Pengikut Setia - Terima Kasih

Selasa, 26 Mei 2009

Muktamar PAS - Pemilihan dihiasi roh Islam


Muktamar PAS yang ke 55 akan berlangsung pada 5-7 Jun ini. Hari ini Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS kali ke-55,D. Mustafa Ali mengumumkan senarai mereka yang bertanding.

Senarai ini tentu sekali menyebabkan ramai pihak terkejut dan ada yang kecewa, pastinya pihak musuh. Ini kerana harapan mereka untuk melihat pertandingan hangat didalam PAS tidak kesampaian.

Demokrasi dan pilihanraya tidak diajar oleh Islam secara jelas. Tetapi PAS dan banyak parti Islam lain telah mengislamkan demokrasi dan pilihanraya.

Pemilihan PAS kita dapat lihat roh Islam didalamnya tanpa meminggirkan demokrasi. Setiap PAS Kawasan secara demokrasinya diberi peluang untuk mencalonkan pemimpin kesukaan mereka untuk sebarang jawatan. Tiada sekatan. Kuatonya hanya dua pencalaonan untuk setiap jawatan. Boleh dianggap sebagai satu cadangan dan cadangan disokong. Tidak seperti umno yang kuatonya dikira dari segi peratus, kalau tak silap untuk jawatan presiden sehingga 54 pencalonan diperlukan. Langkah hanya dua pencalonan untuk setiap jawatan didalam PAS adalah munasabah dan menggalakan penyertaan. Berbanding umno, untuk lepasi kuato seolah-olah satu kemuskilan, terutama jawatan tertinggi seperti presiden dan timbalannya.

Setelah hak ahli melalui kawasan (sama dengan bahagian umno ) diselesaikan, borang tawaran untuk bertanding akan diserahkan kepada calon yang menerima pencalonan. Disini peranan roh islam mula memainkan peranan. Pertama calon yang merasakan tidak mampu memegang amanah akan menarik diri. Jika masih wujud pertandingan, maka colon tersebut akan berbincang sesama mereka untuk satu kata putus.

Ini dapat dilihat dalam kes dewan Pemuda dan dewan Ulama' . Tiada pertandingan untuk jawatan Ketua sehingga ke naib. Kompromi seperti ini tentunya berbeza dengan pemuda umno contohnya, pertandingan tiga penjuru telah menyebabkan perpecahan dan permainan politik wang. Sehingga kini, tiada tanda yang pemuda umno akan bersatu seperti dulu.

Bagi jawatan tim. presiden pula, walaupun wujud pertandingan tiga penjuru, tetapi sebenarnya telah dapat meminimakan pertandingan yang lebih besar melalui musyawarah tadi. Berbeza umno pertandingan tiga penjuru dielakkan dengan mengkantoikan lawan mereka melalui kes rasuah politik. Tetapi tiada pula tindakan dari SPRM terhadap lawan yang telah didapati bersalah tadi oleh lembaga disiplin parti.

Presiden - TG DS HJ Abd Hadi Awang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalian digalakan untuk berkomunikasi dengan PenaKiri.
Tolong tegur dan beri sebarang cadangan untuk kebaikan bersama