Pengikut Setia - Terima Kasih

Khamis, 21 Mei 2009

Gerakan pecahkan kerjasama PAS-DAP

Apabila menyebut tentang PR, tentunya fokus utama adalah kerjasama PAS dan DAP.
PAS bercita-cita untuk melaksanakan negara Islam dan menjalankan hukum hudud.
Manakala DAP pula bercita-cita untuk menjalankan sebuah negara yang memberi hak yang sama keatas warganegara.

Walau bagaimanapun, DAP juga menentang sebarang usaha untuk perlaksanaan hukum hudud.
Sebenarnya bukan DAP sahaja yang membantah, tapi parti cina lain seperti Gerakan dan MCA.


s.in.i


Mengapa mereka menentang?


Ini kerana selama ini mereka telah dimomokan oleh umno yang hudud itu zalim dan kejam. Sebab itulah umno hanya memilih hukum Allah yang terpilih sahaja. Baru-baru ini mereka ingin untuk mewajibkan pembayaran zakat. Zakat memang wajib, tapi mereka mahu kuat kuasakan dari segi undang-undang. Langkah ini memang baik, tapi hukum islam yang lain tidak pula mahu dikuat kuasakan, tapi yang jelas beri keuntungan ada pula usahanya.

Tun M adalah antara pemimpin umno yang paling lantang menentang hudud. Tun menghina dan memperli hukum Allah tersebut, dan langkah yang paling kasar ialah apabila beliau memberi surat amaran kepada Nik Aziz supaya hudud tidak dijalankan. Untuk pengetahuan pembaca hukum hudud telahpun diluluskan oleh DUN Kelantan.

Mengapa Nik Aziz takut? Nik Aziz bimbang sebenarnya jika melaksanakan hudud timbul fitnah yang lebih besar. Kerajaan menguasai media,dan media kerap kali mngatakan yang hudud itu bahaya, zalim dan kejam.

Kelantan pernah di Magerankan dan kerajaan nya dirampas Pusat. Ini berlaku apabila berlaku satu rusuhan dikelantan yang dimulakan oleh Ibrahim Ali. Atas pengalaman itulah maka Nik Aziz mengambil sikap berhati-hati. Ini kerana kemungkinan untuk pihak-pihak tertentu mngadakan rusuhan yang terancang adalah tinggi, dan kerajaan pusat akan mengambil kesempatan.

Semasa PAS memerintah Terengganu, hukum hudud juga telah diluluskan oleh DUN Terengganu. seperti biasa perlaksanaanya terganggu. Walaupun Hj Hadi lebih tegas, tetapi Tum M selaku PM pada waktu itu menghalang kerjasama dai penjawat awam. Maka tiadalah polis untuk menagkap pesalah, tiada pula penjara untuk penepatan pesalah sementara menunggu untuk didakwa.

Setiap kali hudud dibangkitkan, seolah-olah ianya adalah agenda PAS semata-mata. Media pula memomokan yang hudud itu zalim dan kejam. Kenyataan seperti jika ingin rasa sup tangan boleh pergi ke kelantan, rejam itu primitif, ramai orang akan hilang pekerjaan kerana tiada tangan adalah antara kenyataan berterusan Tun M. Malah Tun M juga berkata tidak akan membenarkan negeri-negeri diperitah BN melaksanakan hudud.





Selama berpuluh tahun kita ditakutkan oleh media, kesanya bukan sahaja orang cina, malah ramai orang melayu sendiri tidak faham tentang hudud. Maka mengapa kita janggal dengan penolakan DAP terhadap hudud? bukankah ini kerja umno sebenarnya?
Pelik bila umno cabar PAS untuk laksanakan hudud tapi mereka sendiri lima puluh tahun memerintah langsung tiada usaha kearah itu.

PAS sudah tentu masih kuat iltizamnya untuk melaksanakan seluruh tuntutan al_Quran, tetapi tentulah dengan cara yang paling berhemah dan setakat yang termampu. Lihat saja di kelantan, tentu sekali islam lebih maju disana berbanding negeri BN lain.

PAS dan DAP - Bagaimana bermula

1. PAS merasakan adalah satu peluang untuk berkerjasama dengan DAP bagi menentang BN yang bukan sahaja tidak islamik, tetapi juga tidak demokrasi dan melakukan perbagai kezaliman.

2. Tentang penolakan DAP terhadap Hudud, apalah sangat, jika umno sendiri tolak hudud. PAS juga merasakan yang DAP telah terpesong oleh media kerajaan.

3. PAS dan DAP berkerjasama atas persamaan perjuangan;
-Menentang ISA
-Keadilan untuk semua
-Tidak perkauman
-Kebebasan media
-demokrasi bebas
-menentang rasuah

Beriukutan kerjasama PAS dan DAP, kedua-dua parti ini hampir kalahkan BN pada tahun 99. Mereka berpecah soal hudud dan BN menag besar kemudiannya pada tahun 04. Mereka bergabung lahi dan BN kalah teruk pada tahun 08.

Inilah puncanya isu ini dimainkan. Supaya perpecahan dikalangan pembangkang dan mudahkan BN untuk menang kembali.
umno kini sedang mengunakan talian hayat yang ada, iaitu perkauman, agama dan raja.
race,religion and royalty. Pembaca sekalian boleh menilai sendiri dimana kedudukan PR dan BN terutama umno. Dan apakah mereka sebelum ini melakukan seperti yang dilaungkan sekarang?

3 ulasan:

  1. salam
    Bagaimana pula pendirian Anwar Ibrahim dalam isu hudud ini?
    Maaf saya bukan pro-UMNO yang 'totok' bahkan saya sendiri menyokong pelaksanaan hudud itu kerana ia lebih kepada peringatan bukannya hukuman bahkan ia lebih berperikemanusiaan. Cuma saya lihat hanya PAS saja yang berjuang dalam menegakkan hudud tetapi Anwar Ibrahim selaku ketua PR perlu membuat kenyataan samada dia menyokong atau tidak kerana dalam kabinet bayangan PR, Anwar Ibrahim akan menjadi PM jadi beliau perlu membuat keputusan untuk menyokong usaha PAS ini atau tidak.
    Salam takzim

    BalasPadam
  2. Saudara anwar bersetuju hudud dan qisas dijalanka,tetapi untuk orang islam sahaja.
    http://www.malaysiakini.com/news/96069

    Sebenarnya hukum islam wajib keatas rakyat dalam sesebuah negara islam.

    Tetapi atas sebab tertentu seperti orang bukan islam telah dimomokan dengan hukum islam, moleklah kita mulakan dengan orang islam dahulu.

    Hal ini turut dupersetujui oleh HJ Hadi. Hj Hadi berkata, hikmah berlangsungnya hukum hudud akan terpancar dan bukan islam akan memilih hukum islam kelak.

    Cth 1.
    Hukum islam mewajibkan bunuh dibalas bunuh. Tetapi sekiranya keluarga mangsa bunuh sedia memaafkan, maka terlepaslah si pembunuh. Keluarga mangsa boleh berunding deng si pembunuh termasuk meminta pampasan.

    Tetapi hukum sivil si pembunuh boleh terlepas dengan pengampunan ketua negeri. Jika si pembunuh itu orang kenamaaan maka senaglah si pembunuh terlepas walaupun memang jelas niat membunuhnya itu.

    Maka jika diberi pilihan orang bukan islam akan memilih hukum hudud dalam kes ini.

    Kes 2
    Kedai ah meng selalu dirompak. Kadang-kadang si perompak mengancam nyawa dia dan keluarganya. Kini si perompak telah ditangkap.

    ikut sivil si perompak mungkin dihukum bersalah dan dipenjarakan.

    ikut hudud si perompak akan dipotong tanganya. ini menyebabakan orang lain takut jadi perompak. selain itu si perompak tidak dipenjarakan. dia akan dapat bersama dengan keluarganya. kerajaan wajiblah carikan pekerjaan untuk sikudung ini atau berikan kemahiran. Sikudung ini yang berkerja tettu menginsafkan orang lain.

    Siapakah yang berhak untuk memilih mahkamah mana yang harus siperompak itu didakwa? si pekedai yang dirompak, bukan siperompak. Maka si pekedai iaitu ah meng tentu akan memilih hudud sebagai hukum yang perlu dikenakan keatas perompak

    BalasPadam
  3. terima kasih atas maklumat yang diberikan

    BalasPadam

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama