Pengikut Setia - Terima Kasih

Isnin, 11 Mei 2009

Letak Jawatan - Tindakan bertanggung jawab?

Ketua Pembangkang Jepun En. Ichiro Ozawa meletakan jawatan hari ini setelah beberapa orang kananya ditangkap berikutan satu skandal pengumpulan dana.
Perkara meletakan jawatan ini adalah satu tradisi bagi melahirkan rasa tanggung jawab mereka terhadap sesuatu isu.
Kebanyakan pemimpin negara maju berbuat demikian, ini kerana, bagi mereka tugas adalah satu tanggung jawab, berbanding di negara membangun, jawatan adalah sumber kekuasaan, kekayaan dan pengaruh.

Pengajaran Buat PKR
Apabila dua orang exco kerajaan negeri Perak, Osman Jailu dan Jamaludin dituduh mengambil rasuah wang , maka pemimpin PKR dan kerajaan negeri Perak bersunguh-sunguh melawan dan mempertahankan pemimpin mereka itu. Bagi mereka itu adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak. Malah kerajaan negeri Perak kemudiannya menyaman SPRM ( BPR pada ketika itu).
Walau bagaimanapun Fairul Azrim seorang juruteknik di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang juga merupakan ahli PKR terpaksa mengaku menerima rasuah seks. Ini berikutan video rakaman yang dipunyai oleh SPRM. Fairul kemudiannya membuat aduan di Jabatan Agama Islam Perak kerana mendakwa yang SPRM adalah penganjur kepada ‘sedekah seks’ tersebut.

Bagi Fairul, beliau ditawarkan melakukan hubungan seks tersebut tanpa berniat untuk menerima rasuah. Saya berdoa agar tidak menerima ujian seberat itu, saya memahami situasi Fairul pada masa itu, beliau ditawarkan bilik di P.Pinang, kemudianya seorang perempuan China. Tanpa disedari aksinya dirakam oleh SPRM. Berdosa memang berdosa, tapi siapa tahu dugaan mendatang. Fairul juga bersama dua orang ADUN PKR itu turut disiasat atas kes rasuah yang sama iaitu projek perumahan di seri Iskandar.
Apabiala pengakuan ini dibuat barulah kedengaran yang PKR akan mengambil tindakan terhadap ahlinya yang melakukan kesalahan. Walau bagaimanapun PKR masih mengekalkan Jamaludin dan Osman. Kedua-duanya kemudianya di dakwa di Mahkamah.

Orang Bersalah Tiada Kemerdekaan Diri.
Apabila kedua-dua pemimpin ini tidak diarah untuk melepaskan jawatan mereka berikutan pendakwaan kes tersebut di mahkamah, maka senanglah kerja BN untuk menekan mereka. Seperti kisah seorang Abib, beliau asalnya meminum arak, kemudianya berzina, takut rahsianya diketahui orang beliaupun membunuh gadis berkenaan, cerita akhirnya ialah beliau sempat menyembah syaitan dalam percubaan menyelamatkan diri. Wallahualam. Tapi pokoknya disini ialah orang yang dibebani dengan masalah dan kesalahan tidak merdeka dirinya.


Tradisi Meletak Jawatan

PermatangPauh–AnwarIbrahim
PRK pertama ialah PRK Permatang Pauh, walaupun nampak seolah-olah PKR mengkianati amanah rakyat, tapi sebenarnya Wan Azizah penyandang kerusi tersebut telah bertindak betul dengan menunaikan janji kepada rakyat. Ini kerana DS Wan Azizah telah meberitahu awal-awal lagi hasratnya untuk meletakan jawatan bagi meberi laluan kepada suaminya. DSAI telah dinafikan haknya untuk bertanding apabila PRU diumumkan lebih awal kira-kira dua minggu sebelum DSAI melepasi tempoh eddahnya. Sedangkan ketika ditanya oleh wartawan, PM Tun Abdullah berkata PRU lambat lagi, tapi esoknya parlimen dibubarkan. DSAI yang bertanding PRK Permatang Pauh kemudiannya menang keatas calon BN dan Bebas.

BukitSelambau-Arumugam
Arumugam merupakan exco kerajaan negeri Kedah dan ADUn bagi Bukit Selambau. Asalny beliau adalah calon bebas, PKR menyokong pencalonan beliau setelah wakil PKR ditolak kertas pencalonannya. Kes beliau ialah berkahwin lagi tanpa pendaftaran undang-undang. Perkahwinan tersebut sebenarnya dilakukan sebelum beliau menyertai PRU lagi. Apabila kes perkahwinan tanpa daftar beliau diketahui umum, dan beliau kemudianya turut menerima ugutan. Maka PKR menarahkan beliau meletakan jawatan. Ini menunjukan PKR cakna kepada masalah moral yang dibangkitkan oleh BN. Sebelum ini pimpinan BN negeri Kedah telah memainkan isu exco yang membawa isteri tidak sah termasuk ke Istana Anak Bukit. Oleh yang demikian adakah salah untuk Arumugam meletakan jawatan sedangkan beliau telah membebani parti beliau? PRK Bukit Selambau kemudianya dimenangi oleh calon PKR iaitu S. Manikumar.

Penanti
PRK Penanti yang akan diadakan pada 31 Mei nanti terhasil dari perletakan jawatan Mohd Fairus. Mohd Fairus terlebih dahulu meletakan jawatan sebagai TKM I. Kemuncak permasalahan ini ialah apabila ada laporan mengatakan beliau terlibat dalam rasuah kuari di Pulau pinang. Beliau telah ditahan oleh SPRM ketika dalam perjalanan ke Singapura bersama isterinya. Siasatan begitu laju dan mengambarkan yang beliau bakal didakwa. PKR kemudianya meminta Mohd Fairus meletakan jawatan, perletakan jawatan tersebut adalah wajar supaya peluang untuk berlaku seperti dua ADUN PKR di Perak tertutup, selain itu ianya juga bagi mengelakan tuduhan yang PKR mempunyai wakil yang rasuah. Walau bagaimanpun SPRM kemudianya mengumumkan yang Mohd Fairus bersih dari semua tuduhan, ini dilihat supaya Mohd Fairus menarik balik surat perletakan jawatan beliau. Apa tidaknya, BN hanya menang satu kerusi itu pun di Sarawak berbanding empat kekalahan di Semenanjung. PM DS Najib awal-awal lagi membayangkan tidak meletakan calon dari BN, malah menuduh PKR sengaja mencetuskan PRK bagi mengekalkan ombak kemenangan terhadap parti itu. Adakah tuduhan itu wajar? Sedangkan sebelumnya Mohd Fairus telah disiasat denga lajunya oleh agensi kerajaan pusat SPRM.



Nilai Moral
Ini menggambarkan nilai moral yang dibina oleh PKR terhadap pimpinanya. PKR juga mencetuskan rasa tanggung jawab terhadap sesuatu perkara. Sebenarnya dalam satu-satu kementerian contohnya, tidak apa tanpa seorang menteri. Penjawat Awam telahpun disussun dan dilatih dengan baik, kita ada pengarah, ketua pengarah dan Ketua Setiausaha Kementerian. Mereka inilah yang membuat kerja. Oleh yang demikianlah maka bila keretapi berlanggar di Jepun, maka menteri pengankutannya akan meletakan jawatan, walhal yang salah adalah pemandu sebagai contoh. Ini kerana mereka melahirkan rasa tanggung jawab mereka. Ini kerana pelanggaran tersebut menunjukan yang si menteri yang tugasnya bercakap dan menggesa orang tidak melaksanakan tugas. Banyak kes lagi yang boleh pembaca cari untut rujukan dan kajian.

Dimana nilai pemimpin BN?

AliRustam
KM Melaka DS Ali Rustam telah didapati bersalah dan dilarang bertanding oleh partinya, tapi bayangkan sebuah badan siasatan yang kini bergelar suruhanjaya tidak tahu, dan langsung tiada penyiasatan yang dilakukan. Malah tiga orang kanan KM tersebut digantung keahlian mereka dalam parti tersebut. Ali Rustam juga tanpa rasa segan silu terus duduk dikerusi KM sehingga kini.

JaplinAkim
Beliau merupakan ketua Pemuda UMNO Sabah dan menteri kabinet Sabah, ditahan oleh SPRM dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 100,000.00. Bayangkan seratus ribu, nilai jaminan yang besar. Tetapi juga tanpa rasa segan silu terus kekal sebagai menteri kabinet dan ADUN Usukan. Malah KM Sabah DS Musa Aman mengatakan tidak perlu meletakan jawatan.

KhairyJamaludin
Merupakan AP Rembau, baru dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau juga didapati bersalah oleh partinya kerana mengamalkan politik wang. Apa yang berlaku sepatutnya ialah partinya menyuruh beliau meletakan jawatan sebagai AP Rembau, tapi sebaliknya beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO pula.
Oleh yang demikian perbezaan disini ialah dimana nilai moral diletakan oleh parti tersebut? Jika parti tersebut merasakan bertanggung jawab kepada rakyat itu penting, maka perletakan jawatan itu harus dilakukan, tetapi jika merasakan yang jawatan itu sebagai sumber kuasa, maka biar terpalit dengan najis, berbau hapak, tapi boleh saja buat-buat tak tahu seolah-olah rakyat buta.

PRK Satu Pembaziran?

Menurut Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan, asas demokrasi ialh pilihanraya. Oleh itu sebagai sebuah Negara demokrasi, jangan lah cuba untuk menafikan hak rakyat untuk memilih wakil mereka. Soal pembaziran tidak perlu dibangkitkan, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan skandal PKFZ yang melibatkan RM 4.6 bilion yang melibatkan kementerian pengankutan. Komisen lebih 500 juta kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang diakui sendiri oleh Kementerian Pertahanan. Lagi pula pembaziran itu subjektif, bukankah PRK menyebabkan ekonomi kawasan tersebut berkembang dengan mendadak? Makcik jual kueh,nasi,air tak menang tangan? Rumah sewa dan hotel penuh?

Kesimpulan
Saya sebenarnya menyokong budaya bertanggungjwab turut di suburkan di Malaysia. Jawatan adalah satu amanah, yang banyak kesanya jika kita bukan ahli atau orang yang tidak layak. Lebih dasyat lagi apabila kita hilang kemerdekaan diri dan akhirnya mengikut penunjuk orang ketiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama