalam komunis. Pelik, bukankah komunis itu tidak percaya kepada tuhan? Habis tu nape orang Melayu masuk komunis? Datuk aku adalah seorang polis yang menentang komunis. Seorang pakcik ku adalah salah seorang penerima Pingat Panglima Gagah Berani kerana kehebatannya menangkap komunis. Tidak hairanlah sejak dari kecil aku diajar yang komunis itu jahat,tapi persoalan timbul bila sejarah dipelajari, dan dalam sejarah walaupun telah digelapkan sebahagian fakta masih dilaporkan tentang penglibatan pemimpin Melayu dalam komunis. Nama-nama seperti Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Faqeh adalah antara pemimpin Melayu yang menyertai komunis.



Penglibatan pemimpin Melayu Islam bukan bermaksud komunis adalah betul, cuma pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka berjuang melalui komunis. Komunis adalah satu ideologi dari barat. Seperti mana ideologi lain, cumanya ianya mendapat sambutan meluas dibeberapa buah negara, antaranya China. Orang cina di Malaysia turut terpengaruh dengan ideologi komunis dan berjuang dalam komunis. Komunis asalnya turut disokong oleh British untuk menentang Jepun. Ini kerana hubungan Jepun dan cina tidak baik akibat perang Jepun - China.

Setelah Jepun kalah dan kembalinya British ke Tanah Melayu, komunis tidak terus meletakkan senjata, sebaliknya masuk episod baru dan bermulanya sokongan sesetengah orang Melayu kepada komunis. Sokongan itu bukan bermaksud orang Melayu ini bersetuju tiadanya tuhan, tetapi menyertai komunis bagi mengankat senjata memerangi British. Satu Rejimen Melayu Komunis iaitu Rejimen ke 10 ditubuhkan.




Episod ini seterusnya membawa kebencian bukan sahaja orang Melayu malah orang cina terutamanya kepada komunis, selain peperintahan komunis bintang tiga selama dua minggu, iaitu tempoh diantara kekalahan Jepun dan kembalinya British, tragedi Bukit Kepong ialah satu peristiwa yang membawa kebencian tersebut. Serangan ke atas balai polis Bukit Kepong oleh komunis sebenarnya diketuai oleh seorang komunis Melayu bernama Ahmad Iskandar. Beliau adalah seorang terpelajar, mendapat pendidikan agama dan bekas guru agama.

Biasalah dalam peperangan berlakunya bunuh-membunuh, perogolan dan rompakan.Ramai polis dan askar Melayu turut terkorban. Tetapi sejarah juga mencatatkan komunis banyak menyerang dan membunuh orang-orang British dan kepentinganya, darurat diistiharkan setelah pembunuhan tiga pengurus ladang berbangsa inggeris oleh komunis. Bukan kerana rakyat tempatan diancam. Tentang polis dan askar Melayu yang terkorban, keadaanya bolehlah disifatkan dalam perang di Afganistan sekarang, bagaimana polis dan askar Afganistan dibunuh oleh Taliban. Siapakah pejuang dan siapakah boneka?

Hakikat yang harus kita terima ialah kemaraan komunis telah mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Pembentukan Malaysia yang disertai oleh Singapura, Sabah dan Sarawak juga adalah faktor untuk mengekang faktor komunis. Oleh yang demikian sudah tentulah komunis dan pemimpin Melayu yang menyertai komunis terus mengangap mereka adalah pejuang kemerdekaan.

Komunis dan Cina


Komunis seperti mana yang diutarakan tadi mendapat tempat dikalangan orang cina. Oleh yang demikian, pihak british bertindak memisahkan orang cina dengan mewujudkan kampong baru. Seramai 400,000 orang cina terbabit dengan terbentuknya 400 buah kampung. Baru-baru ini perkara ini dibangkitkan oleh DYTM raja Dr Nazrin, baginda bertitah kewujudan kampog baru tersebut sebenarnya dibantah oleh Raja-Raja Melayu kerana membabitkan tanah Rezab dan tanah orang-orang Melayu. Baginda membangkitkan hal tersebut kerana isu pemberian tanah kepada penduduk kampong baru kepada penduduknya oleh kerajaan DS Nizar.

Sejak akhir-akhir ini, kerajaan BN yang telah ditolak oleh rakyat di banyak tempat seakan-akan mati akal untuk menentang arus sokongan rakyat kepada PR. Perbagai isu dimainkan namun tidak berjaya atau kejayanya sangat sedikit. Rais Yatim adalah orang yang membakar isu komunis ini. Ini berikutan bekas S/U Agong PKM Chin Peng yang telahpun berumur 85 tahun ingin kembali di Malaysia dari tempat berlindungnya di Thailand. Setelah banyak pihak membuat kenyataan termasuk menteri Pertahanan, akhirnya PM DS Najib membuat kenyataan yang mengatakan kerajaan tidak akan membenarkn lelaki komunis terakhir itu balik ke Malaysia. Kenyataan DS Najib dibuat tanpa kepastian adakah Chin Peng akan membuat rayuan keatas mahkamah Perseketuan. Jika beliau mahu berbuat sedemikian, bermakna DS Najib telah mendahului dan mempengaruhi keputusan mahkamah.

Mengapa pemulangan Chin Peng dijadikan isu? Beliau sudah tua, komunis diseluruh dunia juga sudah berubah. Selain dari itu sudah ada perjanjian damai antara kerajaan malaysia, tahailand dan komunis pada tahun 1989. Jadi Apakah ancamanya kepada kesejahteraan Malaysia? tidak lain dan tidak bukan adalah kerana beliau adalah cina. Pemimpin komunis Melayu seperti Shamsiah Faqeh sempat balik dan meninggal di Malaysia. Beliau balik pada tahun 1994 dari China.

Ternyata kelantangan pemimpin dan NGO pro kerajaan untuk menentang kepulangan Chin Peng adalah kerana untuk membangkitkan semangat anti cina dikalangan orang Melayu sesuai dengan krisis politik di Perak. Alasan-alasan tidak logik seperti menguris hati bekas parajurit adalah dangkal sama sekali, apa yang askar jepun tidak buat sepanjang penjajahan mereka, sejarah juga menunjukan kekeaman british terhadap ulama' Tok Janggut di Kelantan.




Pejuang kemerdekaan Tok Janggut dibunuh kejam. Beliau adalah seorang ulama' diperlakukan sedemikian rupa oleh Penjajah British

Perkara-perkara yang harus kita faham
1. Chin Peng sudah tua dan tidak mampu mengganas.
2. Alasan yang aktiviti komunis akan tersebar luas adalah tidak logik. Ini kerana Chin Peng tidak perlu ke sini untuk komunis berkembang kerana komunis punya blognya sendiri.sini Lagi pula komunis ada masalah dengan ideologinya, ini membuatkan komunis runtuh di Russia, dan china kini lebih liberal dalam ekonominya.
3. Chin Peng dulu jahat dan tidak perlu peri kemanusian kepadanya. Ini juga adalah satu ajaran sesat. Adakah kita perlu bertindak zalim terhadap orang yang melakukan kezaliman? Tidak zalimkah Jepun sepanjang pemerintahannya?
4. Mahkamah dah tolak permohonan Chin Peng, hormatilah mahkamah. – Mahkamah Malaysia jika dituruti perjalannaya memang bayak tidak adil berbanding adil. Ada ke patut Chin Peng perlu buktikan dia rakyat Malaysia, bukankah dalam sejarah Malaysia sendiri tulis dia lahir di Sitiawan Perak? Bukankah masa nak merdeka dulu sape yang lahir di Malaysia sebelum merdeka dia jadi rakyat Malaysia?
5. Chin Peng telah berdamai dengan kerajaan. Nabi sendiri menghormati perjanjian dan tidak pula berdendam dengan kafir Quraish ketika pembukaan Makkah.

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :


* PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
* Parti Komunis Malaya dibubarkan
* Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
* Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
* Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

* Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.

* Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

9 ulasan:

  1. Salam

    Dari apa yg saudara tulis, dapat saya simpulkan bahawa saudara membenarkan cinpeng kembali ke Malaysia dengan alasan dia sudah tua dan pkm tidak mengamcam keselamatan malaysia. Saya nak tanya saudara, Maaf ckp, klau anak bini saudara dirogol dan dibunuh oleh cinpeng. Kemudian beliau menghilangkan diri selama 60 tahun. Dan tiba2 ingin kembali ke kawasan anda. Adakah anda akan biarkan begitu saja? Undang2 mana saudara pakai? Memang adat peperangan mati hidup semua telah ditentukan. tetapi bagaimana nasib orang2 kampung yang dibunuh oleh pkm? tahukah saudara berapa ramai orang melayu `awam` dibunuh ketika pkm berkuasa selama 13 hari di Malaysia? Pernahkah saudara mendengar ketika berkuasa, pkm membawa masuk babi ke dalam masjid? pernahkah saudara ke kampung2 terutamanya di baling kedah dan bertanya hal2 ini kepada orang tua disana, bagaimana komunis dengan rakus menembak dan membunuh orang kampung. Merampas harta2 dan makanan orang kampung. (kawasan lain saya tak tau). Saudara pikir dengan akal, apakah jenayah akan terhapus seiring dengan masa? Sepatutnya cinpeng ditangkap dan dibicarakan di malaysia atas hukuman membunuh beramai2. Tetapi kerana perjanjian, kerajaan terpaksa membiarkan cinpeng hidup. Rashid maidin pun sehingga mati tidak dibenarkan pulang ke malaysia. Saudara boleh bukak website komunis yg heboh diperkatan sekrang. Melayu juga ramai yg dihalang memasuki Malaysia. Klau ada pun anggota Pkm yg memasuki malaysia, adalah atas sebab2 tertentu tetapi tetap tidak dibenarkan menetap di Malaysia. Apapun, sebelum menulis sesuatu yg bukan bidang kita, diharap saudara dapat membuat penyelidikan walaupun sedikit. Kerana apa yg kita tulis pasti akan ada hitungan dari Nya. p/s Cina india bukanlah isu dalam hal ini.

    Maaf andai fakta saya tidak tetap dan masih kekurangan. Dan maaf andai saya terkasar bahasa.

    BalasPadam
  2. Walaikumsalam,
    1. Apabila ada perjanjian, kita perlu hormati perjanjian. Nabi sendiri sangat menitik beratkan soal perjanjian. Hasilnya pembukaan makkah lancar walhal perjanjian tersebut dilihat berat sebelah oleh para sahabat. Setiap sesuatu perlu dilihat juga unsur dakwah. perjanjian damai membolehkan kita menjadi aman dan membangunkan negara dengan lancar. Fikir positif.

    2. Ada perbezaan antara komunis dan kuomintang. Kita cari fakta bersama siapa pengganas sebenar peristiwa 13 hari tersebut. Kadang2 tentera bawahan tidak dapat dikawal, cuba baca sejarah islam, bagaimana tentera Yazid merogol penduduk makkah, dan bagaimana kain kaabah terkoyak?
    baca ni
    "Kaabah yang mulia ditembak dengan manjanik hingga rosak dan terbakar kelambunya. Kacang kidney itu peringatan akan kezaliman Yazid. Kemudian kita berikan jua ramuan kacang tanah lantaran dosa Yazid menyerang kota Madinah pada tahun enam puluh tiga hijrah. ‘Tanah’ itu melambangkan Madinah sebagai tanah haram yang dicabul tentera Yazid. Adapun kota itu diserang di bawah arahan Muslim bin Uqbah. Kejadian serangan ini dinamai dalam sejarah sebagai Waqi'ah al Harrah. Tentera Yazid di bawah pimpinan Muslim bin Uqbah telah bermaharajalela dan bukan sahaja membunuh delapanpuluh sahabat pengikut perang Badar dan tabien di situ, malah telah membiarkan askarnya merogol gadis dan wanita di Madinah sehingga diriwayatkan oleh Abu al-Hasan al-Madaini yang dipetik dalam Tazkirah, lebih seribu orang wanita telah hamil. Tujuh ribu tokoh muslimin dibunuh, sepuluh ribu rakyat Madinah termasuk seribu orang Ansar dan lapan ratus kaum Quraisy dibantai."

    Peperangan memang ganas, tidak kira islam,kafir atau komunis. amerika juga ganas walaupun giat tentang komunis. Peperangan yang tidak ganas adalah dibawah panji keimanan kepada Allah.

    3. Orang Melayu yang tinggal di Thailand seperti Abdullah CD dan lain2 atas pilihan sendiri, ini kerana perjanjian tersebut membabitkan Thaland. Mungkin belum tergerak hati balik ke Malaysia, Rashid Maidin mati disana, kita tak tahu dia nak balik atau tidak, Cin Peng panjang umur, sekarang dia dah tergerak hati nak balik, dan perjanjian membenarkan.

    4. Seperti yang saya tulis, peperangan memang begitu, memang pedih kes rogol dan sebagainya, tapi berdendam tak kemana. Jepun hancur di bom amerika, kalau jepin ambil sikap bermusuh dengan Amerika, mungkin tidak semaju ini, dan banyak lagi contoh sebenarnya. Jepun sendiri begitu zalim di Tanah Melayu dulu, kenapa tak tuntut perbicaraan keatas pemimpin Jepun? hasil berbaik dengan Jepun kita boleh buat Proton.

    BalasPadam
  3. salam
    tak silap saya dari buku2 sejarah pun memang menuliskan bahawa Tok Janggut dihukum bunuh oleh British. Yang dihantar ke Mekkah adalah haji Abdul Rahman Limbong, pejuang di terengganu

    BalasPadam
  4. Saudara Z,
    Terima kasih atas pembetulan maklumat, saya akan siasat.

    BalasPadam
  5. bagaimana pula dgn HENRY GURNEY????
    SIAPA DIA NI???
    bekas SETIAUSAHA NEGARA empayar inggeris di PALESTIN (1946-1948)
    Israel mula tahun berapa???
    HENRY GURNEY BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENUBUHAN NEGARA ISRAEL

    KENAPA DI SINI, NAMA JALAN, NAMA SEKOLAH, malah Padang Kota ditukar jadi gurney drive????

    kata ameno anti israel??????

    BalasPadam
  6. KERAJAAN bn YG KONON ANTI-KUASA PENJAJAH BARAT DITUNTUT untuk menghentikan hubungan DIPLOMATIK DENGAN AMERIKA SYARIKAT ATAS DOSA BESAR MEMBUNUH RAMAI MANUSIA DI IRAQ, VIETNAM, AMERIKA LATIN DAN DISELURUH DUNIA.

    HOIIIII BARUA PENJAJAH!!!!ADA BERANI KER????

    BalasPadam
  7. Orang putih mati, istihar darurat.

    Sebelum istihar darurat, klaim insuran dulu..

    segala lombong dan ladang kekal hak milik mat saleh walaupun merdeka.

    BalasPadam
  8. Saper komunis yang serang gurney kat fraser dulu? aku nak gantung gambar dia kat umah aku, nak bagi tau kat anak aku arkitek israil dibunuh oleh komunis ni.. haha..

    BalasPadam
  9. Terima kasih saudara z, teguran saudara betul. Saya telah memeriksa dalam buku sejarah. Pembetulan keatas artikel say juga telah dibuat.

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama